DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Saturday, November 22, 2008

Kaji kesan negatif turunkan harga petrol, diesel

LIMA 22 Nov. - Kerajaan akan mengkaji terlebih dahulu kewajaran untuk menurunkan lagi harga petrol dan diesel ketika harga minyak mentah di pasaran dunia merudum sehingga di bawah paras AS$50 (RM175) setong minggu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di sini kerana menyertai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berkata, pengurangan mendadak harga petrol dan diesel yang dilakukan ketika harga minyak tidak stabil boleh memberi kesan negatif kepada ekonomi dan konsumer jika dilakukan secara tidak berhati-hati.

"Saya tidak fikir harga minyak yang rendah itu akan terus berada di paras ini. Ada kemungkinan dalam masa terdekat harga minyak akan naik. Kalau kita kurangkan harga petrol dan diesel terlalu cepat, apakah ini bererti bila harga naik nanti kita perlu naikkan harga kepada pengguna. Ini satu aspek yang perlu diambil kira," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar di sini semalam.

Harga minyak di pasaran dunia merudum kepada AS$50 setong daripada paras tertinggi AS$147 setong pada bulan Julai lalu. Ia merupakan harga yang terendah dalam tempoh tiga tahun.

Menurut Najib, dari segi ekonomi, kesan penurunan harga minyak mentah dunia mendatangkan kesan positif kerana ia memberi peluang kepada kerajaan mengurangkan harga petrol dan diesel, iaitu satu langkah yang mungkin mengurangkan kadar inflasi.

Bagaimanapun, menurut beliau, jika harga petrol dan diesel terlalu rendah ia akan memberi kesan negatif yang menghalang usaha untuk membangunkan sumber tenaga lain.

"Tidak ada insentif untuk melakukan perkara tersebut (mencari sumber tenaga selain minyak) jika harga minyak terlalu rendah," kata beliau sambil menyatakan isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang akan datang.

Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, apabila kerajaan membuat keputusan untuk mengkaji kewajaran menurunkan harga petrol dan diesel berdasarkan harga minyak mentah di pasaran dunia, ia tidak bermakna kerajaan akan bertindak menyekat penurunan harga petrol dan diesel pada had-had tertentu.

"Saya tidak kata harga petrol dan diesel tidak akan turun lagi tetapi kita mesti melihat kepada kewajaran. Lagipun harga barangan pengguna tidak turun sebanyak mana pengurangan dalam harga petrol dan diesel.

"Itu semua kita kena ambil kira. Sebab itu saya kata harga minyak mentah tidak semestinya berada pada paras AS$50 selama-lamanya, ia tentu akan naik," kata Najib.

Timbalan Perdana Menteri memahami fahaman para pengguna bahawa harga runcit petrol dan diesel seharusnya turun apabila harga minyak mentah di pasaran dunia merudum bagi menggambarkan realiti harga bahan api itu.

"Saya tahu… tetapi harga petrol dan diesel yang rendah itu bukan harga yang boleh dipertahankan. Ia akan naik bila harga minyak naik, jadi ada keperluan untuk kita menyemak semula sama ada kita perlu menurunkan harga minyak, tetapi kemudian dalam tempoh jangka pendek kita mungkin terpaksa menaikkannya semula," ujar beliau.

Najib memberi jaminan bahawa kerajaan menyedari bahawa adalah menjadi suatu tanggungjawab kerajaan untuk mengkaji semula harga petrol dan diesel berdasarkan kepada harga minyak mentah di pasaran dunia.

- Mingguan


SP pun hairan gak... dulu masa harga naik korang ckp kena naik harga sebab tak bleh nak tanggung subsidi, bila harga minyak dunia turun, harga minyak di pam pun kan diturunkan..... sekarang bila dah harga turun.... ko ckp plak tak bleh turun banyak2 nanti bila harga naik... susah nak naikkan plak... cakap belit2 lah.... dasar perompak memang cam tuh

No comments:

Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI