DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Tuesday, February 10, 2009

SENARIO TEMPANG SERBA MEMALUKAN

KUASA RAKYAT & PERLEMBAGAAN DIPERSENDA

KAMAL AMIR MENULIS

PIMPINAN Kerajaan Barisan Nasional dibawah teraju imam besar mazhab Islam Hadhari Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib meneruskan percaturan politik cukup “sempang peranang” dalam usaha mengapai kuasa sekali gus mengenepikan “suara rakyat kuasa keramat” serta dilihat bagai mempersendakan perlembagaan dalam menangani krisis politik di negeri Perak Darul Redzuan.

Situasi geruh serba kelam kabut saat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dan “menendang keluar” Datuk Menteri Besar Perak dari menerajui pemerintahan di negeri tersebut dilihat cukup mengaibkanm serba memalukan serta amat diragui oleh pencinta aroma demokrasi.

Rakyat melihat dengan “jelek” dan merasakan sinario yang terjadi merupakan buah tangan cukup ternoda dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi di penghujung era pemerintahannya sebelum diserahkan kepada Mohd Najib pasca peralihan kuasa.

Di sebalik situasi penuh gawat, bercelaru dan amat berserabut, ia bukan sahaja menjadikan hati rakyat digamit resah, benci dan kurang yakin terhadap hala cara kepimpinan Mohd Najib di masa hadapan, malahan turut mengundang “dendam” serta amarah berpanjangan hingga mencetuskan “sengketa” tanpa noktah antara rakyat dan pemimpin.

Kalaupun Baginda Sultan Perak telahpun bertitah meminta Datuk Nizar Jamaluddin berserta barisan “exco” kerajaan negeri untuk mengosongkan kerusi di pejabat pentadbiran negeri, namun hati rakyat bakal terus membara membenci dan berdendam terhadap Mohd Najib yang bertindak sebagai dalang utama hingga tercetusnya peristiwa “ciluk menciluk”, lompat melompat, culik menculik, ugut mengungut membawa kepada jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyelar “al kisah” lompat melompat “ yang dilakukan oleh tiga orang anggota pakatan rakyat memberikan sokongan kepada Barisan Nasional di mana menurutnya persoalan “moral” serta persepsi rakyat pasti tercalar yakin mereka kepada Barisan Nasional.

Ini disebabkan dua anggota Pakatan Rakyat yang mengistiharkan dirinya keluar dari gagasan tersebut merupakan anggota exco kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dan kedua-dua mereka sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah berhubung tuduhan terlibat dalam kes rasuah.

Apakah tindakan kedua mereka itu bagaikan ada “udang disebalik batu” untuk mempastikan terlepas dari hukuman mahkamah atas tuduhan jenayah pecah amanah sebegitu?

Kalaupun terbukti mereka tidak bersalah nanti, mampukah dipertahankan kewajaran serta mampannya proses perbicaraan serta keadilan ? Bolehkah rakyat percaya tiadanya sebarang campur tangan politik dalam penentuan sesuatu kes di mahkamah?

Sesungguhnya keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman cukup parah terhakis sejak era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa kepada musim Abdullah Ahmad Badawi. Dan kini Najib di lihat bagaikan mahu meneruskan legasi sebegitu dangkal. Bagaimana pula jadinya jika mahkamah mendapati kedua mereka bersalah?

Apakah kerusi yang disandang oleh mereka tetap kekal tanpa diadakan pilihanraya kecil?

Atas kesedaran mahu melihat aroma demokrasi terus subur dan rakyat tidak berterusan menyingkirkan Umno di masa hadapan mantan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah melontarkan pandangan cukup ikhlas di mana menurut beliau Perlembagaan merupakan paksi utama dan terulung dalam aspek perundangan untuk ditegakkan.

Malahan pemerintah dan duli Raja-raja turut bersumpah untuk melaksana serta mempertahankannya saat diamanahkan memegang teraju kuasa.

“ Dato’ Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah dari aspek perundangan dan perlembagaan melainkan jika beliau meletak jawatan atau disingkirkan melalui undi tidak percaya di persidangan Dewan Undangan Negeri.

Tiada sebarang “provision” atau keizinan dalam perlembagaan boleh menyingkirkannya dari jawatan tersebut dengan apa cara sekalipun termasuklah melalui “petitions” atau tindakan di mahkamah mahupun melalui arahan dari mana-mana pihak berkuasa.

“Kerajaan sedia ada terjelma berasaskan dua prinsip utama yang termaktub dalam perlembagaan secara sah “legitimate” dan mutlak bukan terasas dengan kezaliman atau kekejaman menurut undang-undang rimba.

“Kerajaan yang sah (legitimate) memperolehi kuasa dari kepercayaan dan kerelaan rakyat berserta pemimpin dipilih menerusi pilihanraya bebas dan adil.

Untuk mengetahui sah dan mutlaknya sesabuah kerajaan samada di Sabah, Sarawak atau Perak mahupun di mana – mana negeri hanyalah melalui pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat. Inilah asas amalan kita atas nama “demokrasi berperlembagaan” .

“Dalam sistem demokrasi berparlimen, pembentukkan atau pembubaran sesabuah kerajaan yang dilakukan tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan atau bertentangan dengan kehendaknya merupakan penghakisan perlaksanaan undang-undang (rule of law) memungkinkan tertubuhnya kerajaan yang tidak sah.

“Menyentuh persoalan sah atau tidak perlantikan mahupun pemecatan jawatan ketua kerajaan (Perdana Menteri ataupun Menteri Besar) Perlembagaan menetapkan hanya kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat .atau Dewan Undangan Negeri sahaja penentu mutlak dan tidak boleh dilakukan di luar dewan atau melalui pengumuman, desakan, siaran media mahupun sebarang cara yang tidak dihalalkan oleh perlembagaan.

”Kuasa mutlak hanya diperolehi melalui hala cara menurut perlembagaan dan tidak secara paksa atau adanya elemen “jual beli” mahupun sogokkan. Inilah perundangan bagi membolehkan kita menubuhkan kerajaan, negara dan masyarakat .

Teramat sukar untuk saya bayangkan kesan kepada pemilikan kuasa yang diperolehi diluar paksi perundangan. “ jelas Tengku Razaleigh.

Persoalannya apakah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mampu menambah yakin rakyat serta memadamkan “kembara dendam” di masa mendatang kesan percaturan merebut kuasa yang cukup berkelam kelibut di Perak?

Kecelaruan yang berlaku oleh percaturan songsang kedua pemimpin tersebut tentunya tidak memungkinkan situasi damai berpanjangan. Ini disebabkan menurut sifir nyata, Barisan Nasional sekadar memiliki 28 kerusi di Dewan Negeri, begitu juga dengan pakatan rakyat.

Bagaimana mungkin keputusan majoriti di perolehi melalui tiga wakil yang mengistiharkan diri mereka bebas? Apakah pengertian bebas sebenarnya? Adakah ia bebas kerana tidak bernaung dibawah mana-mana parti siasah atau bebas serta berkecuali dalam membuat sesuatu keputusan?

Menjadi kehairanan di kalangan ahli-ahli Umno, bagaimana tiga wakil dari luar parti Barisan Nasional boleh diterima sebagai ahli? Sudahkah ianya diputuskan oleh Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional?

Lebih misteri lagi kenapakah keputusan menerima ketiga-tiga anggota yang diluar Barisan Nasional dibuat dalam keadaan tergesa-gesa? Apakah kerana ada dendam yang belum terbalas atau ada percaturan baru yang bakal dicetuskan?

Bagaimana pula jadinya nanti jika ketiga-tiga mereka kembali kepada parti asal yang diangotai atau hilang kelayakan sebagai ahli Dewan?

Alahai.... gayat dan cukup menyesakkan nafas jadinya landskap politik aserba cempera dan amat sempang peranang cetusan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak.

No comments:

Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI