Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa
tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang
mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain.
Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak
perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang
individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi
alasan lain untuk tidak menegur..
Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan
kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan
usaha mengajak kebaikan.
Persepsi Diri Yang Salah
Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah
kepada mereka yang ber'authoriti' . Serahkan sahaja pada pak imam,
ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri
perlu menjadi maksum. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak
sempurna didikan agama.
Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu
Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya
manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan
terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah
diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari
masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran.
Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat
kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan
sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi,
politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan
orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja..
ALlah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada
sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang
kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran
: 104) Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam
bukunya Usul Ad Dakwah adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah
umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk
mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah
menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin
mengecil jumlahnya.
Menasihati bukan satu cara sahaja
Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan
kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan
mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad'u pun tidak
tercapai akalnya hendak menerima (sebab ia sendiri jahil mengenainya) .
Seorang Islam yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan
mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia
kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat
melalui tulisan, lukisan atau dengan kekuatan tangan. Menyentuh hati
kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan.
Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong,
lidahnya tidak celupar menuturkan kata.
Tentulah wahai tuan, ALlah tidak melihat kepada natijah kepada usaha.
Sebab prinsip asas yang diterangkan di dalam al Quran adalah usaha
untuk mencapainya. Yang empunya kejayaan, kemenangan dalam
ketentuanNya, bukan kita. Menasihati sesama manusia menyuburkan benih
persaudaraan melalui kasih sayang dan kemaafan.
Marilah tuan, tiada ruginya kita berbuat kebaikan..
Thursday, February 14, 2008
Wednesday, February 13, 2008
PILIH PEMIMPIN
"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah." Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w
Subscribe to:
Posts (Atom)
SEKADAR RENUNGAN
"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible? Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.