DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Thursday, May 14, 2009

TAZKIRAH MAY

Friday, February 27, 2009

PERKATAAN ALLAH DIBENARKAN DLM PENERBITAN KRISTIAN

DIPETIK DRP UTUSAN MALAYSIA
Oleh RADZI MD. ZIN, HASNURUL MOHAMED dan ZUHAYATI YAZID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Tokoh Maal Hijrah itu menegaskan Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berbeza dengan agama lain.

“Mengapa hendak bertolak-ansur sangat dalam hal ini? Kalau ikut enakmen jabatan agama islam negeri pun memang tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi: ‘‘Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’’.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia hari ini mendesak kerajaan membatalkan semula pewartaan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah pewartaan tersebut mampu mencetuskan kegelisahan di kalangan orang Islam.

“Keputusan itu juga dilihat melanggar arahan Jemaah Menteri yang dibuat pada 19 Mei 1986,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainul Rijal memberitahu, mahkamah sepatutnya tidak membenarkan penggunaan kalimah tersebut bagi digunakan oleh orang bukan Islam, tambahan lagi 10 buah negeri telah menggubal undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Enakmen tersebut memperuntukkan adalah menjadi kesalahan menggunakan kalimah tersebut untuk kegunaan orang bukan Islam.

Dalam perkembangan sama, Zainul Rijal memberitahu, mahkamah tidak sepatutnya mengatasi keputusan Jemaah Menteri dan undang-undang yang diperkenankan oleh raja Melayu.

‘‘Hal ini seolah-olah ingkar dengan titah perintah raja yang melibatkan hal ehwal agama Islam,” katanya.

Di PULAU PINANG pula, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya terkejut dengan keputusan KDN membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan agama Kristian.

Beliau, yang bimbang dengan perkembangan itu, menggesa KDN membuat penelitian sedalam-dalamnya berhubung perkara itu kerana ia menyentuh sensitiviti agama suci itu dan umat Islam di negara ini.

“Bagi saya ini amat bahaya kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat terutama yang beragama Islam.

“Dalam kes penerbitan Herald – The Catholic Weekly, perkara tersebut masih menjadi perdebatan. Kenapa warta ini boleh dikeluarkan?’’ soalnya.

Lebih menghairankan Shabudin, mengapa isu itu dibangkitkan pada masa sekarang walaupun agama Islam sudah diangkat sebagai agama rasmi.

Komen SP:
Adakah ini satu lagi penderhakaan kepada Raja-Raja melayu dan yang lebih menyedihkan penderhakaan yg terang-terang terhadap kedaulatan agama Islam. Inilah senario pentadbiran kerajaan, yg kita lihat semenjak merdeka, asyik Islam dan melayu sahaja yg digadai dan dijual, dari nama2 melayu yg digunapakai semenjak sebelum merdeka ditukar satu persatu seperti "bahasa Melayu" yg ditukar kepada "bahasa Malaysia" dll lagi....sekarang setelah habis nama melayu dijual dan di gadai.... islam pula yg hendak digadai.... Ya Allah Kau selamatkanlah bumi malayu ini dari penjajahan dan kemusnahan, Kau kekalkan lah kedaulatan agama Mu di Bumi Melayu ini.... Kau hancurkanlah mereka yg bercita-cita menghancurkan Agamu Mu Ya allah.. Amin...

Kita sama-sama lihat apakah tindakan pemuda UMNO yg dilihat tertalu garang dlm tindakan baru-baru ini, adakah mereka akan mengambil tindakan yg sama... atau hanya dayus..bangunlah wahai sedara islam semua jgn sampai akidah anak-anak kita dihancurkan

Monday, February 16, 2009

DR ASRI - SATU LAGI PANDANGAN

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) -"PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.'Kuasa dan harta' bukan sedikit ujiannya.

"Suaranya vokal dan adakalanya kontroversi namun ramai yang 'merindui' pendapatnya yang berpaksikan tafsiran agama dan tidak bias kepada mana-mana pihak. Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN sekali lagi mendapatkan pandangan kritis bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abdin yang kini berada di Lampeter, United Kongdom. Beliau sedang menjalankan kajian atas perbandingan tafsiran hadis antara kelompok tradisi dan modernis serta dalam cuti sabatikal yang diberikan oleh Universiti Sains Malaysia.

Harakah: Mengapa Dr. lebih awal meletakkan jawatan sebagai Mufti dan tidak berhasrat menyambung semula ? Inikah yang dinamakan berundur sebelum berjuang? Boleh beritahu sebab letak jawatan sebenarnya?

Dr Asri: Ya! Ratusan email, sms dan berbagai yang dihantar kepada saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan saya meninggalkan jawatan mufti. Mereka berpendapat saya membuat keputusan yang tidak tepat. Alhamdulillah, saya berterima kasih atas keprihatinan mereka.

Saya bertawakkal kepada Allah atas segala perancangan. Sekarang ini pun banyak email yang dihantar menjemput saya pulang dengan ditawarkan berbagai-bagai urusan atau 'tanggungjawab'. Biarlah dulu saya di sini.

Saya tidak jadi mufti untuk mengaut kesenangan. Alhamdulillah, sama sekali tidak. Saya serahkan urusan jiwa ini kepada Allah. Saya hanya ingin menjadikan jawatan itu sebagai medan tanggungjawab dan menyampaikan mesej Islam yang saya fahami. Saya berdoa kepada Allah sebelum menjadi mufti agar diberikan pertolongan kepada saya.

Alhamdulillah, walaupun ada yang tidak bersetuju dengan saya, tetapi dalam tempoh tersebut pandangan dan isu yang saya lontar telah menjadi bahan perbincangan ilmu dalam masyarakat. Soal pro dan kontra itu perkara biasa. Jika perkara itu tiada pro dan kontra bererti tiada siapa yang mengambil peduli mengenainya. Banyak bahan telah saya tulis dalam tempoh tersebut dan tersebar dengan begitu luas. Begitu juga ceramah, kertas kerja, wawancara saya di sana-sini menjadi bahan yang diperbincangkan dengan meluas.

Alhamdulillah, generasi muda dan lapisan terpelajar yang suka membaca sebelum membuat penilaian, yang tidak menjadikan maki-hamun sebagai landasan hidup, yang tidak mengulas sebelum mengetahui, mereka ini begitu ramai yang memberikan sokongan yang besar kepada saya.

Dalam politik juga saya rasa, alhamdulillah, akhirnya banyak pihak akur bahawa saya tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam memberikan pandangan. Saya beberapa kali dijemput oleh Kerajaan Kelantan. Kali terakhir sebelum saya berhenti, saya sempat hadir jemputan ceramah Kerajaan Negeri Kelantan untuk Tabung Serambi Mekah yang di lancarkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sehari kemudian, saya dijemput oleh Perdana Menteri untuk memberikan ceramah khas kepada ahli kabinet dan Majlis Tertinggi Umno dan hadirin yang hadir.

Beberapa hari kemudian saya dijemput oleh Pemuda Parti Keadilan untuk memberikan tazkirah, tapi saya tidak sempat. Semasa saya sampai ke United Kingdom, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjemput saya memberikan ucapan dalam Majlis DAP. Cuma saya tidak dapat pulang.

Saya berharap saya sudah cuba melakukan sesuatu. Saya cuba mengemukakan 'politik idea' mengatasi sempadan politik kepartian. Apa yang menjadi matlamat bukan menegakkan parti tertentu, tetapi menegakkan fikrah Islamiyyah yang lebih besar dari kesempitan parti.

Alhamdulillah, jumlah pembaca artikel saya juga begitu besar. Melalui ruangan saya dalam Minda Mufti, saya bersahabat baik dengan berbagai insan ternama. Saya rasa banyak mesej saya telah sampai. Saya memerah tenaga dalam tempoh dua tahun. Bersabar atas kerenah mereka yang suka memfitnah atau mengganggu perjalanan tersebut. Saya harap Allah berikan pahala atas itu semua. Harakah sendiri pada awalnya begitu prajudis, tetapi setahun tahun sebelum saya berhenti, kelihatannya positif.

Akhirnya, apabila saya rasa ruang jawatan itu 'sudah mula sempit' atau sudah memadai, maka saya beristikharah untuk berhenti. Itupun baik juga. Ia menafikan fitnah mereka yang 'tidak sayang lidah mereka di akhirat' bahawa kenyataan atau pendapat saya selama ini untuk kesinambungan jawatan. Alhamdulillah, sama sekali tidak. Semoga Allah merezekikan kita semua melihat jawatan dan kedudukan dengan penuh rasa amanah dan gerun.

.Dr. dilihat sangat vokal dan adakalanya 'mempersembahkan' pemikiran agama dari sudut yang berbeza, adakah mencari kelainan serta seringkali mentafsirkan hukum agama dari sudut yang berbeza dan adakalanya tidak pernah didengari umum seperti soal-soal bidaah seperti kenduri arwah, tahlil di kubur dan dikatakan tidak mengikut tradisi yang telah dilakukan oleh nenek moyang? Adakah mereka tidak betul sebelum itu ? Malah Dr. dilabel sebagai liberal, kaum muda dan wahabi dan sebagainya lantaran pembaharuan yang dibawa?

Inilah masalah sesetengah pihak. Mereka tidak dapat menerima orang lain berbeza pendapat dengan mereka. Melabel orang tanpa asas yang jelas adalah budaya buruk.

Dahulu masa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum menjadi Menteri Besar pun terkena tohmahan yang sama ketika beliau melontarkan beberapa pandangan yang berbeza dengan pengajian biasa di pondok-pondok. Syeikh Abu Bakar al-Baqir dari Gunung Semanggol yang mengasaskan Hizbul Muslimin semasa hayatnya dituduh sebagai kaum muda dan sesat. Prof. Burhanudin al-Helmi juga pernah dituduh sebagai kaum muda. Demikian Sayyid Syeikh al-Hadi, Za�ba dan berbagai lagi pejuang perubahan dituduh dengan tuduhan yang sama.

Saya teringatkan kata-kata Za�ba dalam bukunya "Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri" yang Prof DiRaja Ungku Aziz kirimkan kepada saya agar saya baca.

Antara katanya:"Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti "sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu" dan berbagai-bagai lagi.

Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat�. Demikian kata Za�ba.

Apabila saya menjadi mufti sesetengah pihak menunggu agar saya membangkitkan isu-isu tradisi melayu seperti kenduri arwah dan seumpamanya. Namun mereka tersilap, alhamdulillah perhitungan dan fokus pemikiran Islam saya merentasi kesempitan isu yang mereka tunggu bagaikan nak �kiamat� itu. Ada anda lihat isu kenduri arwah menjadi tajuk utama akhbar dalam senarai puluhan isu yang telah saya bangkitkan.

Maksudnya kenduri arwah itu sudah lama dilarang?

Kemudian, saya ingin bertanya, apakah jika seseorang tidak mahu kenduri arwah maka dia menjadi wahabi? Kitab al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam al-Syafi'i tulisan tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan 'Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut:

"Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya�.

Apakah semua penulis itu wahabi?!!.Jika kita tengok kitab-kitab melayu jawi kita dapati perkara yang sama. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga Allah merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: "(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya."

Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: "Maka bid'ah yang tidak elok." Apakah mereka semua juga wahabi?!!.

Saya tidak tahu apa itu wahabi melainkan setelah mereka menyebut perkataan tersebut lalu saya terpaksa mencari maksudnya. Saya bukan penggemar buku Muhammad bin �Abdul Wahhab. Tetapi, jika anda menuduh saya amat terpengaruh dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, itu mungkin benar.

Saya seperti yang Dr. Yusuf al-Qaradawi sebut tentang dirinya dalam buku Kaifa Nata`amul ma`a al-Sunnah, kata Dr al-Qaradawi: "Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku".

Saya rasa, saya pun demikian. Namun, alhamdulillah, saya tidak fanatik Ibn Taimiyyah seperti mereka yang fanatik mazhab. Seperti kata al-Imam Malik bin Anas:"Setiap orang boleh diterima dan ditolak pendapatnya, melainkan Nabi Muhammad s.a.w yang maksum�.

Mengapa lagu Dr. bertajuk "Aku Bukan Musuh Harta" yang dimuatkan di dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa, Aishah dan kumpulan baru Algebra diharamkan oleh RTM?

Sebenarnya banyak pihak tersalah faham. Album tersebut bukan terbitan saya. Pihak penerbit mengambil puisi-puisi saya dengan keizinan dan dijadikan lagu. Itu sahaja. Mereka jemput saya baca dua puisi dalam album tersebut. Lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' adalah salah satu daripada puisi saya. Saya tidak berkempen untuk saudara membeli album itu, kerana bukan semua orang setuju dan suka dengar lagu.

Cuma saya pun hairan jika lirik itu menjadi ketakutan kepada RTM. Barangkali mereka takut ramai yang terasa pedas. Saya hairan, jika benar mereka ingin membantu memerangi rasuah, biarlah lirik itu dilagukan. Entah berapa banyak lirik yang merepek boleh dibenarkan. Saya teringat kata-kata Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang kebetulan agak baik dengan saya. Katanya: "Orang kalau salah, dia tengok polis nak balik rumah pun dia takut."

Kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan di Kuala Terengganu oleh Abdul Wahid Endut daripada PAS baru-baru, bagaimana Dr sendiri tafsirkan dan 'signal' apa sebenarnya daripada rakyat ?

Maaf, saya tidak merasa bahawa itu menunjukkan atau bererti majoriti rakyat telah begitu selesa dengan pakatan pembangkang. Kita tahu bukan semua orang PAS selesa dengan KeADILan. Demikian sebaliknya. Demikian juga DAP yang menolak konsep Negara Islam PAS.

Apa yang jelas bagi saya adalah rakyat muak dengan Umno. Rakyat sudah tidak tahan dengan kerenah, perangai dan gelagat kebanyakan orang Umno. Generasi muda terutamanya, kelihatan begitu 'allergic' dengan Umno. Berdasarkan pengalaman lepas, tiada lagi gambaran indah Umno dalam fikiran mereka.

Mereka melihat Umno hanya menjaga kepentingan kelompok. Ramai yang bongkak dan sombong. Kebelakangan ini baru nampak macam nak berubah sedikit. Itupun masih tidak cukup. Baru-baru ini, kebetulan saya 'terjumpa' seorang menteri di London, saya bertanya dia tentang pilihanraya Kuala Trengganu. Dengan lagaknya dia berkata: "Apa lagi rakyat mahu, semua kita dah beri". Tengok, masih lagi sombong dan enggan menilai diri dan parti walaupun telah berulang kali dia ajar oleh rakyat.

Saya fikir Umno tahu apakah ubat yang menyembuhkan penyakit parti itu, tetapi mereka tidak mampu lakukan. Ubatnya adalah dengan memotong atau membuang segala barah penyakit yang hidup dalam tubuh Umno. Itu terlalu sukar bagi kepimpinan Umno kerana sebahagian yang tidak kecil dalam kepimpinan itu sendirilah barah penyakit tersebut. Jika rawatan dilakukan, bererti mereka akan terkorban.

Bagaimana pula pandangan Dr. terhadap PAS ?

PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.'Kuasa dan harta' bukan sedikit ujiannya. Kita semua jangan cakap besar dan takabur. Hari ini kuasa dan ruang mendapatkan harta masih sedikit, maka barah pun masih kecil. Barah itu ada potensi berkembang apabila ruang harta dan kuasa membesar. Hati-hati, banyakkan doa dan pohon perlindungan dengan Allah. Jangan cuma runtuhkan jahiliah, lalu tegakkan jahiliah baru dengan nama yang baru. Jahiliah tetap jahiliah.

Adapun KeADILan, maaf saya masih kabur untuk membezakan sebahagaian mereka dengan Umno. Jika dilihat pada gelagat, gaya bahasa dan hidup, cara fikir, saya agak ramai di kalangan mereka masih Umno, cumanya tidak berpuas hati dengan Umno atas beberapa sebab semasa, bukan prinsip. Tidak mustahil bila-bila waktu mendesak mereka akan kembali menjadi Umno. Mungkin bukan semua, tetapi ramai juga yang begitu.

Saya suka jika kita berpegang kepada prinsip. Saya setuju dengan apa yang Naib Presiden PAS Mohammad Sabu pernah kata dalam satu temubual yang saya baca. Beliau hairan mengapa PAS dapat menerima 'lompat parti' apabila KeaDILan menguar-uarkan 16 September lepas, sedangkan dahulu PAS sendiri yang mengatakan �lompat parti� adalah tidak berprinsip dan khianat.

Hari ini berlaku 'lompat parti' di Perak, sekali lagi PAS menyatakan ini pengkhianatan dan tidak berprinsip. Mengapa PAS tidak mengatakan hal yang sama pada 16 September yang lepas. Maaf, saya tidak mahu terbabit dengan kerenah politik. Marilah kita pohon agar Allah menjadikan kita sentiasa beristiqamah atas kebenaran terhadap kawan ataupun lawan. Itulah Islam yang sejagat lagi adil, jika kita ingin tegakkan.

Ada yang mengatakan institusi Mufti ini 'beku' dan tidak lantang dalam mempersoalkan kelemahan kerajaan, benarkah begitu dan pernah Dr. sendiri mengkritik kerajaan khususnya melibatkan persoalan agama? Ada contoh?

Saya tidak mahu bercakap tentang institusi mufti lagi. Sudah banyak kali saya cakap. Cukup saya katakan saya kecewa, Majlis Fatwa Kebangsaan patut mengepalai isu-isu umat Islam, seperti fatwa tentang isu Palestin. Anda boleh baca tulisan-tulisan saya yang mengkritik fungsi mufti dan majlis fatwa. Sehingga saya terfikir negara ini perlukan Majlis Fatwa yang bebas, dibiayai oleh institusi wakaf. Maka fatwa-fatwa itu nanti akan benar-benar mewakili umat. Jika anda lihat di Indonesia, Majlis Ulama Indonesia (MUI) hampir mendekati maksud ini.

Adapun saya, kepada Allah saya serahkan segalanya. Anda tahu semasa saya menjadi mufti, saya memberikan teguran kepada semua pihak, termasuk kerajaan, pembangkang, artis, pihak swasta dan lain-lain. Anda boleh lihat berbagai isu saban minggu semasa saya menjadi mufti. Pernah saya mengkritik upacara yang dilakukan di Tugu Kebangsaan oleh kepimpinan negara.

Dari sudut politik, apakah yang boleh Dr. nasihatkan kepada pejuang-pejuang agama agar tidak lari dari daripada asas agama selain parti pemerintah agar berubah demi kepentingan rakyat?

Saya ingin nasihat diri saya dan mereka yang menyatakan berjuang untuk Islam dengan nasihat yang pernah diberikan oleh al-Syeikh Maulana Abul Hasan �Ali al-Nadwi dalam risalahnya Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Beliau pernah nasihati Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin dengan nasihat ini:-

"Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur."

Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya�

Istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi adalah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.

... maknanya tujuan tubuhkan kerajaan demi capai matlamat agama?

"Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan�

Kata Abul Hasan lagi:"Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya..".

Katanya juga:"Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka.

Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia �dengan izin Allah- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.

Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kesian kasih kepada insan yang tersiksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.

Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa -setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya.

Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya.

Kesemua itu dalam redha Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah�. Itu sebahagian nasihatnya.

Nasihat saya, semoga jiwa saya dan saudara semua, sama seperti yang dinasihati oleh tokoh yang besar ini. Kita membawa mesej dakwah Islam yang kudus. Jangan kita berpolitik sehingga kita terlupa siapa kita? Apakah matlamat kita? Selalu kita bertanya apakah tindakan kita, jika baginda s.a.w hadir melihatnya, maka baginda akan setuju dan menyokong kita?.- azm

dipetik drp harakahdaily.net

Wednesday, February 11, 2009

ADUN Changkat Jering tidak masuk hospital

KUALA LUMPUR: Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, hari ini menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, sudah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.

“Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL,” katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.

Norliza berkata, abangya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada malam Isnin.

Majistret Sharmila Abdul Samad mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohd Osman selepas Norliza memberitahu mahkamah bahawa abangnya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung. - Bernama

dipetik dari Berita Harian

Tuesday, February 10, 2009

SENARIO TEMPANG SERBA MEMALUKAN

KUASA RAKYAT & PERLEMBAGAAN DIPERSENDA

KAMAL AMIR MENULIS

PIMPINAN Kerajaan Barisan Nasional dibawah teraju imam besar mazhab Islam Hadhari Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib meneruskan percaturan politik cukup “sempang peranang” dalam usaha mengapai kuasa sekali gus mengenepikan “suara rakyat kuasa keramat” serta dilihat bagai mempersendakan perlembagaan dalam menangani krisis politik di negeri Perak Darul Redzuan.

Situasi geruh serba kelam kabut saat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dan “menendang keluar” Datuk Menteri Besar Perak dari menerajui pemerintahan di negeri tersebut dilihat cukup mengaibkanm serba memalukan serta amat diragui oleh pencinta aroma demokrasi.

Rakyat melihat dengan “jelek” dan merasakan sinario yang terjadi merupakan buah tangan cukup ternoda dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi di penghujung era pemerintahannya sebelum diserahkan kepada Mohd Najib pasca peralihan kuasa.

Di sebalik situasi penuh gawat, bercelaru dan amat berserabut, ia bukan sahaja menjadikan hati rakyat digamit resah, benci dan kurang yakin terhadap hala cara kepimpinan Mohd Najib di masa hadapan, malahan turut mengundang “dendam” serta amarah berpanjangan hingga mencetuskan “sengketa” tanpa noktah antara rakyat dan pemimpin.

Kalaupun Baginda Sultan Perak telahpun bertitah meminta Datuk Nizar Jamaluddin berserta barisan “exco” kerajaan negeri untuk mengosongkan kerusi di pejabat pentadbiran negeri, namun hati rakyat bakal terus membara membenci dan berdendam terhadap Mohd Najib yang bertindak sebagai dalang utama hingga tercetusnya peristiwa “ciluk menciluk”, lompat melompat, culik menculik, ugut mengungut membawa kepada jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyelar “al kisah” lompat melompat “ yang dilakukan oleh tiga orang anggota pakatan rakyat memberikan sokongan kepada Barisan Nasional di mana menurutnya persoalan “moral” serta persepsi rakyat pasti tercalar yakin mereka kepada Barisan Nasional.

Ini disebabkan dua anggota Pakatan Rakyat yang mengistiharkan dirinya keluar dari gagasan tersebut merupakan anggota exco kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dan kedua-dua mereka sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah berhubung tuduhan terlibat dalam kes rasuah.

Apakah tindakan kedua mereka itu bagaikan ada “udang disebalik batu” untuk mempastikan terlepas dari hukuman mahkamah atas tuduhan jenayah pecah amanah sebegitu?

Kalaupun terbukti mereka tidak bersalah nanti, mampukah dipertahankan kewajaran serta mampannya proses perbicaraan serta keadilan ? Bolehkah rakyat percaya tiadanya sebarang campur tangan politik dalam penentuan sesuatu kes di mahkamah?

Sesungguhnya keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman cukup parah terhakis sejak era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa kepada musim Abdullah Ahmad Badawi. Dan kini Najib di lihat bagaikan mahu meneruskan legasi sebegitu dangkal. Bagaimana pula jadinya jika mahkamah mendapati kedua mereka bersalah?

Apakah kerusi yang disandang oleh mereka tetap kekal tanpa diadakan pilihanraya kecil?

Atas kesedaran mahu melihat aroma demokrasi terus subur dan rakyat tidak berterusan menyingkirkan Umno di masa hadapan mantan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah melontarkan pandangan cukup ikhlas di mana menurut beliau Perlembagaan merupakan paksi utama dan terulung dalam aspek perundangan untuk ditegakkan.

Malahan pemerintah dan duli Raja-raja turut bersumpah untuk melaksana serta mempertahankannya saat diamanahkan memegang teraju kuasa.

“ Dato’ Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah dari aspek perundangan dan perlembagaan melainkan jika beliau meletak jawatan atau disingkirkan melalui undi tidak percaya di persidangan Dewan Undangan Negeri.

Tiada sebarang “provision” atau keizinan dalam perlembagaan boleh menyingkirkannya dari jawatan tersebut dengan apa cara sekalipun termasuklah melalui “petitions” atau tindakan di mahkamah mahupun melalui arahan dari mana-mana pihak berkuasa.

“Kerajaan sedia ada terjelma berasaskan dua prinsip utama yang termaktub dalam perlembagaan secara sah “legitimate” dan mutlak bukan terasas dengan kezaliman atau kekejaman menurut undang-undang rimba.

“Kerajaan yang sah (legitimate) memperolehi kuasa dari kepercayaan dan kerelaan rakyat berserta pemimpin dipilih menerusi pilihanraya bebas dan adil.

Untuk mengetahui sah dan mutlaknya sesabuah kerajaan samada di Sabah, Sarawak atau Perak mahupun di mana – mana negeri hanyalah melalui pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat. Inilah asas amalan kita atas nama “demokrasi berperlembagaan” .

“Dalam sistem demokrasi berparlimen, pembentukkan atau pembubaran sesabuah kerajaan yang dilakukan tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan atau bertentangan dengan kehendaknya merupakan penghakisan perlaksanaan undang-undang (rule of law) memungkinkan tertubuhnya kerajaan yang tidak sah.

“Menyentuh persoalan sah atau tidak perlantikan mahupun pemecatan jawatan ketua kerajaan (Perdana Menteri ataupun Menteri Besar) Perlembagaan menetapkan hanya kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat .atau Dewan Undangan Negeri sahaja penentu mutlak dan tidak boleh dilakukan di luar dewan atau melalui pengumuman, desakan, siaran media mahupun sebarang cara yang tidak dihalalkan oleh perlembagaan.

”Kuasa mutlak hanya diperolehi melalui hala cara menurut perlembagaan dan tidak secara paksa atau adanya elemen “jual beli” mahupun sogokkan. Inilah perundangan bagi membolehkan kita menubuhkan kerajaan, negara dan masyarakat .

Teramat sukar untuk saya bayangkan kesan kepada pemilikan kuasa yang diperolehi diluar paksi perundangan. “ jelas Tengku Razaleigh.

Persoalannya apakah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mampu menambah yakin rakyat serta memadamkan “kembara dendam” di masa mendatang kesan percaturan merebut kuasa yang cukup berkelam kelibut di Perak?

Kecelaruan yang berlaku oleh percaturan songsang kedua pemimpin tersebut tentunya tidak memungkinkan situasi damai berpanjangan. Ini disebabkan menurut sifir nyata, Barisan Nasional sekadar memiliki 28 kerusi di Dewan Negeri, begitu juga dengan pakatan rakyat.

Bagaimana mungkin keputusan majoriti di perolehi melalui tiga wakil yang mengistiharkan diri mereka bebas? Apakah pengertian bebas sebenarnya? Adakah ia bebas kerana tidak bernaung dibawah mana-mana parti siasah atau bebas serta berkecuali dalam membuat sesuatu keputusan?

Menjadi kehairanan di kalangan ahli-ahli Umno, bagaimana tiga wakil dari luar parti Barisan Nasional boleh diterima sebagai ahli? Sudahkah ianya diputuskan oleh Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional?

Lebih misteri lagi kenapakah keputusan menerima ketiga-tiga anggota yang diluar Barisan Nasional dibuat dalam keadaan tergesa-gesa? Apakah kerana ada dendam yang belum terbalas atau ada percaturan baru yang bakal dicetuskan?

Bagaimana pula jadinya nanti jika ketiga-tiga mereka kembali kepada parti asal yang diangotai atau hilang kelayakan sebagai ahli Dewan?

Alahai.... gayat dan cukup menyesakkan nafas jadinya landskap politik aserba cempera dan amat sempang peranang cetusan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak.

BOLEH KER TAK BOLEH DEMONSTRASI

INi kata MB Haram ... si ZOMBIE,

“Saya selalu sebutkan, kalau mereka penggemar demonstrasi jalanan, saya minta biar rakyat melihat perangai mereka, tetapi saya yakin majoriti rakyat di Perak mahukan keamanan dan sebarang krisis hendaklah diatasi dengan jalan sah dan mengikut lunas undang-undang,” katanya mengulas perhimpunan haram didalangi penyokong Pakatan Rakyat (PR) di pekarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, kelmarin.- HMetro

Dan ini berita pasal perhimpunan HARAM, UMNO,

The mercury is set to rise further in Perak tomorrow with plans for Umno Youth to hold a rally supporting the constitutional monarchy, in particular Sultan Azlan Shah, much criticised for his role in the transfer of power in the state. - Minsider

POlis pulak bagi kenyataan,

Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengadakan atau terlibat dengan perhimpunan atau demonstrasi yang bertentangan dengan undang-undang, ekoran suasana politik di Perak sekarang. - Bernama


Wakakak !!! .... berhimpunan di boleh ke tak boleh? Wakakak !!!

Wednesday, February 4, 2009




Wednesday, January 28, 2009

FAHAMI WAHABBI - SATU KAJIAN

Sebenarnya pertentangan antara Wahabbi dengan Ahlul Sunnah bukanlah suatu perkara yang baru. Telah bermula sejak tahun 1925 lagi apabila pehak Arab Badwi Saud yakni pengikut kepada fahaman Muhammad bin Abdul Wahab yang berkiblat pada fahaman Ibn Tamiyah telah menumpaskan kerajaan Syarif Hussein yang berfahaman Ahlul Sunni dalam Mazhab Hambali. Syarif Hussein ini dikatakan berketurunan dari Rasululah s.a.w.

Pemimpinnya ketika penyerangan itu adalah Sultan Abdul Aziz bin Abdul Rahman El-Faisal Aali Saud, yang selepas penawanan kedua-dua kota suci itu memakai gelaran Al-Malik, dan gelaran itu kekal sehingga ke hari ini. Sebab itu Gerakan Wahabi digelar sebagi gerakan tidak sampai usia seratus tahun sempena dengan serangan pada tahun 1925. Dan bukannya bermula dengan tahun kelahiran Muhamad Bin Abdul Wahab apatah lagi dengan kelahiran Ibn Tamiyah pada kurun ke 7 hijrah.

Yang mereka serang adalah Syarif Husain, pendiri Kerajaan Hasyimiah yang berpusat di kota Makkah. Mereka merampas beberapa benda berharga di kedua-dua buah kota suci itu, yang antaranya adalah milik peribadi Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda lalu dibawa ke Riyadh, ibu kota dan pusat pemerintahan Bani Saud itu. Mereka juga memusnahkan makam-makam Sahabat RA termasuk yang mati syahid, lalu meratakannya dengan tanah. Rumah keputeraan Rasulullah SAW juga turut dimusnahkan, dijadikan kandang binatang. Hanya akhir-akhir ini sahaja tempat itu dijadikan sebuah perpustakaan untuk bacaan umum. Pasukan ini juga berjaya menakluk seluruh Hijaz dan meletakkannya di bawah kekuasaan mutiak raja baru di seluruh Hijaz iaitu Bani Saud.


Kejayaan pihak Saud ini adalah dengan bantuan pihak Inggeris dalam usaha untuk menghalang kebangkitan Islam melalui fahaman Ahlul Sunni. Pehak Inggeris hanya menyokong sesiapa jua untuk memerintah sesebuah negara jika dirasakan boleh menghalang kebangkitan umat Islam.

Seperti sokongan mereka kepada Mustapha Kamal Attaturk. Dengan lenyapnya empayar kerajaan Uthmaniah di Turki, beliau menjadi boneka Inggeris di Turki. Dengan adanya boneka seperti Mustapha kamal Attarturk ini memudahkan penguasaan Inggeris untuk menjajah Umat Islam di turki dan seterusnya mendirikan kerajaan Israel di bumi Palestin.Pehak Inggeris hanya menyokong sesiapa jua yang sudi menjadi tali barut mereka. Sesiapa yang menentang akan ditentang habis2an oleh pehak penjajah seperti mana yang terjadi pada Saddam Husein.

Jadi kena kaji semula dari segi sejarah dan bukan menyokong mana-mana pehak secara melulu. Persoalannya ialah mengapa pehak Inggeris memilih Bani Saud sebagai peneraju Kota Suci Mekah dan mengapa tidak menyokong Syarif Hussin dalam serangan Bani Saud tersebut? Dengan kekuatan tentera Inggeris yang ada pada ketika itu , merekalah sebenarnya yang menentukan siapa yang bakal memerintah di Kota suci Mekah.

Tanpa sokongan Inggeris dari segi kekuatan tentera dan senjata, Bani Saud sudah tentu tidak mampu untuk menumpaskan Syarif Hussin.Maknanya pehak Inggeris adalah dalang disebalik pemerintahan Bani Saud di Negara Arab Saudi.

Tentu ada sebabnya mengapa berlakunya sokongan pihak Inggeris pada bani Saud. Yang utama sekali ialah pegangan ugama pemerintah Bani saud tersebut yang berfahaman Wahhabi. Yang dipelopori oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Fahaman ini asalnya adalah serpihan dari Mazhab Hambali. Jadi kebangkitan Wahabbi adalah seiring atau sinonim dengan penjajahan minda Barat keatas umat Islam. Kalau sebelum tahun 1925, pergerakan Wahabbi hanya berkisar sekitar tanah Arab seperti Iraq, Mesir dan Kota Suci Mekah, tetapi selepas tahun 1925 ia mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia termasuk kepada Kepulauan Nusantara yang merangkumi Indonesia dan Malaysia yang sebelum ini majoritinya mengamalkan fahaman Ahlul Sunnah termasuk Tokku Paloh, Tok Kenali, Habib Noh di Singapura dan Wali Songo di Indonesia.

Fahaman Wahabi yang mengasingkan fahaman ilmu tasawuf dan ilmu usuludin yang bertentangan sekali dengan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Untuk pengetahuan umum Fahaman Wahabi adalah sealiran dengan fahaman Ibn Tamiyah dan Fahaman Musyabihah. Cuma terdapat sedikit perbezaan yang diubah suaikan mengikut peredaran masa dan tempat.


Walau pun dari segi fekah, kaum Wahabi di Malaysia mengakui mereka bermazhab pada Imam Syafei, namun pada pokok lmu ketauhidan amat berbeza kerena kaum Wahabi mengamalkan konsep Rubuhiyah dan Uluhiyah yang bertentangan dengan akidah ahlul sunnah. Dari segi usuludin, fahaman sunni berkiblatkan pada Imam Abu Hassan Al Syaari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi yang kedua-duanya lahir pada tahun ke 3 hijrah.


Fahaman ini agak terkenal dengan sifat 20. Iaitu 20 sifat yang wajib bagi Allah dan 20 sifat yang mustahil serta satu sifat yang harus iaitu harus membuat atau tidak. Tidak ada paksaan bagi Allah untuk membuat sebarang pekerjaan. Melalui fahaman inilah Zat dan Sifat Allah samasekali tidak meyerupai makhluknya baik manusia atau makhluknya yang lain.

Begitu juga dengan pengajian Tasawuf yang terdapat dalam fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Banyak berkiblat pada Imam Ghazali, Imam syeikh Kadir Al Jalani, Imam Ahmad Sayuti serta mereka yang mengamalkan ajaran bertarekat. Ajaran tasawuf sebenarnya terasing dari fahaman Wahabi.Sehingga dikatakan sesiapa yang mengamalkan ajaran bertareqat adalah diangap sesat! Kalau begitu bagaimana dengan kedudukan wali-wali Allah seperti Tok Kenali dan Tokku Paloh yang juga mengamalkan ajaran bertareqat? Sesatkah mereka? Kerana puak Wahabi berpandu pada Al-Quran dan hadis sahaja.Pehak kerajaan Arab Saudi telah mengharamkan kitab Ehya Ulumudin dari diterbitkan di Negara Arab Saudi.Pengajian Wahabi mula berkembang bukan sahaja di Arab Saudi tetapi dengan sokongan British ia telah dijadikan kurikulum di semua sekolah termasuk Universiti. Hatta suatu ketika dahulu untuk mendapatkan Phd dalam pengajian Islam terpaksa berguru pada bukan Islam samada di Universiti Barat atau tempatan dengan berpandukan sukatan Wahabi!

Ajaran Ahlul Sunnah yang pada mulanya bermula dari peringkat remaja yang berteraskan pengajian Imam Ghazali dalam Kitab Ehya Ulumudin dan Imam Abu Hassan Asyaari serta Imam Abu Mansur Al Maturidi dalam bidang Usuludin tidak dikembangkan keperingkat Universiti. Pengajian Ahlul Sunnah banyak dalam bentuk bertarekat sebagai satu cara kaedah menyucikan diri. Seperti Tarekat Nasybandi, Qadiriyah,Ahmadiyah dan yang terbaru tarekat Muhamadiyah yang telah diharamkan oleh Pemerintah Malaysia pada tahun 1994 atas nasihat Majlis fatwa Malaysia yang rata2nya berpandukan kepada ajaran Wahabi.

Tetapi rata2 ajaran tarekat adalah berguru dari Imam Mursyid yang 100 % dari Al-Quran.Kecuali ajaran tarekat yang menyeleweng. Tetapi jika 100% kandungan bertarekat berdasarkan dari Al-Quran , masakan boleh menyeleweng? Dimana perbezaannya antara amalan tasawuf Ahlul Sunni dengan amalan tasawuf Wahabbi? Jawapannya ialah kesinambungan dari lidah guru yang bersambung dari satu generasi dari zaman Rasululah sehingga kegenarasi yang ada sekarang.


Ajaran Wahhabi sebenarnya sudah terputus kesinambungan dari lidah guru mursyid kerana ajaran Ibn Tamiyah sudah terkeluar dari Mazhab Hambali yang sebenar. Setakat berdasarkan pada fahaman dari Al-Quran dan hadis belum cukup untuk mana-mana individu menemui pada jalan yang benar. Beliau memerlukan guru mursyid untuk membimbingnya. Kalau tak berjumpa dengan guru mursyid, syaitanlah yang menjadi gurunya.

Yang kedua ialah fahaman Usuludin atau ilmu ketuhanan puak wahabi tidak berteraskan pada Imam yang diiktiraf oleh Ahlul Sunni seperti Imam Abu Hassan Al Syaari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi. Memang benar pada zaman Rasullulah, mereka belum lahir lagi,tetapi pada ketika itu setiap permasalahan agama jika timbul sebarang masalah boleh terus bertanya pada Rasululah atau sahabat baginda. Tetapi selepas kewafatan Rasululah, banyak cabang dan aliran agama dalam bentuk ilmu ketuhanan yang wujud. Sepeti fahaman muktazilah, khawarij, syiah dan banyak lagi.

Untuk mengatasi akan bahaya akan penyelewengan akidah umat Islam dari segi fahaman yang menyeleweng ini, maka muncullah fahaman Imam Abu Hassan Al Syaari. Beliau pada mulanya adalah berfahaman Muktazilah. Tetapi bila beliau mengkaji kembali akan ajaran tersebut, maka dengan taufik dan hidayah yang Allah beri, maka beliau mengaku keluar dari fahaman Muktazillah dan menerbitkan beberapa buah kitab mengenai sifat 20. Beliau dibantu oleh rakannya Imam Abu Mansur Al Maturidi.

Tetapi ajaran Wahabi menyuruh umat Islam bertaklid takat pada Al-Quran dan Hadis sahaja. Tak mungkin orang awam pada akhir zaman dapat menghayati isi kandungan Al-Quran tanpa berguru mursyid! Kalau dilakukan juga selama itulah umat Islam akan sesat sesesatnya . Seperti penolakan ziarah kubur, bermarhabban, berzanji, bermaulid, amalan bertawasul pada yang hidup atau mati sebenarnya semua itu ada dalam ajaran Islam.

Cuma puak Wahabbi yang tidak menjumpai nas atau dalil tersebut! Suatu perkara yang mendukacitakan pada akhir zaman ini ialah sukatan pengajian Islam terutama pada peringkat menengah dan universiti telah diserang dengan fahaman Wahabbi ini. Jika suatu ketika dahulu umat Islam rata-rata menerima pendidikan Ahlul Sunnah melalui sistem pendidikan pondok, tetapi bila mereka belajar di luar negeri dengan menyambung pengajian peringkat master atau phd, sukatan pengajiannya hampir berkisar kepada fahaman Wahabbi.Mengikut sukatan penjajah.


Masakan pehak Inggeris dan Yahudi yang menyediakan sukatan tersebut akan memberi roh Islam pada pelajarnya? Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Merekalah yang menentang kegiatan dakwah Islam di Malaysia seperti mana yang kita saksikan pada tahun 1980an dan pada tahun 1990an. Sehingga membawa kepada pengharaman sebuah pertubuhan agama yang berfahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah! Atas dakwaan membawa ajaran sesat!

Sebab itu bila para pelajar ini pulang ke Malaysia ,dengan kelulusan yang mereka ada pada peringkat phd, mereka memegang berbagai-bagai jawatan penting dalam kerajaan seperti pensyarah,Ketua Pertubuhan Dakwah, Ahli Mufti, panel jawatankuasa Fatwa dan sebagainya. Dengan fahaman yang dibajai dan dipupuk oleh penjajah Inggeris dan Yahudi, mereka telah menyesatkan banyak amalan-amalan yang diwarisi dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Namun syukur, Alhamdulilah kebanyakkan bekas pelajar dan anak didik penjajah Inggeris ini sedar kembali akan pokok pangkalnya akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan bahaya fahaman Wahabbi ini. semoga kesedaran ini akan mengiatkan lagi kegiatan agama dan berkembang syiar Islam dari penindasan fahaman Wahabi.Sama- samalah kita nantikan perkembangan seterusnya.

Rujukan :

1. Iktiqad Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Karangan KH Sirajudin Abbas.

2. Kitab Ehya Ulumudddin. Karangan Imam Ghazali
3. Kitab Al Umm - Karangan Imam Syafei

Wednesday, January 21, 2009

MINYAK DAN GAS DI ASIA BARAT ADALAH SENJATA STRATEGIK PENGARUHI AS HENTIKAN KEZALIMAN ISRAEL

oleh : Ruhanie Ahmad
Dasar luar sesuatu negara atau sesuatu wilayah wajar disesuaikan dengan tuntutan dan perkembangan semasa di negara atau wilayah terbabit.
Lantaran itu, kerajaan serta NGO Malaysia wajar menggesa negara-negara pengeluar minyak dan gas terbesar di Asia Barat untuk menjadikan kedua-dua komoditi ini sebagai komponen utamanya dalam pembentukan dasar luar mereka terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Britain yang menjadi pelindung utama Israel yang mengganas dan menzalimi umat Palestin.
Dengan itu, negara-negara terbabit pasti mampu menjadikan minyak dan gas sebagai senjata utama dan strategik mereka dalam mempengaruhi AS dan Britian mengarahkan Israel memberhentikan kezaliman serta keganasannya di Palestin atau lain-lain wilayah sasarannya.
Negara-negara di Teluk Parsi, termasuk Arab Saudi, Iran dan Iraq, mempunyai rizab minyak sebanyak 679 billion tong atau 66 peratus dari keseluruhan rizab minyak dunia. Mereka juga mempunyai rizab gas cecair asli sebanyak 1918 trillion kaki padu atau pun 35 peratus dari keseluruhan rizab gas cecair asli di dunia ini.
Keseluruhan negara di Asia Barat, kecuali Israel, mempunyai rizab minyak sebanyak 685.6 billion tong dan rizab gas cecair asli sebanyak 2367.9 trillion kadi padu. Pecahannya, adalah seperti berikut:
Arab Saudi: 261.8 billion tong rizab minyak dan 228.2 trillion kaki padu rizab gas cecair asli;
Iraq, 112.5 ribu billion tong rizab minyak dan 112.6 trillion kaki padu rizab gas cecair asli;
Iran, 89.7 billion tong rizab minyak dan 939.4 trillion kaki padu gas cecair asli;
Emiriyah Arab Bersatu: 97.8 ribu juta tong rizab minyak dan 204.1 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.
Perangkaan (2004) ini jadi bertambah besar jika diambilkira rizab minyak dan gas cecair asli di negara-negara Islam lain, termasuk Malaysia, Brunei dan Indonesia di Asia Tenggara; Azerbaijan, Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Afghanistan di Asia Tengah; Pakistan di Asia Selatan, serta Algeria, Mesir, Libya, Morocco dan Sudan, di Afrika.
Hakikat ini dicemburui oleh AS yang kini dalam keadaan terdesak kerana sumber minyak dan gas cecair aslinya dipercayai hampir kering kontang. Sebab itulah Henry Kissinger, Bekas Setiausaha Negara AS, pernah menyatakan bahawa “minyak adalah satu komoditi penting yang tidak boleh dibiarkan dikuasai oleh negara-negara Arab.”
Kedudukan telaga minyak dan gas cecair asli di negara-negara bukan Islam (berdasarkan perangkaan 2004) adalah seperti berikut:
Wilayah-wilayah Amerika Utara: 54.2 billion tong rizab minyak dan 282.1 trillion kaki padu rizab gas cecair asli;
Amerika Tengah dan Amerika Selatan, 96 billion tong rizab minyak dan 250.2 trillion kaki padu rizab gas cecair asli;
Eropah Barat, 17.7 billion tong rizab minyak dan 182.4 trillion kaki padu rizab gas cecair asli;
Eropah Timur dan Russia: 50.7 billion rizab minyak dan 150.5 trillion kaki padu rizab gas cecair asli; China, 24 billion tong rizab minyak dan 42.8 trillion kaki padu rizab gas cecair asli.
Perangkaan di atas membimbangkan AS kerana pengeluaran minyak dan gas cecair asli di dunia ini - melainkan di Asia Barat, Asia Tengah dan Lembah Caspian - dijangka merosot dan kering dalam tempoh terdekat ini.
Oleh itu, inilah masa yang terbaik bagi negara-negara pengeluar minyak dan gas di Asia Barat bertindak secara berani dan strategik untuk menjadikan komoditi berkenaan sebagai senjata utama mendesak AS, Britain dan sekutu lainnya mengarahkan Israel memberhentikan segera keganasan serta kezalimannya di Asia Barat.
Insafilah bahawa 10 daripada pengguna petroleum yang terbesar pada 2002, enam adalah kalangan negara-negara maju, termasuk AS dan Britain - dua negara utama yang amat memihak kepada Israel.
Pandangan di atas wajar dihalusi oleh semua pihak, baik pemimpin atau intelektuil dunia yang prihatin terhadap keganasan serta kezaliman Israel di Asia Barat.
Janganlah setiap kali zionis Israel mengganas di Palestin atau Lebanon sehingga mengorbankan ratusan ribu umat manusia - Islam dan bukan Islam - yang tidak berdosa, termasuklah kanak-kanak, dan menghancurkan khazanah pusaka negara-negara terbabit, reaksi paling lazim di kalangan warga massa dunia Islam dan bukan Islam hanyalah dalam bentuk ledakan emosi semata-mata.
Ledakan emosi ini memang relevan dan baik. Ia membuktikan keprihatinan warga dunia terhadap kesejahteraan umat manusia sejagat. Tetapi, ledakan ini lazimnya hanya dimanifestasikan menerusi tunjuk perasaan, penyerahan nota bantahan ke kedutaan Israel atau kedutaan AS, seruan sekatan ekonomi atau seruan untuk memboikot prudok negara terbabit.
Di kalangan para pemimpin dunia, tindakan yang paling lumrah terhadap Israel hanyalah menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakah sidang tergempar untuk meluluskan resolusi mengutuk keganasan serta kezaliman berkenaan.
Reaksi dan tindakan seperti ini adalah stereotype. Impaknya tidak ke mana - ibarat kesan tindakan anjing menyalak bukit atau mencurah air ke daun keladi.
Oleh itu, rakyat dan kepimpinan Malaysia khususnya, perlulah mencari suatu bentuk reaksi dan tindakan yang lebih strategik, serius dan berkesan. Contohnya, kumpulan prihatin di Malaysia wajar menghantar nota ke kedutaan Arab Saudi untuk menggesa negara Islam yang menjadi pelindung kepada Mekah dan Madinah ini bersuara lantang dan berperanan lebih tegas terhadap keganasan serta kezaliman Israel di Asia Barat.
Arab Saudi serta lain-lain negara pengeluar minyak dan gas yang besar di Asia Barat wajar digesa bersatupadu untuk merangka sesuatu tindakan strategik bagi menggesa AS dan Britain mengarahkan Israel memberhentikan keganasan serta kezalimannya di Palestin dan Lebanon dengan serta-merta.
Majoriti negara di Asia Barat mempunyai sumber petroleum dan gas yang amat penting kepada seluruh dunia Barat dan Timur.
Tetapi, kerana industri petroleum dan gas di wilayah itu sebilangan besarnya dikuasai oleh kapitalis Barat (terutamanya kapitalis zionis), negara-negara di Asia Barat perlulah menggunakan sumber strategik itu untuk dijadikan senjata utama mendesak AS dan Britain menyelesaikan isu Palestin dan lain-lainnya dengan segera, tegas dan berkesan.
Pandangan di atas mungkin terlalu ideal. Ia mungkin hanya akan jadi cita-cita yang tidak terdaya dicapai.
Tetapi, pihak yang berfikiran strategik seharusnya insaf bahawa jika AS atau Britain berani menggunakan terorisme sebagai komponen utama kepada dasar luar dan sikap hegemoniknya di abad ke-21, mengapakah tidak negara-negara pengeluar minyak dan gas terbesar di dunia mutakhir ini menjadikan komoditi ini sebagai komponen utama kepada pembentukan dasar luar masing-masing pada saat dan ketika ini?
Fikir-fikirkanlah!

Friday, January 16, 2009

IT TELL THE TRUTH

Please circulate to everyone you know.


>
أرجوك استمر في تمرير هذه الرسالة، اجعل العالم يعرف ماذا يحدث هناك في فلسطين


> cid:image0
>
>
> Making sure they get to school.

>
>
>
>
> Helping Ladies across the street..

>
> cid:image1
>
> cid:image2
>
>
>
> Providing childcare.

>
> cid:image3
>
>
>
>
> Allowing them a place to rest (permanently)

>
>
> cid:image4
>
>
> cid:image5
>
>
> Access to Health care.
>
>
>
>
>
>
> Construction projects (demolition)
>
>
>
cid:image6
>
> cid:image7
>
>
>
>
> Respecting American and British pacifist resisters (such as American Rachel Corrie)

>
> cid:image8
>
>
> cid:image9
>
> cid:image10
>
>
>
> And others.

>
>
> cid:image11
>


> And if you are not satisfied, now, with the truth the following pictures are war crimes as defined by the UN, The Hague and the Geneva Convention.


>
> Using images of your enemy dead or alive (violation)

>
>
> cid:image12
>
>
>
> Human shields (violation)

>
>
> cid:image13
>
>
>
> Live Burial Torture (violation)

>
>
> cid:image14
>
>
> And as a last resort, Execution (violation)

>
>
>
>
> cid:image15
>

These IDF soldiers have faces... I can clearly see them...Cant you? Why are they not being prosecuted? Because it is systematic process that is driven by the government designed to force the people of Palestine into exile so Israel can claim all the land and resources.
>
>

> This where my American tax dollars are going, do you know where your tax dollars are at? TAKE THE TIME TO FIND THE TRUTH. So many lives depend on it I, like so many Americans, am Caucasian, non-Arab, and religious. I can no longer sit back with good conscience and do nothing while my government is supporting the types of terrorist actions that we have condemned Muslim Fundamentalist for. Call your Congressman and Senator, send an email to the White House and demand that our government negotiate FAIRLY with both sides and bring a fair and just solution to Palestine and Israel .


>
> cid:image16
> (CRUELTY OF ISRAEL

!!! Faites passer svp que le monde le voit !!!
!!! Make pass please that the world sees it !!!
!!! Durchlauf bitte bilden wie die Welt ihn sehen !!!
،،، Hacer el paso por favor Cَmo el mundo lo ve !!!
،،، Bitte sendet es weiter dass es die welt sieht !!!
من فضلك أنشر هذه الصفحة ليراها العالم
"Merci à vous" UN, USA, Europe, France et le "gouvernement Arabe" !
"Thank You" UN, USA, Europe, France and the "Arab Gouvernement" !
Danke UN, USA, Frankreich, und die arabische Regierungen
Le peuple dit "civilisé" contre les enfants et civils palestiniens.
Ce que vos médias ne vous montrent pas !
People khttp://montada.echoroukonline.com/images/smilies/no.gifwn as "civilized" against the children and civil palestinian.
What your media never shows you !
Menschen bekannt als zivilisiert gegen Kinder und zivilisten in palestine
Was Ihnen die Medien nie zeigen !
.الشعب المتحضر
! ضد الأطفال والمدنيين اللبنانيين

بداية القصة
طفلة إسرائيلية دعاها جيش الاحتلال الصهيوني لتكتب رسالتها لأطفال فلسطين ولبنان على صاروخ سيمزق أشلاءهم
Kiryat shmona : Les filles israéliennes écrivent des messages sur les coquilles d'artillerie lourde .
Kiryat shmona : The Israeli girls write messages on the heavy artillery.
كريات شمونا. الأطفال الإسرائيليين يكتبون على الصواريخ الثقيلة لإرسالها لأطفال لبنان

http://www.almhml.com/labanon/imgs/1.jpg
http://www.almhml.com/labanon/imgs/2.jpg
لو كانت صاحبة هذه الصورة طفلة فلسطينية لقامت الدنيا ولم تقعد وهي تتحدث عن وحشية الفلسطينيين والعرب والمسلمين الذين يعلمون أطفالهم القتل وسفك الدماء..
لكنها - يا سادة- لطفلة إسرائيلية دعاها جيش الاحتلال الصهيوني لتكتب رسالتها لأطفال فلسطين ولبنان على صاروخ سيمزق أشلاءهم.. وهذه الدعوة لا تدل إلا على ذروة الإنسانية..
إنسانية الغرب التي تنظر للعرب على أنهم أدنى بكثير من الحيوان
ووصلت الرسالة
http://www.almhml.com/labanon/imgs/3.gifLes enfants ont reçus le message des filles israéliennes !

childrens receiving the message !
جنوب لبنان.رسالتكم وصلت إلى الأطفال اللبنانيين
http://www.almhml.com/labanon/imgs/4.jpg
لقد وصلت الرسالة هذا الطفل كان أول من استلمها !
http://www.almhml.com/labanon/imgs/5.jpg
وهؤلاء استلموا الرسالة
http://www.almhml.com/labanon/imgs/6.jpg
وهذا الطفل أيضا كان له نصيب
http://www.almhml.com/labanon/imgs/7.jpg
وصاحب هذه السيارة وصلته الرسالة
http://www.almhml.com/labanon/imgs/8.jpg
وهؤلاء الأطفال أيضا استلموا الرسالة
http://www.almhml.com/labanon/imgs/9.jpg
وهؤلاء
http://www.almhml.com/labanon/imgs/10.jpg
وهؤلاء
http://www.almhml.com/labanon/imgs/11.jpg
وهذا الطفل أيضا
http://www.almhml.com/labanon/imgs/12.jpg
وهذه المرأة كان لها نصيب من الرسالة
http://www.almhml.com/labanon/imgs/13.jpg
وهؤلاء
http://www.almhml.com/labanon/imgs/14.jpg
وهذا الطفل أيضا
http://www.almhml.com/labanon/imgs/15.jpg
وهذا
http://www.almhml.com/labanon/imgs/16.jpg
وهذه الطفلة أيضا وصلتها الرسالة
http://www.almhml.com/labanon/imgs/17.jpg
وهذا
http://www.almhml.com/labanon/imgs/18.jpg
وهذا
http://www.almhml.com/labanon/imgs/19.jpg
وهؤلاء جميعهم استلموا الرسالة
http://www.almhml.com/labanon/imgs/20.jpg
وهذا
http://www.almhml.com/labanon/imgs/21.jpg
وهذا
http://www.almhml.com/labanon/imgs/25.jpg
وهذه

وهذا
http://www.almhml.com/labanon/imgs/23.jpg
وهذه
http://www.almhml.com/labanon/imgs/24.jpg
وهذا
" فشكرا لكل من ساهم في إيصال الرسالة وشكرا لكل العالم ولكل العرب الذين سكتوا عن مجرد التنديد "
وهكذا أصبحت بيروت بعد استلامها لرسائلهم
http://www.almhml.com/labanon/imgs/26.jpg

Thursday, January 15, 2009

Monday, January 12, 2009

Laknat Yahudi? Laknat lagi pemimpin Islam yang berseteru dgn mereka.

Jahanam Yahudi!, itu tajuk utama kebanyakan akhbar2 di negara islam seluruh dunia, malah khutbah jumaat pun khatib dgn lantangnya mengutuk tindakan yahudi.

Yahudi, suatu bangsa yg amat hebat, malah didlm quran juga larangan Allah serta peringatan Allah terhadap bangsa ini amatlah byk sekali. Jika kita tidak berhubungan dgn kaum ini sekalipun, menjadi kawan kepada seteru kepada Yahudi ini juga dilaknati oleh Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim" Al - Maidah 5:51

Kita telah lama menentang Israel/yahudi, menyokong palestin dgn pelbagai cara tetapi pernahkah kita mengkaji mengapa semakin kuat kita menentang semakin hebat lagi kekuatan mereka?

Tidak pernahkah kita terfikir yg umat islam itu sendiri tanpa sedar menyokong dan menguatkan Yahudi itu sendiri? Industri hiburan baik dr musik, filem hinggalah ke filem lucah majoriti adalah dikuasai oleh yahudi? Industri berita juga oleh yahudi sebab itu lah mereka menonjolkan Islam itu agama pengganas bukan sebaliknya, siapa Al-Qaeda? Mereka tidak wujud sebenarnya, ianya hanyalah "database pejuang mujahiddin" yg dahulunya menentang Russia, ditukarkan kepada Al-Qaeda supaya boleh menyebabkan manusia seluruh dunia hidup didlm ketakutan. Geniusnya bangsa yahudi ini, mereka tahu bagaimana untuk menghayalkan umat islam dan menyerang dr dalam, membiarkan umat islam itu hanyut dan terlena tanpa sedar.

Mereka tidak boleh mengishtiharkan perang kerana mereka tahu umat islam tak takut mati. Sepertimana mereka menghancurkan Iraq dgn membuatkan sunni dan syiah berperang sesama sendiri, caranya dgn mengarahkan agen perisik mereka berpakaian arab dan meletupkan masjid2 di Iraq dan menuduh dilakukan oleh sunni ataupun syiah. Tidak ada manusia yang mengaku Islam yg waras sanggup meletupkan masjid, fikir2kanlah. Menghayalkan umat islam dgn nikmat dunia dan membuat umat islam bergaduh sesama sendiri itu agenda mereka. Lebih mudah dari berperang secara terang-terangan.

Yahudi semakin kuat kerana Amerika, negara terkuat didunia ini sebenarnya di perintah secara "remote" dr Israel, sebab itu lah mereka berdiam ketika Gaza dilanyak kerana mereka tidak mendapat arahan untuk bertindak.

Politik Amerika tidak ubah seperti gusti WWF yg direncanakan, kedua2 pihak yg bertanding ditaja oleh kebanyakannya syarikat yg sama, Bush dlm kempen untuk penggal kedua sudah tahu yg dia kekal sebagai presiden. Peralihan kepada Obama hanyalah drama untuk mengembalikan reputasi Amerika yg diburukkan oleh Bush.

Umat islam harus berubah dan yg harus mulakan adalah pemimpin, jika mereka tidak sedar dan hanyut dgn nikmat kuasa dan dunia selagi itu umat islam hidup dlm sengsara. Sepatutnya kita mengalihkan tenaga dan tumpuan kita dari mengutuk melaknat yahudi kepada mengutuk dan melaknat pemimpin islam yg berseteru dgn yahudi, melalui Amerika.

Amat sedih dan terharu bila melihat pemimpin2 Islam yang kaya didunia ini bersekongkol dgn Amerika, boleh berpeluk cium berpegangan tangan dengan pemimpin Amerika sedangkan saudara mereka di Gaza menderita. Menurut "Economic Hitman" John Perkin didlm bukunya berkata, kebanyakan keluarga2 raja di negara arab sudah di"beli" oleh Amerika, yakni jika mereka mahu kekal sebagai raja dan mahu Amerika menjaga keluarga2 mereka, mereka semua harus ikut cakap dan telunjuk Amerika.

Jadi jgn terkilanlah mengapa negara2 Islam yg kaya raya hanya tak habis2 berbincang tanpa penyelesaian kerana mereka sendiri tunduk kepada Yahudi melalui Amerika. Padan lah dgn namanya OIC.. ohh i see... tgk sahaja tanpa penyelesaian.

Bagaimana dgn pemimpin kita? Adakah pemimpin kita bertindak dgn setegasnya dlm hal ini? Penyelesaian kepada masalah Yahudi ini adalah dgn melemahkan Amerika dgn cara beralih dr menggunakan dollar dlm semua urusniaga terutamanya minyak. Selagi umat negara2 islam bergantung kepada dollar, selagi itu lah umat islam tidak mampu melawan yahudi. Tetapi pemimpin Islam takut jika mereka beralih kepada matawang lain atau apa2 sahaja yang tidak selari dgn kehendak Amerika, mereka akan kehilangan takhta seperti yg berlaku kepada Saddam, Perdana Menteri Iran Mohammad Mosadegh dan juga beberapa pemimpin bukan Islam yg lain yg dibunuh, dijatuhkan hanya kerana tidak mahu tunduk kepada Amerika.

Cadangan Dr Mahathir semasa ucapan beliau di persidangan OIC supaya negara2 islam mula menggunakan Gold Dinar hanya dipandang sepi oleh pemimpin2 Islam yg lain kerana mereka takut akan kehilangan takhta, hilang nikmat dunia yg mana mereka telah hanyut dan tenggelam didlmnya.

Umat Islam tak habis2 menyalahkan Israel dan mengutuk mereka, sudah sampai masanya untuk kita berhenti menuding jari kepada mereka dan menyiasat diri sendiri dahulu dan sedar yang terjadi di Palestin itu adalah kerana kesilapan kita sendiri. Agung dan hebatnya Allah, secara semulajadi bila manusia menuding jari menyalahkan orang lain, tiga jari tetap mengarah kepada diri sendiri, sudah sampai masanya kita belajar berhenti menyalahkan orang lain, membetulkan diri sendiri dahulu.

Laknat Yahudi? Laknat lagi pemimpin Islam yang berseteru dgn mereka.

artikel ini dipetik dari : syurgadidunia.blogspot.com/

SEJARAH PENAKLUKAN YAHUDI


Peta Tanah Palestina Yang Dicaplok Yahudi Israel

PETA MENUNJUKKAN PENAKLUKAN YAHUDI DI TANAH PALESTIN
Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI