DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Friday, August 8, 2008

Forum Memeluk Islam : Apakah masalah anda, Majlis Peguam?


Tajuk forum yang akan dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia, "Memeluk Islam" mempunyai implikasi seolah-olah Islam sebuah agama baru dan penuh dengan masalah bagi sesiapa yang berminat untuk menganutnya sehingga ia seolah-olah perlu diberikan amaran.

Barangkali Majlis Peguam hanya benar-benar mahu membincangkan soal teknikal bersabit implikasi undang-undang kesan apabila seseorang ahli keluarga atau pasangan bukan Islam memeluk agama Islam.

Jika hanya mahu membincangkan soal teknikal perundangan, tidak perlulah Majlis Peguam menggunakan tajuk seperti itu kerana tajuknya sahaja sudah seolah-olah membawa niat tidak betul dan mengundang pelbagai reaksi negatif dari pemimpin kerajaan dan pembangkang serta pemimpin-pemimpin pelbagai pertubuhan NGO Islam.

Dalam lain perkataan, tajuk forum ini sahaja sudah terbukti provokatif sehigga mengundang kemarahan umat Islam Malaysia.

Tentulah tidak sepatutnya Setiausaha majlis berkenaan Lim Chee Wee menyelar Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak difahaminya.

Nampaknya Lim Chee Wee terlupa bahawa Syed Hamid adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab secara langsung tentang ketenteraman awam dan keselamatan dalam negera dan juga merupakan seorang peguam.

Kenyataan dan amaran Syed Hamid agara Majlis Peguam tidak bermain api dengan isu membabitkan agama sudah tentulah dibuat berdasarakan pelbagai pertimbangan termasuk beberapa insiden buruk yang telah berlaku di masa lalu membabitkan isu seperti ini.

Pandangan rasmi kerajaan itu turut dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kata beliau, "Saya tidak faham mengapa dia (Majlis Peguam) nak anjurkan forum ini, apa tujuannya kerana telah berjuta-juta manusia di dunia ini memeluk Islam sekian lama, jadi kenapa pula mereka perlu bising sekarang.

"Saya lebih setuju jika dibuat satu forum khas tentang mana yang lebih baik dan logik antara agama Islam dan agama lain. Ini lebih baik dan bermanfaat,�

Bagi Presiden Persatuan Peguam Muslim Tan Sri Abu Zahar Ujang, beliau mengingatkan bahawa negara mempunyai Akta Hasutan yang masih diguna pakai dan jika berlaku kemaharahan kaum dan penganut agama Islam maka Majlis Peguam perlu memikul tanggungjawab.

Kata Abu Zahar, "Jika isu berkaitan agama Islam mahu dibincangkan, ia perlu dibuat antara Majlis Peguam dengan pihak berwajib, bukannya melalui forum awam."

Antara pihak yang berwajib itu termasuklah Menteri Dijabatan Perdana Menteri Dato� Ahmad Zahid Hamidi yang mengeluarkan kenyataan, "Majlis Peguam tidak seharusnya mencampuri urusan agama Islam, Raja-raja Melayu dan masyarakat Melayu, jika ingin terus dihormati... Majlis Peguam perlu sedar bahawa Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan yang mengaitkan keagamaan, kaum dan hak Melayu adalah sensitif dan tidak boleh diperbincangkan secara terbuka, dan jika mereka meneruskannya, mereka memang mengundang padah termasuk kemarahan masyarakat Melayu.

"Walaupun sudah buat pada siri pertama forum Memeluk Islam dan hujung minggu ini siri kedua, saya bagi amaran, majoriti senyap masyarakat Islam di Malaysia belum lagi bangun untuk menyanggah mereka, tetapi jangan suruh kami bangun."

Selain daripada Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan hampir semua pemimpin NGO Islam membantah, Pemuda PAS dan Pemuda UMNO juga turut menyatakan bantahan masing-masing mengenai pengajuran forum berkenaan.

Setakat ini, nampaknya segala amaran pihak kerajaan dan bantahan serta pandangan pembangkang dan NGO Islam tidak diendahkan oleh Majlis Peguam.

Seperti yang dinyatakan oleh beberapa orang pemimpin, terdapat cara lain dan saluran rasmi atau saluran lebih berwibawa dan objektif untuk membincang sebarang masalah, jika ada, membabitkan perundangan berkaitan umat Islam dan mereka yang memeluk agama Islam.

Namun setakat ini, Majlis Peguam seolah-olah seperti tidak mengendahkan atau menghormati pandangan dan sensitiviti umat Islam serta suara bantahan pemimpin mereka.

Maka ini mengundang kepada persoalan: Apakah masalah Majlis Peguam sebenarnya? What is your problem?

dipetik dari: harakahdaily.net

Thursday, August 7, 2008

Bukti: 10 Dalil Penyelewengan Dakwan Kes Liwat Anwar !

spam

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Laporan Pengadu enggan diserahkan Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

2. Anwar ditangkap sebelum tempoh Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi. DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

5. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi "hint" bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

ARTIKEL DIATAS DIPETIK DARI: cucumatkilau.blogdrive.com


Anwar ada alibi - Peguam

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Harakah) - "Saya dah tanda tangan ikat jamin peribadi saya, dan pasport saya masih berada bersama saya . Saya hargai pendirian yang diambil peguam saya.Yang saya kesalkan ialah pendakwaan ini. Walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa seolah dipaksa. Kalau tidak mustahil pendakwaan itu dibuat," demikian antara kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja keluar dari kamar Mahkamah Seksyen Jenayah 1 pada jam 11.15 pagi ini, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Penasihat KeADILan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.

"Dahulu dalam media tempatan dihebahkan bahawa ada penderaan dan paksaan. Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan tidak bertanggung jawab mengatakan ada rogol, tetapi hari ini pendakwaan suka sama suka.

"Jika suka sama suka, kenapa saya seorang yang kena dakwa. Jika suka sama suka, kena dakwa kedua-dua,"katanya yang berucap dihadapan kira-kira 40 media dan diiringi isterinya,Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut kelihatan anak-anaknya yang turut memberi sokongan kepadanya.

Jelas Anwar, tumpuannya kini pada Pilihan Raya Permatang Pauh. Katanya, beliau akan memulakan ceramahnya malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya.

"Dari Taman Medan kita akan ke Permatang Pauh. Dan insya-Allah dari Permatang Pauh sampai ke Parlimen dan kita ambil alih kerajaan dan perbetulkan segala kekhianatan, penipuan dan rasuah yang ada," katanya.

Anwar ada alibi

Sementara itu, Menurut Peguam Anwar Ibrahim, Sankara Nair Anwar memiliki alibi yang kukuh pada masa kejadian (26 Jun) pada jam 3 petang sebagaimana yang didakwa oleh pembantunya, Saiful.

Sankara yang ditemui di luar kamar sebaik sahaja prosiding tamat jam 10.30 pagi berkata, Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini dilihat berlaku adil kerana membenarkan anak guamnya diikat jamin setelah Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan liwat.

Beliau salah seorang daripada sembilan peguam bela Anwar berkata, Hakim S.M Komathy memperlihatkan sifat adil dengan menggunakan budi bicaranya membenarkan Anwar dibebaskan dengan ikat jamin.

Sankara juga berkata, pendakwaan kes liwat terhadap Anwar tidak akan menjejaskan proses pilihan raya kecil Permatang Pauh akhir bulan ini.

Hakim menetapkan 10 September untuk sebutan semula kes itu di mahkamah yang sama.

Berikut adalah Kertas Pertuduhan terhadap Anwar:

Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan.

Anwar diwakili sembilan peguam

Anwar diwakili oleh sepasukan sembilan orang peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Peguam lain termasuklah Sivarasa Rasiah, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheefa Koya, Leela J Jesuthasan dan Mohd Razlan Jawaludin.

Pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara Dato' Idrus Harun manakala pihak pembelaan yang dibarisi sembilan peguam diketuai Sulaiman Abdullah.

Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi tuduhan liwat. Dalam kes pertama pada 2000, beliau dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdapat juga peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam dan badan hak asasi manusia yang berpejabat di Washington, Paris dan Bangkok.

Sementara itu beberapa orang pimpinan PAS turut mengikuti perbicaraan tersebut seperti Naib Presiden, Dato' Husam Musa; Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar; AJK PAS Pusat merangkap ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan AJK PAS Pusat yang juga ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menyambut baik keputusan mahkamah tersebut.

Husam yang ditemui menyatakan keputusan tersebut menunjukkan mahkamah lebih bebas dan adil.

"Kami bersyukur atas keputusan yang diambil oleh mahkamah tadi. Selepas ini, kita akan turun 'berperang' di parlimen Permatang Pauh bagi memenangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim,"kata Dr Lo' Lo'.

Anwar meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah pada kira-kira 11.35 pagi.

Laluan ke kompleks itu sesak seketika apabila lebih 2,000 penyokong Anwar berhimpun di luar dan dalam perkarangan kompleks menyebabkan Anwar sukar meninggalkan kawasan itu. - mks. _

Anwar Ibrahim: Kalau suka sama suka kenapa Saiful tak di dakwa

Artikel aKetua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.

"Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil?" katanya kepada pemberita sambil menyifatkan dakwaan liwat terhadapnya hari ini adalah fitnah khianat yang bertujuan mencemar nama baiknya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Beliau dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap Mohd Saiful, 23 tahun.

aDatuk Seri Anwar Ibrahim dibela oleh pasukan sembilan peguam diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Mereka yang lain ialah R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Leela Jeyamani Jesuthasan, Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd. Razlan Jelaludin.

Pasukan pendakwaan pula diketuai oleh Ketua Pendakwa Pejabat Peguam Negara, Mohd. Yusof Zainal Abiden; Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun; Mohamad Hanafiah Zakaria dan Shamsul Sulaiman.

Anwar mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana meneruskan dakwaan liwat terhadapnya.

Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.

Ketua umum PKR itu juga berkata beliau kini akan menumpukan perhatiannya kepada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sementara itu, Peguam Anwar, Sankaran Nair, berkata tuduhan terhadap anak guamnya megikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu liwat dalam sukarela sebagai sesuatu yang pelik.

Katanya, sepatutnya pendakwa turut menuduh Saiful atas kesalahan sama apabila memilih seksyen berkenaan untuk melakukan pendakwaan terhadap Anwar.

Beliau juga berkata, Anwar mempunyai alibi kerana masa pada pertuduhan itu anak guamnnya itu bersama lima orang di Kondominium Desa Damansara, 26 Jun lalu.


Komen SP:

ha!ha!ha!... apalah bangang Polis dan Pendakwaraya.. nampak sangat ada konspirasi... si Saiful bangang tuh bukan kena rogol, kalau Saiful Bangang tu claim dia diliwat.. mesti dia yg tadah punya... bukan berlaku keganasan... dah tuh DSAI saja ka yg kena dakwa sex luar tabii... yg partner dia hampa tak dakwa plak... ha ha ha konspirasi... konspirasi...

Wednesday, August 6, 2008

Mengaku diliwat Anwar, Saiful mungkin hidap sindrom ”Intellectual Disorder”


Saiful yang mengaku diliwat Anwar mungkin mengalami ”Intellectual Disorder” atau “Kecelaruan Intelek” yang kronik. Sesiapa yang dijangkiti sindrom ”Intellectual Disorder” secara lazimnya gagal memahami dan menghubung kaitkan dirinya dalam soal atau erti pertalian sesama manusia, mempercayai dan dipercayai, silatulrahim dan juga keakraban. Sindrom ”Intellectual Disorder” tidak akan dapat dikesan secara fizikal tetapi ia dapat dikesan melalui keputusan peperiksaan terutama di peringkat pengajian tinggi.

Sikap ketara pengidap sindrom ”Intellectual Disorder” ialah memiliki nafsu ”MAHU” lebih dari ”MAMPU”. Menurut Susan Greener saorang pakar perkembangan manusia, sindrom ”Intellectual Disorder” berpunca akibat kerengganan hubungan kasih sayang daripada ibubapa semenjak usia 3 tahun lagi. Tekanan perasaan tanpa kasih sejati menyebabkan organisma 23 pasang ”Sell Chromosomes” dalam DNA Saiful tercela dan celaru.

Ia adalah punca utama yang menyebabkan berlakunya (cognitive dissonance) iaitu kecelaruan pertumbuhan dan perkembangan kognitif Saiful. Kesan ”cognitive dissonance” menyebabkan Saiful mengalami kecelaruan illusi, visual dan material. Akibatnya Saiful tidak mampu berkeputusan sendiri dan hanya menyerah atau bergantung harap kepada keputusan yang dilakukan orang lain bagi pihak dirinya.

Pada lazimnya pengidap ”Intellectual Disorder”seperti Saiful akan memiliki kriteria-kriteria terserlah seperti berikut:

  1. Mengalami defisit dalam keyakinan diri terkadang merudum ke tahap sifar.
  2. Membuat keputusan untuk jangka pendek.
  3. Mudah percaya dan terpedaya dengan penampilan fizikal, riak wajah atau bahasa badan seseorang yang berpangkat.
  4. Mudah membentuk dan mengubah penampilannya fizikal supaya lebih menarik, nampak ceria sepanjang masa, mesra, mudah didekati, sukses, berkeyakinan.
  5. Mampu menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan.
  6. Nampak cerdik tetapi hancur dan tohor dalam pengetahuan am.
  7. Mudah dibeli dengan piujian, kata-kata perangsang dan sikap kononnya mereka perihatin terhadap dirinya.
  8. Akan berlakunya kecelaruan fizikal yang mendadak jika berlaku sebarang kejutan atau pujian.
  9. Gagal untuk berhadapan dengan perkara baru dan gagal mengawal perasaan memantul.
  10. Gagal belajar dari pengalaman dan tidak pernah dan akan serik.
  11. Celaru dalam menentukan kemahuan, minat serta identiti seksual (Sex chromosomes).
  12. Gagal memahami konsep ruang, logik, realiti fizikal dan menentukan nilai-nilai etika dan moral.
  13. Gagal menentukan arah dan halatuju tindakan kognitif dan intelektual diri.
  14. Gagal mengenal apa erti benar dan salah, halal atau pun haram.


Apa-apapun pandangan saya terhadap ”Intellectual Disorder” yang mungkin disindromi Saiful, saya cadangkan supaya JANGAN BELI dari BAKUL..!! Mesti datang dan dengar sendiri mengenai apa, siapa dan bagaimana mengenai Saiful daripada Pegawai Khas Anwar, YB Saifuddin Nassution dan hujah hangat berapi YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ADUN N16) serta suara Ketua Angkatan Muda KeAdilan Terengganu, Saudara Fariz Musa seperti berikut.

Tarikh

29 Julai 2008 hari Selasa jam 9 malam.

Lokasi

Perkarangan Pejabat PAS DUN Batu Burok,

Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu.

Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI