DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Wednesday, May 7, 2008

Hentikan pengswastaan lebuh raya untuk ringan beban rakyat

Kadar tol mungkin turun - itulah tajuk utama muka depan akhbar hari ini (8 Mei), yang memetik Menteri Kerjaraya, Ir Dato' Mohd Zin Mohamed sebagai berkata. Menurut beliau semua ini bergantung kepada kajian konsesi lebuh raya.

Sebenarnya kerajaan kena ambil balik tugas kendali lebuh raya seperti yang pernah dibuat oleh Lembaga Lebuhraya dulu. Harga tol pun murah fasal dia tidak fikir untung kerana ini adalah tanggungjawab.

Pelik tetapi benar inilah pengswastaan di negara kita, semuanya membebankan rakyat. Saya pun tidak tahu di manakah mereka ambil ilmu ini. Sepatutnya tujuan pengswastaan ia mengurangkan beban kerajaan dan menyenangkan rakyat. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Apabila projek gagal maka ia akan ditanggung oleh kerajaan kalau untung masuk tembolok mereka. Kalau kita lihat di negara-negara maju tidaklah banyak tol macam negara kita. Kiri, kanan, depan, belakang semua tol sampai rakyat pening, apabila hendak hantar anak ke sekolah dan pergi kerja. Tol mahal, minyak mahal, parking mahal. Semua ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia hari ini hidup dalam keadaan tertekan.

Memang berniaga tol ini untung. Yang seronok kalau kereta tidak lalu pun tidak apa, kerana kerajaan akan tanggung kalau rugi. Sebab itu wasiatlah kepada anak kita kalau besar esok jangan jadi peguam, jangan jadi doktor susah dapat untung tetapi jadilah tauke tol.

Cukai jalan dah ambil, tol kena lagi. Kalau kerajaan rasa tidak mampu mereka tidak payah perintah, bagi sahaja kepada Pakatan Rakyat pula perintah. Kalau hendak berniaga dan tidak mahu jaga kebajikan rakyat, lebih baik jadikan Malaysia ini sebuah syarikat, bukan kerajaan Malaysia.

Inilah akibat apabila amanah itu dianggap sebagai satu tempat untuk menghimpun kekayaan. Kalau amanah ini dianggap satu beban maka tidak ada orang yang hendak jawatan ini. Tetapi kalau amanah dianggap peluang maka semua orang berebut hendak menjadi pemimpin.

Kita hairan kenapa kerajaan takut hendak dedah apa perjanjian sebenar dalam semua projek pengswastaan di negara ini. Ada yang mengatakan bahawa perjanjian ini hanya berat sebelah, hanya menguntungkan kepada pihak tauke sedangkan kerajaan menanggung biawak hidup atas semua yang berlaku. Sebab itu empat pemimpin Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Hatta Ramli, Tian Chua dan Ronnie Liew (semuanya sudah Yang Berhormat) dituduh di bawah OSA kerana mendedahkan perjanjian tol.

Sekarang kerajaan hendak kaji balik mengenai tol, semuanya kerana keputusan PRU Ke-12. Ini satu lagi umpan untuk hendak menarik balik sokongan rakyat yang semakin tertekan. Macam juga kerajaan tidak berani naik harga minyak takut rakyat naik minyak. Walalu pun harga sekarang minyak mencecah naik AS$120 setong, Dato' Seri Najib Razak kata kerajaan tidak akan naik harga minyak, gas dan elektrik.

Kenyataan ini berbeza sebelum PRU Ke-12 yang mengatakan kalau minyak turun, negara boleh bankrap, sekarang fasal apa tidak bankrap walaupun subsidi kerajaan untuk minyak mencecah RM45 bilion. Jawapannya kerana suara rakyat kuat maka pemimpin BN takut kalah dan menjadi melarat. -smber HARAKAHDAILY

No comments:

Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI