DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Saturday, April 24, 2010

HIKMAH DI SEBALIK DUGAAN ALLAH

ORANG yang ditimpa sesuatu bencana hendaklah tabah menghadapinya. Ia adalah ketentuan dan ujian Allah kepada umatnya. Ada banyak hikmat di sebalik sesuatu ujian atau dugaan yang diberikan Allah kepada umat manusia.

Rasulullah menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu, antaranya:

Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Mas’ud berkata, Rasulullah bersabda: “Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Anas berkata, Rasulullah bersabda: “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah.” (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi berkata, bahawa kedua-duanya masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: “Bagaimana keadaanmu pagi ini?” Dia menjawab: “Aku berada dalam keadaan baik.” Syaddad berkata kepadanya: “Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah bersabda: �Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: �Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan’, dan Allah berfirman kepada malaikat penulis amal orang itu: �Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia berkeadaan sihat.” (Imam Ahmad)

Anas berkata, Rasulullah bersabda: “Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah dia memohon dengan berkata: ‘Ya Tuhanku, hidupkan aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi “Kaffarah” (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya.

Thursday, May 14, 2009

TAZKIRAH MAY

Friday, February 27, 2009

PERKATAAN ALLAH DIBENARKAN DLM PENERBITAN KRISTIAN

DIPETIK DRP UTUSAN MALAYSIA
Oleh RADZI MD. ZIN, HASNURUL MOHAMED dan ZUHAYATI YAZID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Tokoh Maal Hijrah itu menegaskan Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berbeza dengan agama lain.

“Mengapa hendak bertolak-ansur sangat dalam hal ini? Kalau ikut enakmen jabatan agama islam negeri pun memang tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi: ‘‘Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’’.

Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia hari ini mendesak kerajaan membatalkan semula pewartaan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah pewartaan tersebut mampu mencetuskan kegelisahan di kalangan orang Islam.

“Keputusan itu juga dilihat melanggar arahan Jemaah Menteri yang dibuat pada 19 Mei 1986,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainul Rijal memberitahu, mahkamah sepatutnya tidak membenarkan penggunaan kalimah tersebut bagi digunakan oleh orang bukan Islam, tambahan lagi 10 buah negeri telah menggubal undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Enakmen tersebut memperuntukkan adalah menjadi kesalahan menggunakan kalimah tersebut untuk kegunaan orang bukan Islam.

Dalam perkembangan sama, Zainul Rijal memberitahu, mahkamah tidak sepatutnya mengatasi keputusan Jemaah Menteri dan undang-undang yang diperkenankan oleh raja Melayu.

‘‘Hal ini seolah-olah ingkar dengan titah perintah raja yang melibatkan hal ehwal agama Islam,” katanya.

Di PULAU PINANG pula, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya terkejut dengan keputusan KDN membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan agama Kristian.

Beliau, yang bimbang dengan perkembangan itu, menggesa KDN membuat penelitian sedalam-dalamnya berhubung perkara itu kerana ia menyentuh sensitiviti agama suci itu dan umat Islam di negara ini.

“Bagi saya ini amat bahaya kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat terutama yang beragama Islam.

“Dalam kes penerbitan Herald – The Catholic Weekly, perkara tersebut masih menjadi perdebatan. Kenapa warta ini boleh dikeluarkan?’’ soalnya.

Lebih menghairankan Shabudin, mengapa isu itu dibangkitkan pada masa sekarang walaupun agama Islam sudah diangkat sebagai agama rasmi.

Komen SP:
Adakah ini satu lagi penderhakaan kepada Raja-Raja melayu dan yang lebih menyedihkan penderhakaan yg terang-terang terhadap kedaulatan agama Islam. Inilah senario pentadbiran kerajaan, yg kita lihat semenjak merdeka, asyik Islam dan melayu sahaja yg digadai dan dijual, dari nama2 melayu yg digunapakai semenjak sebelum merdeka ditukar satu persatu seperti "bahasa Melayu" yg ditukar kepada "bahasa Malaysia" dll lagi....sekarang setelah habis nama melayu dijual dan di gadai.... islam pula yg hendak digadai.... Ya Allah Kau selamatkanlah bumi malayu ini dari penjajahan dan kemusnahan, Kau kekalkan lah kedaulatan agama Mu di Bumi Melayu ini.... Kau hancurkanlah mereka yg bercita-cita menghancurkan Agamu Mu Ya allah.. Amin...

Kita sama-sama lihat apakah tindakan pemuda UMNO yg dilihat tertalu garang dlm tindakan baru-baru ini, adakah mereka akan mengambil tindakan yg sama... atau hanya dayus..bangunlah wahai sedara islam semua jgn sampai akidah anak-anak kita dihancurkan

Monday, February 16, 2009

DR ASRI - SATU LAGI PANDANGAN

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) -"PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.'Kuasa dan harta' bukan sedikit ujiannya.

"Suaranya vokal dan adakalanya kontroversi namun ramai yang 'merindui' pendapatnya yang berpaksikan tafsiran agama dan tidak bias kepada mana-mana pihak. Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN sekali lagi mendapatkan pandangan kritis bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abdin yang kini berada di Lampeter, United Kongdom. Beliau sedang menjalankan kajian atas perbandingan tafsiran hadis antara kelompok tradisi dan modernis serta dalam cuti sabatikal yang diberikan oleh Universiti Sains Malaysia.

Harakah: Mengapa Dr. lebih awal meletakkan jawatan sebagai Mufti dan tidak berhasrat menyambung semula ? Inikah yang dinamakan berundur sebelum berjuang? Boleh beritahu sebab letak jawatan sebenarnya?

Dr Asri: Ya! Ratusan email, sms dan berbagai yang dihantar kepada saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan saya meninggalkan jawatan mufti. Mereka berpendapat saya membuat keputusan yang tidak tepat. Alhamdulillah, saya berterima kasih atas keprihatinan mereka.

Saya bertawakkal kepada Allah atas segala perancangan. Sekarang ini pun banyak email yang dihantar menjemput saya pulang dengan ditawarkan berbagai-bagai urusan atau 'tanggungjawab'. Biarlah dulu saya di sini.

Saya tidak jadi mufti untuk mengaut kesenangan. Alhamdulillah, sama sekali tidak. Saya serahkan urusan jiwa ini kepada Allah. Saya hanya ingin menjadikan jawatan itu sebagai medan tanggungjawab dan menyampaikan mesej Islam yang saya fahami. Saya berdoa kepada Allah sebelum menjadi mufti agar diberikan pertolongan kepada saya.

Alhamdulillah, walaupun ada yang tidak bersetuju dengan saya, tetapi dalam tempoh tersebut pandangan dan isu yang saya lontar telah menjadi bahan perbincangan ilmu dalam masyarakat. Soal pro dan kontra itu perkara biasa. Jika perkara itu tiada pro dan kontra bererti tiada siapa yang mengambil peduli mengenainya. Banyak bahan telah saya tulis dalam tempoh tersebut dan tersebar dengan begitu luas. Begitu juga ceramah, kertas kerja, wawancara saya di sana-sini menjadi bahan yang diperbincangkan dengan meluas.

Alhamdulillah, generasi muda dan lapisan terpelajar yang suka membaca sebelum membuat penilaian, yang tidak menjadikan maki-hamun sebagai landasan hidup, yang tidak mengulas sebelum mengetahui, mereka ini begitu ramai yang memberikan sokongan yang besar kepada saya.

Dalam politik juga saya rasa, alhamdulillah, akhirnya banyak pihak akur bahawa saya tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam memberikan pandangan. Saya beberapa kali dijemput oleh Kerajaan Kelantan. Kali terakhir sebelum saya berhenti, saya sempat hadir jemputan ceramah Kerajaan Negeri Kelantan untuk Tabung Serambi Mekah yang di lancarkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sehari kemudian, saya dijemput oleh Perdana Menteri untuk memberikan ceramah khas kepada ahli kabinet dan Majlis Tertinggi Umno dan hadirin yang hadir.

Beberapa hari kemudian saya dijemput oleh Pemuda Parti Keadilan untuk memberikan tazkirah, tapi saya tidak sempat. Semasa saya sampai ke United Kingdom, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjemput saya memberikan ucapan dalam Majlis DAP. Cuma saya tidak dapat pulang.

Saya berharap saya sudah cuba melakukan sesuatu. Saya cuba mengemukakan 'politik idea' mengatasi sempadan politik kepartian. Apa yang menjadi matlamat bukan menegakkan parti tertentu, tetapi menegakkan fikrah Islamiyyah yang lebih besar dari kesempitan parti.

Alhamdulillah, jumlah pembaca artikel saya juga begitu besar. Melalui ruangan saya dalam Minda Mufti, saya bersahabat baik dengan berbagai insan ternama. Saya rasa banyak mesej saya telah sampai. Saya memerah tenaga dalam tempoh dua tahun. Bersabar atas kerenah mereka yang suka memfitnah atau mengganggu perjalanan tersebut. Saya harap Allah berikan pahala atas itu semua. Harakah sendiri pada awalnya begitu prajudis, tetapi setahun tahun sebelum saya berhenti, kelihatannya positif.

Akhirnya, apabila saya rasa ruang jawatan itu 'sudah mula sempit' atau sudah memadai, maka saya beristikharah untuk berhenti. Itupun baik juga. Ia menafikan fitnah mereka yang 'tidak sayang lidah mereka di akhirat' bahawa kenyataan atau pendapat saya selama ini untuk kesinambungan jawatan. Alhamdulillah, sama sekali tidak. Semoga Allah merezekikan kita semua melihat jawatan dan kedudukan dengan penuh rasa amanah dan gerun.

.Dr. dilihat sangat vokal dan adakalanya 'mempersembahkan' pemikiran agama dari sudut yang berbeza, adakah mencari kelainan serta seringkali mentafsirkan hukum agama dari sudut yang berbeza dan adakalanya tidak pernah didengari umum seperti soal-soal bidaah seperti kenduri arwah, tahlil di kubur dan dikatakan tidak mengikut tradisi yang telah dilakukan oleh nenek moyang? Adakah mereka tidak betul sebelum itu ? Malah Dr. dilabel sebagai liberal, kaum muda dan wahabi dan sebagainya lantaran pembaharuan yang dibawa?

Inilah masalah sesetengah pihak. Mereka tidak dapat menerima orang lain berbeza pendapat dengan mereka. Melabel orang tanpa asas yang jelas adalah budaya buruk.

Dahulu masa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum menjadi Menteri Besar pun terkena tohmahan yang sama ketika beliau melontarkan beberapa pandangan yang berbeza dengan pengajian biasa di pondok-pondok. Syeikh Abu Bakar al-Baqir dari Gunung Semanggol yang mengasaskan Hizbul Muslimin semasa hayatnya dituduh sebagai kaum muda dan sesat. Prof. Burhanudin al-Helmi juga pernah dituduh sebagai kaum muda. Demikian Sayyid Syeikh al-Hadi, Za�ba dan berbagai lagi pejuang perubahan dituduh dengan tuduhan yang sama.

Saya teringatkan kata-kata Za�ba dalam bukunya "Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri" yang Prof DiRaja Ungku Aziz kirimkan kepada saya agar saya baca.

Antara katanya:"Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti "sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu" dan berbagai-bagai lagi.

Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat�. Demikian kata Za�ba.

Apabila saya menjadi mufti sesetengah pihak menunggu agar saya membangkitkan isu-isu tradisi melayu seperti kenduri arwah dan seumpamanya. Namun mereka tersilap, alhamdulillah perhitungan dan fokus pemikiran Islam saya merentasi kesempitan isu yang mereka tunggu bagaikan nak �kiamat� itu. Ada anda lihat isu kenduri arwah menjadi tajuk utama akhbar dalam senarai puluhan isu yang telah saya bangkitkan.

Maksudnya kenduri arwah itu sudah lama dilarang?

Kemudian, saya ingin bertanya, apakah jika seseorang tidak mahu kenduri arwah maka dia menjadi wahabi? Kitab al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam al-Syafi'i tulisan tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan 'Ali al-Syarbaji. Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut:

"Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya�.

Apakah semua penulis itu wahabi?!!.Jika kita tengok kitab-kitab melayu jawi kita dapati perkara yang sama. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga Allah merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: "(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya."

Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: "Maka bid'ah yang tidak elok." Apakah mereka semua juga wahabi?!!.

Saya tidak tahu apa itu wahabi melainkan setelah mereka menyebut perkataan tersebut lalu saya terpaksa mencari maksudnya. Saya bukan penggemar buku Muhammad bin �Abdul Wahhab. Tetapi, jika anda menuduh saya amat terpengaruh dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, itu mungkin benar.

Saya seperti yang Dr. Yusuf al-Qaradawi sebut tentang dirinya dalam buku Kaifa Nata`amul ma`a al-Sunnah, kata Dr al-Qaradawi: "Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku".

Saya rasa, saya pun demikian. Namun, alhamdulillah, saya tidak fanatik Ibn Taimiyyah seperti mereka yang fanatik mazhab. Seperti kata al-Imam Malik bin Anas:"Setiap orang boleh diterima dan ditolak pendapatnya, melainkan Nabi Muhammad s.a.w yang maksum�.

Mengapa lagu Dr. bertajuk "Aku Bukan Musuh Harta" yang dimuatkan di dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa, Aishah dan kumpulan baru Algebra diharamkan oleh RTM?

Sebenarnya banyak pihak tersalah faham. Album tersebut bukan terbitan saya. Pihak penerbit mengambil puisi-puisi saya dengan keizinan dan dijadikan lagu. Itu sahaja. Mereka jemput saya baca dua puisi dalam album tersebut. Lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' adalah salah satu daripada puisi saya. Saya tidak berkempen untuk saudara membeli album itu, kerana bukan semua orang setuju dan suka dengar lagu.

Cuma saya pun hairan jika lirik itu menjadi ketakutan kepada RTM. Barangkali mereka takut ramai yang terasa pedas. Saya hairan, jika benar mereka ingin membantu memerangi rasuah, biarlah lirik itu dilagukan. Entah berapa banyak lirik yang merepek boleh dibenarkan. Saya teringat kata-kata Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang kebetulan agak baik dengan saya. Katanya: "Orang kalau salah, dia tengok polis nak balik rumah pun dia takut."

Kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan di Kuala Terengganu oleh Abdul Wahid Endut daripada PAS baru-baru, bagaimana Dr sendiri tafsirkan dan 'signal' apa sebenarnya daripada rakyat ?

Maaf, saya tidak merasa bahawa itu menunjukkan atau bererti majoriti rakyat telah begitu selesa dengan pakatan pembangkang. Kita tahu bukan semua orang PAS selesa dengan KeADILan. Demikian sebaliknya. Demikian juga DAP yang menolak konsep Negara Islam PAS.

Apa yang jelas bagi saya adalah rakyat muak dengan Umno. Rakyat sudah tidak tahan dengan kerenah, perangai dan gelagat kebanyakan orang Umno. Generasi muda terutamanya, kelihatan begitu 'allergic' dengan Umno. Berdasarkan pengalaman lepas, tiada lagi gambaran indah Umno dalam fikiran mereka.

Mereka melihat Umno hanya menjaga kepentingan kelompok. Ramai yang bongkak dan sombong. Kebelakangan ini baru nampak macam nak berubah sedikit. Itupun masih tidak cukup. Baru-baru ini, kebetulan saya 'terjumpa' seorang menteri di London, saya bertanya dia tentang pilihanraya Kuala Trengganu. Dengan lagaknya dia berkata: "Apa lagi rakyat mahu, semua kita dah beri". Tengok, masih lagi sombong dan enggan menilai diri dan parti walaupun telah berulang kali dia ajar oleh rakyat.

Saya fikir Umno tahu apakah ubat yang menyembuhkan penyakit parti itu, tetapi mereka tidak mampu lakukan. Ubatnya adalah dengan memotong atau membuang segala barah penyakit yang hidup dalam tubuh Umno. Itu terlalu sukar bagi kepimpinan Umno kerana sebahagian yang tidak kecil dalam kepimpinan itu sendirilah barah penyakit tersebut. Jika rawatan dilakukan, bererti mereka akan terkorban.

Bagaimana pula pandangan Dr. terhadap PAS ?

PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.'Kuasa dan harta' bukan sedikit ujiannya. Kita semua jangan cakap besar dan takabur. Hari ini kuasa dan ruang mendapatkan harta masih sedikit, maka barah pun masih kecil. Barah itu ada potensi berkembang apabila ruang harta dan kuasa membesar. Hati-hati, banyakkan doa dan pohon perlindungan dengan Allah. Jangan cuma runtuhkan jahiliah, lalu tegakkan jahiliah baru dengan nama yang baru. Jahiliah tetap jahiliah.

Adapun KeADILan, maaf saya masih kabur untuk membezakan sebahagaian mereka dengan Umno. Jika dilihat pada gelagat, gaya bahasa dan hidup, cara fikir, saya agak ramai di kalangan mereka masih Umno, cumanya tidak berpuas hati dengan Umno atas beberapa sebab semasa, bukan prinsip. Tidak mustahil bila-bila waktu mendesak mereka akan kembali menjadi Umno. Mungkin bukan semua, tetapi ramai juga yang begitu.

Saya suka jika kita berpegang kepada prinsip. Saya setuju dengan apa yang Naib Presiden PAS Mohammad Sabu pernah kata dalam satu temubual yang saya baca. Beliau hairan mengapa PAS dapat menerima 'lompat parti' apabila KeaDILan menguar-uarkan 16 September lepas, sedangkan dahulu PAS sendiri yang mengatakan �lompat parti� adalah tidak berprinsip dan khianat.

Hari ini berlaku 'lompat parti' di Perak, sekali lagi PAS menyatakan ini pengkhianatan dan tidak berprinsip. Mengapa PAS tidak mengatakan hal yang sama pada 16 September yang lepas. Maaf, saya tidak mahu terbabit dengan kerenah politik. Marilah kita pohon agar Allah menjadikan kita sentiasa beristiqamah atas kebenaran terhadap kawan ataupun lawan. Itulah Islam yang sejagat lagi adil, jika kita ingin tegakkan.

Ada yang mengatakan institusi Mufti ini 'beku' dan tidak lantang dalam mempersoalkan kelemahan kerajaan, benarkah begitu dan pernah Dr. sendiri mengkritik kerajaan khususnya melibatkan persoalan agama? Ada contoh?

Saya tidak mahu bercakap tentang institusi mufti lagi. Sudah banyak kali saya cakap. Cukup saya katakan saya kecewa, Majlis Fatwa Kebangsaan patut mengepalai isu-isu umat Islam, seperti fatwa tentang isu Palestin. Anda boleh baca tulisan-tulisan saya yang mengkritik fungsi mufti dan majlis fatwa. Sehingga saya terfikir negara ini perlukan Majlis Fatwa yang bebas, dibiayai oleh institusi wakaf. Maka fatwa-fatwa itu nanti akan benar-benar mewakili umat. Jika anda lihat di Indonesia, Majlis Ulama Indonesia (MUI) hampir mendekati maksud ini.

Adapun saya, kepada Allah saya serahkan segalanya. Anda tahu semasa saya menjadi mufti, saya memberikan teguran kepada semua pihak, termasuk kerajaan, pembangkang, artis, pihak swasta dan lain-lain. Anda boleh lihat berbagai isu saban minggu semasa saya menjadi mufti. Pernah saya mengkritik upacara yang dilakukan di Tugu Kebangsaan oleh kepimpinan negara.

Dari sudut politik, apakah yang boleh Dr. nasihatkan kepada pejuang-pejuang agama agar tidak lari dari daripada asas agama selain parti pemerintah agar berubah demi kepentingan rakyat?

Saya ingin nasihat diri saya dan mereka yang menyatakan berjuang untuk Islam dengan nasihat yang pernah diberikan oleh al-Syeikh Maulana Abul Hasan �Ali al-Nadwi dalam risalahnya Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Beliau pernah nasihati Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin dengan nasihat ini:-

"Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur."

Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya�

Istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi adalah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.

... maknanya tujuan tubuhkan kerajaan demi capai matlamat agama?

"Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan�

Kata Abul Hasan lagi:"Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya..".

Katanya juga:"Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka.

Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia �dengan izin Allah- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.

Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kesian kasih kepada insan yang tersiksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.

Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa -setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya.

Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya.

Kesemua itu dalam redha Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah�. Itu sebahagian nasihatnya.

Nasihat saya, semoga jiwa saya dan saudara semua, sama seperti yang dinasihati oleh tokoh yang besar ini. Kita membawa mesej dakwah Islam yang kudus. Jangan kita berpolitik sehingga kita terlupa siapa kita? Apakah matlamat kita? Selalu kita bertanya apakah tindakan kita, jika baginda s.a.w hadir melihatnya, maka baginda akan setuju dan menyokong kita?.- azm

dipetik drp harakahdaily.net

Wednesday, February 11, 2009

ADUN Changkat Jering tidak masuk hospital

KUALA LUMPUR: Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, hari ini menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, sudah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.

“Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL,” katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.

Norliza berkata, abangya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada malam Isnin.

Majistret Sharmila Abdul Samad mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohd Osman selepas Norliza memberitahu mahkamah bahawa abangnya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung. - Bernama

dipetik dari Berita Harian

Tuesday, February 10, 2009

SENARIO TEMPANG SERBA MEMALUKAN

KUASA RAKYAT & PERLEMBAGAAN DIPERSENDA

KAMAL AMIR MENULIS

PIMPINAN Kerajaan Barisan Nasional dibawah teraju imam besar mazhab Islam Hadhari Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib meneruskan percaturan politik cukup “sempang peranang” dalam usaha mengapai kuasa sekali gus mengenepikan “suara rakyat kuasa keramat” serta dilihat bagai mempersendakan perlembagaan dalam menangani krisis politik di negeri Perak Darul Redzuan.

Situasi geruh serba kelam kabut saat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dan “menendang keluar” Datuk Menteri Besar Perak dari menerajui pemerintahan di negeri tersebut dilihat cukup mengaibkanm serba memalukan serta amat diragui oleh pencinta aroma demokrasi.

Rakyat melihat dengan “jelek” dan merasakan sinario yang terjadi merupakan buah tangan cukup ternoda dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi di penghujung era pemerintahannya sebelum diserahkan kepada Mohd Najib pasca peralihan kuasa.

Di sebalik situasi penuh gawat, bercelaru dan amat berserabut, ia bukan sahaja menjadikan hati rakyat digamit resah, benci dan kurang yakin terhadap hala cara kepimpinan Mohd Najib di masa hadapan, malahan turut mengundang “dendam” serta amarah berpanjangan hingga mencetuskan “sengketa” tanpa noktah antara rakyat dan pemimpin.

Kalaupun Baginda Sultan Perak telahpun bertitah meminta Datuk Nizar Jamaluddin berserta barisan “exco” kerajaan negeri untuk mengosongkan kerusi di pejabat pentadbiran negeri, namun hati rakyat bakal terus membara membenci dan berdendam terhadap Mohd Najib yang bertindak sebagai dalang utama hingga tercetusnya peristiwa “ciluk menciluk”, lompat melompat, culik menculik, ugut mengungut membawa kepada jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyelar “al kisah” lompat melompat “ yang dilakukan oleh tiga orang anggota pakatan rakyat memberikan sokongan kepada Barisan Nasional di mana menurutnya persoalan “moral” serta persepsi rakyat pasti tercalar yakin mereka kepada Barisan Nasional.

Ini disebabkan dua anggota Pakatan Rakyat yang mengistiharkan dirinya keluar dari gagasan tersebut merupakan anggota exco kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dan kedua-dua mereka sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah berhubung tuduhan terlibat dalam kes rasuah.

Apakah tindakan kedua mereka itu bagaikan ada “udang disebalik batu” untuk mempastikan terlepas dari hukuman mahkamah atas tuduhan jenayah pecah amanah sebegitu?

Kalaupun terbukti mereka tidak bersalah nanti, mampukah dipertahankan kewajaran serta mampannya proses perbicaraan serta keadilan ? Bolehkah rakyat percaya tiadanya sebarang campur tangan politik dalam penentuan sesuatu kes di mahkamah?

Sesungguhnya keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman cukup parah terhakis sejak era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa kepada musim Abdullah Ahmad Badawi. Dan kini Najib di lihat bagaikan mahu meneruskan legasi sebegitu dangkal. Bagaimana pula jadinya jika mahkamah mendapati kedua mereka bersalah?

Apakah kerusi yang disandang oleh mereka tetap kekal tanpa diadakan pilihanraya kecil?

Atas kesedaran mahu melihat aroma demokrasi terus subur dan rakyat tidak berterusan menyingkirkan Umno di masa hadapan mantan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah melontarkan pandangan cukup ikhlas di mana menurut beliau Perlembagaan merupakan paksi utama dan terulung dalam aspek perundangan untuk ditegakkan.

Malahan pemerintah dan duli Raja-raja turut bersumpah untuk melaksana serta mempertahankannya saat diamanahkan memegang teraju kuasa.

“ Dato’ Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah dari aspek perundangan dan perlembagaan melainkan jika beliau meletak jawatan atau disingkirkan melalui undi tidak percaya di persidangan Dewan Undangan Negeri.

Tiada sebarang “provision” atau keizinan dalam perlembagaan boleh menyingkirkannya dari jawatan tersebut dengan apa cara sekalipun termasuklah melalui “petitions” atau tindakan di mahkamah mahupun melalui arahan dari mana-mana pihak berkuasa.

“Kerajaan sedia ada terjelma berasaskan dua prinsip utama yang termaktub dalam perlembagaan secara sah “legitimate” dan mutlak bukan terasas dengan kezaliman atau kekejaman menurut undang-undang rimba.

“Kerajaan yang sah (legitimate) memperolehi kuasa dari kepercayaan dan kerelaan rakyat berserta pemimpin dipilih menerusi pilihanraya bebas dan adil.

Untuk mengetahui sah dan mutlaknya sesabuah kerajaan samada di Sabah, Sarawak atau Perak mahupun di mana – mana negeri hanyalah melalui pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat. Inilah asas amalan kita atas nama “demokrasi berperlembagaan” .

“Dalam sistem demokrasi berparlimen, pembentukkan atau pembubaran sesabuah kerajaan yang dilakukan tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan atau bertentangan dengan kehendaknya merupakan penghakisan perlaksanaan undang-undang (rule of law) memungkinkan tertubuhnya kerajaan yang tidak sah.

“Menyentuh persoalan sah atau tidak perlantikan mahupun pemecatan jawatan ketua kerajaan (Perdana Menteri ataupun Menteri Besar) Perlembagaan menetapkan hanya kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat .atau Dewan Undangan Negeri sahaja penentu mutlak dan tidak boleh dilakukan di luar dewan atau melalui pengumuman, desakan, siaran media mahupun sebarang cara yang tidak dihalalkan oleh perlembagaan.

”Kuasa mutlak hanya diperolehi melalui hala cara menurut perlembagaan dan tidak secara paksa atau adanya elemen “jual beli” mahupun sogokkan. Inilah perundangan bagi membolehkan kita menubuhkan kerajaan, negara dan masyarakat .

Teramat sukar untuk saya bayangkan kesan kepada pemilikan kuasa yang diperolehi diluar paksi perundangan. “ jelas Tengku Razaleigh.

Persoalannya apakah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mampu menambah yakin rakyat serta memadamkan “kembara dendam” di masa mendatang kesan percaturan merebut kuasa yang cukup berkelam kelibut di Perak?

Kecelaruan yang berlaku oleh percaturan songsang kedua pemimpin tersebut tentunya tidak memungkinkan situasi damai berpanjangan. Ini disebabkan menurut sifir nyata, Barisan Nasional sekadar memiliki 28 kerusi di Dewan Negeri, begitu juga dengan pakatan rakyat.

Bagaimana mungkin keputusan majoriti di perolehi melalui tiga wakil yang mengistiharkan diri mereka bebas? Apakah pengertian bebas sebenarnya? Adakah ia bebas kerana tidak bernaung dibawah mana-mana parti siasah atau bebas serta berkecuali dalam membuat sesuatu keputusan?

Menjadi kehairanan di kalangan ahli-ahli Umno, bagaimana tiga wakil dari luar parti Barisan Nasional boleh diterima sebagai ahli? Sudahkah ianya diputuskan oleh Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional?

Lebih misteri lagi kenapakah keputusan menerima ketiga-tiga anggota yang diluar Barisan Nasional dibuat dalam keadaan tergesa-gesa? Apakah kerana ada dendam yang belum terbalas atau ada percaturan baru yang bakal dicetuskan?

Bagaimana pula jadinya nanti jika ketiga-tiga mereka kembali kepada parti asal yang diangotai atau hilang kelayakan sebagai ahli Dewan?

Alahai.... gayat dan cukup menyesakkan nafas jadinya landskap politik aserba cempera dan amat sempang peranang cetusan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak.
Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI