DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Friday, August 1, 2008

PULAU BATU PUTIH DAN PERAIRAN NYA

1. Kita menjangkakan yang Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan mengisytiharkan Pulau Batu Putih sebagai hak kita, termasuk South Ledge dan Middle Rocks.

2. Tetapi keputusan Mahkamah tersebut mengejutkan saya. Pulau Batu Putih yang lebih hampir pada Malaysia tetapi amat jauh dari Singapura diserahkan kepada Singapura manakala dua tunggul batu yang merupakan sebahagian daripada terumbu yang sama tetapi lebih jauh daripada Malaysia jika dibandingkan Pulau Batu Putih diserahkan kepada Malaysia.

3. Tiada keputusan dibuat tentang persempadanan perairan. Tetapi kita boleh anggap yang terumbu tersebut berada di dalam perairan Malaysia kerana keputusan untuk serahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura didasarkan kepada satu surat yang ditulis pegawai rendah Johor semasa di bawah jajahan British kepada pegawai British di Singapura. Sepatutnya ianya hendaklah dititah dan ditulis di bawah kuasa Sultan.

4. Apa pun soal perairan di antara Pulau Batu Putih dan batu-batu tersebut tidak dibangkitkan Singapura di Mahkamah Antarabangsa. Tuntutannya hanyalah ke atas Pulau Batu Putih dan Mahkamah telahpun menyerahkan "Pulau" ini kepada Singapura. Perairan merupakan hal lain sama sekali.

5. Dakwaan Singapura bahawa perairan sekeliling adalah haknya ialah kerana Kerajaan Malaysia sekarang sentiasa bersedia untuk melayan apa sahaja tuntutan Singapura walaupun ianya tidak masuk akal sama sekali. Demikian Kerajaan Malaysia telah putuskan yang ianya tidak mempunyai hak untuk menyentuh tambak Johor walaupun di kawasan sebelahnya di Selat Tebrau kecuali terlebih dahulu mendapat kelulusan Kerajaan Singapura.

6. Reaksi pertama berkenaan tuntutan Singapura yang baru ini datang daripada Menteri Luar Malaysia. Tidak ada kepastian yang Perdana Menteri tidak akan mematah balik pendirian yang telah diambil Menteri Luarnya.

7. Ini pernah berlaku. Apabila Timbalan Perdana Menteri umum kita akan teruskan pembinaan jambatan indah (bengkok), beliau telah diperbodohkan bila selang beberapa hari Perdana Menteri berkata yang kita tidak akan bina langsung jambatan samada bengkok mahupun lurus.

8. Untuk menekankan lagi kesediaannya untuk tunduk kepada Singapura, Perdana Menteri telah arahkan Menteri Luar untuk memaklumkan Menteri Mentor Singapura bahawa Malaysia tidak akan bina apa-apa jambatan. Kenapa kita harus maklumkan kepada Singapura tentang keputusan kita dalam Negara kita adalah sesuatu yang saya tidak dapat faham.

9. Di Laut China Selatan kita telah bina sebuah pulau daripada bahan Terumbu Layang-Layang. Apa yang saya lihat daripada gambar batu-batu yang diserah kepada kita, ianya boleh ditambak dan disatukan. Kita boleh adakan sebuah pulau yang sempurna sebagaimana Singapura membina Pulau Batu Putih untuk menempatkan pasukan keselamatan.

10. Tidak ada apa-apa di dalam perjanjian dengan Singapura mahupun di dalam keputusan Mahkamah Antarabangsa yang menghindarkan kita daripada membuat tebusguna ini. Keputusan terletak atas bahu kita semata-mata.

11. Saya tak akan cuba meneka apa yang akan diputuskan (oleh Kerajaan kita).

DIPETIK DARI: chedet.com

KM minta kerjasama Tsu Koon selesaikan kes penyelewengan tanah

sumber: harakahdaily.net

PULAU PINANG, 1 Ogos (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan penyelewengan membabitkan kawasan tanah semasa pentadbirannya dan kerajaan Barisan Nasional

Lim dalam kenyataan medianya semalam berkata, kerugian yang dialami semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) terpaksa ditanggung oleh kerajaan baru dan berharap Koh Tsu Koon agar membantu kerajaan sekarang menafsir kedudukan kewangan sebenar serta mencari punca orang yang bertanggungjawab.

"Kita tidak mahu isu penyelewengan tanah ini berulang lagi dan mana-mana pihak yang terlibat wajar dibawa ke muka pengadilan," kata beliau kepada pemberita di pejabatnya aras 28 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar).

Sebelum ini Dr Koh mengatakan, kerajaan BN yang diambil-alih oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang bersih dan tidak ada penyelewengan.

Sambungnya, bila kerajaan baru berkuasa semuanya terbongkar termasuk beberapa isu dan skandal.

"Fail lama telah dikosongkan atau dibawa lari oleh kerajaan lama dan ini menyebabkan kerajaan baru terpaksa bermula dari bawah dalam urus tadbir kerajaan.

"Setelah kami menubuhkan kerajaan baru, kami hanya menjangkakan akan mengalami defisit belanjawan sebanyak RM34 juta sahaja tetapi sebenarnya lebih mengejutkan apabila terbongkarnya 2 kes membabitkan tanah yang disalahgunakan sehingga kerugian RM120 juta," katanya.

Pihak kerajaan negeri akan mengambil inisiatif sendiri dalam usaha mencari dan mendedahkan isu penyelewengan ini tidak kira maklumat itu dari luar atau dalam supaya jumlah sebenar kerugian kerajaan negeri dapat dikenal pasti.

Guan Eng juga turut menyatakan kekecewaannya terhadap keengganan Tsu Koon untuk memperjelaskan isu-isu serius dan permasalahan kewangan kerajaan negeri semasa pentadbirannya dahulu.

"Keadaaan yang tidak menentu dalam kewangan membantutkan usaha kerajaan negeri untuk menyediakan program untuk rakyat kerana kita tidak tahu berapa banyak wang yang ada dalam kerajaan negeri," tambahnya.

"Kerugian RM120 juta adalah skandal terbesar dalam sejarah Pulau Pinang kerana ia membabitkan satu pertiga rizab negeri yang berjumlah RM370 juta.

"Kerajaan negeri ketika ini masih menunggu keputusan makhamah mengenai rayuan terhadap jumlah yang perlu dibayar kepada tuan tanah manakala kes kedua pula sedang disiasat oleh kerajaan negeri.

"Kita akan mengambil tindakan wajar terhadap kes tanah ini dalam masa terdekat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

INILAH TANDANYA BETAPA KORUP KERAJAAN BARISAN NASIONAL, SEMAKIN LAMA PKR MENTADBIR SEMQKIN BANYAK KORUPSI YG DAPAT DIDEDAHKAN, MALAYSIA TIDAK LAGI MEMERLUKAN KERAJAAN KORUP SEPERTI BN, KERAJAAN YG ANGKUH DAN MENINDAS, SAMA-SAMALH KITA PERANGI BN!

Thursday, July 31, 2008

Al-kesah kerbau naik ke katil

Kisah ini telah kita dengar dari zaman berzaman. Datuk kita telah tahu cerita ini. Nenek kita juga telah mendengar cerita ini. Kemudian nenek bercerita kisah yang sama kepada emak kita. Emak kita pula bercerita kepada kita. Kemudian apabila kita masuk sekolah, kita dapat pula membaca cerita yang sama.

CERITANYA: Ada seorang Anak Muda yang telah dipilih oleh orang kampung untuk menjadi Tok Penghulu Baru. Belum pun sempat dia menjadi Tok Penghulu, dia telah menghadapi satu masalah besar. Seekor kerbau jantan di kampungnya telah hilang.

Seluruh kampung menjadi heboh. Kerbau jantan yang hilang ini dimiliki seorang Ibu Tunggal beranak tiga yang tinggal di hujung kampung. Kerbau jantan ini sajalah harta yang telah ditinggalkan oleh arwah suami perempuan ini.

Apabila berita ini tersebar luas, Anak Tok Penghulu Lama bergegas datang ke rumah Ibu Tunggal ini. Dia memberikan beras, gula, garam, kelapa, labu, ikan salai dan sayur bayam sebagai tanda belas kasihan kepada Ibu Tunggal. Dia juga bersumpah akan mencari kerbau jantan yang hilang itu.

Anak Tok Penghulu Lama yang tidak terpilih untuk menjadi Tok Penghulu Baru ini telah menunjukkan rasa kecewa kepada Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru kerana gagal menjaga keselamatan kampung. Dia juga berasa kecewa dan marah kepada orang kampung kerana mereka tidak memilih dia sebagai bakal Tok Penghulu Baru.

Anak Tok Penghulu Lama merasakan orang kampung telah salah pilih. Dia berkata, dialah yang paling bijak dalam kampung ini untuk menjadi Tok Penghulu Baru kerana dahulu arwah ayahnya juga seorang Tok Penghulu. Dia juga berasa layak kerana dia memiliki tanah sawah yang luas, banyak ayam itik, lembu dan kambing. Dia juga ramai pengikut yang setia.

Kemudian di hadapan orang-orang kampung, Anak Tok Penghulu Lama ini dengan bangganya telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk mencari kerbau yang hilang itu. Dia mengarahkan Dua Budak Suruhan ini agar mencari kerbau jantan sampai dapat.
.
Sebenarnya orang kampung tidak memilih Anak Tok Penghulu Lama menjadi Tok Penguhulu Baru kerana orang kampung tidak suka dengan perangainya. Anak Tok Penghulu Lama ini memang betul banyak harta. Memang betul dia banyak ayam itek, lembu dan kambing. Memang betul dia ramai pengikut yang setia. Tetapi tingkah lakunya tidak disukai.

Anak Tok Penghulu Lama ini tidak boleh melihat anak dara atau isteri orang yang berdahi licin – semuanya habis dikebas. Orang kampung juga tahu dia ada menyimpan seorang gundek. Gundek ini disimpan di sebuah pulau. Dia selalu berulang-alik ke pulau itu.

Suatu masa dahulu Anak Tok Penghulu Lama ini telah menceraikan isteri pertamanya. Dia telah menuduh bahawa isteri pertamanya sasau. Tetapi orang kampung tahu isteri pertamanya seorang perempuan yang baik dan tidak sasau. Orang kampung juga tahu, semasa dia menceraikan isterinya, dia sedang gilakan isteri orang.

Mengikut cerita yang empunya cerita, Anak Tok Penghulu Lama ini telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk menghalau suami perempuan itu pindah ke kampung lain. Apabila si suami telah berpindah, maka dia pun berkahwin dengan Mak Janda itu.

Cerita Anak Tok Penghulu Lama kahwin Mak Janda ini telah cuba disorokkan tetapi semua orang kampung tahu.

Orang-orang kampung sedar tentang perangai buruk Anak Tok Penghulu Lama ini. Hanya penyokong dan pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama ini sahaja yang pura-pura buat tidak tahu. Ini kerana mereka ingin mencari makan atau bekerja di sawah milik Anak Tok Penghulu Lama. Kerana itu para pengikut setianya buat-buat pekak badak.

Al-kesah punya kesah – orang-orang kampung pun sibuklah mencari kerbau jantan yang hilang. Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru pun turut sama mencari kerbau jantan yang hilang ini.

Dua Budak Suruhan Anak Tok Penghulu Lama berpura-pura berjalan ke serata pelusuk kampung untuk mencari kerbau yang hilang. Sebenarnya mereka tahu di mana kerbau jantan itu disimpan. Ini kerana Dua Budak Suruhan telah mencuri kerbau jantan itu tiga hari dahulu dan menyorokkan kerbau jantan ini dalam gua batu di tepi hutan.

Cerita kerbau jantan yang hilang ini perancangan Anak Tok Penghulu Lama. Dia sedang merancang memalukan Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Jika Anak Muda ini dapat dimalukan, maka pastilah dia tidak akan diangkat untuk menjadi Tok Penghulu Baru.

Ketika orang kampung sibuk ke hulu ke hilir, Dua Budak Suruhan ini secara senyap-senyap telah mengambil kerbau jantan dari gua batu dan membawanya ke rumah Anak Muda bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Kemudian Dua Budak Suruhan ini berlari-lari keliling kampung sambil menjerit-jerit yang kerbau jantan telah dijumpai.

Apabila orang kampung mendengar jeritan ini, mereka kembali berkumpul. Dengan termengah-mengah Dua Budak Suruhan ini telah menerangkan yang kerbau jantan itu telah ditemui. Untuk membuktikan siapakah yang telah mencuri kerbau jantan ini, Dua Budak Suruhan mahu orang kampung datang bersama mereka melihat di mana kerbau jantan ini disorokkan.

Ketika semua ini berlaku, Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru masih lagi mencari kerbau jantan bersama beberapa orang kampung. Apabila mereka mendapat tahu yang kerbau ini telah ditemui kembali, maka mereka berasa senang hati dan berundur pulang.

Apabila Anak Muda sampai ke kawasan rumahnya, dia terperanjat kerana orang ramai sedang berkumpul mengelilingi Anak Tok Penghulu Lama. Anak Muda tidak tahu-menahu kenapa orang ramai berkumpul di halaman rumahnya. Dia terperanjat besar apabila terlihat kerbau jantan itu sedang terikat di tangga rumahnya.

Semua orang kampung menjadi hairan dan tertanya-tanya bagaimana kerbau jantan ini terikat di tangga rumah Anak Muda ini kerana ketika mereka lalu-lalang di hadapan rumah ini, mereka tidak melihat pun kerbau jantan itu.

Dengan pantas Dua Budak Suruhan ini menjawab bahawa kerbau jantan ini telah ditemui tersorok di atas katil Anak Muda. Kerbau jantan ini ditemui sedang tidur di atas katil. Kerbau jantan ini telah diselimutkan dengan kain cadar kerana itu orang kampung tidak dapat melihatnya.

Dua Budak Suruhan ini terus menuduh Anak Muda sebagai pencuri kerbau jantan kerana kerbau jantan ini telah ditemui tidur di atas katilnya.

Dengan serta-merta Anak Tok Penghulu Lama bangun bersuara dan meminta agar Anak Muda ini tidak dilantik menjadi Tok Penghulu Baru. Dia mahu Anak Muda ini ditangkap dan dipasung untuk disula.

Pengikut-pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama dengan serta-merta menangkap dan mengheret Anak Muda untuk disula. Suasana menjadi tegang. Orang kampung terpinga-pinga apabila mendengar dan melihat semua ini sedang berlaku di hadapan mata mereka.

Tiba-tiba muncul seorang Budak Lelaki bertanya dengan nyaring: Bagaimana kerbau jantan ini dapat naik tangga dan tidur di atas katil itu?

Apabila soalan ini terkeluar dari mulut Budak Lelaki ini, orang-orang kampung pun berpandangan sesama sendiri sambil mengangguk kepala. Orang kampung mula sedar bahawa cerita dari mulut Dua Budak Suruhan ini tidak masuk akal.

Macam mana kerbau boleh naik tangga? Ini betul-betul cerita yang tidak masuk akal.

Orang kampung menjadi marah kerana mereka cuba dibodoh-bodohkan. Mereka melepaskan Anak Muda yang sedang terikat. Kemudian mereka bangun beramai-ramai dan menghambat Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan.

Orang kampung menghambat mereka dengan cangkul dan parang. Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari lintang-pukang meninggalkan kampung.

Mengikut al-kesahnya, Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari dari kampung hingga ke Pekan. Demikianlah kesah cerita turun-temurun yang disampaikan oleh nenek kepada cucu dan cucu kepada cicit. Wallahu a’lam bissawwab.

dipetik dari malaysiakini.com tulisan Hishamuddin Rais

BERITA TERKINI

[MUTAKHIR, 31 Julai]

1. Khidmat pesanan ringkas (SMS) The Star melaporkan Presiden PKR dan Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail, telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membuka jalan kepada suaminya, Anwar Ibrahim, bertanding pilihan raya kecil.

Sementara itu, portal berita bebas Malaysiakini memetik Anwar sebagai mengumumkan yang dia akan bertanding kerusi Parlimen berkenaan. Dr Wan Azizah kekal Presiden PKR.

2. SMS The Star juga melaporkan Presiden Pas, Abdul Hadii Awang sebagai berkata Pas menolak sebarang usaha mengadakan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional yang bertujuan menubuhkan kerajaan campuran.

Thursday, July 24, 2008

SIAPA LANTIK ABDULLAH? -Dr Mahathir

Tiap kali saya kritik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, "Awak yang lantik dia".

Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Dato Seri Abdullah sebagai pengganti saya.

Tetapi ahli UMNO juga pilih Dato Seri Abdullah.

Dato Seri Abdullah memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam dalam usaha untuk menjatuhkan saya pada tahun 1986-1987. Apabila Team B kalah dan UMNO diharamkan, Dato Seri Abdullah tidak menyertai Semangat 46 tajaan Tengku Razaleigh. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli UMNO Baru yang saya pimpin.

Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli UMNO Baru. Tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri.

Dalam pemilihan Majlis Tertinggi yang menyusul Dato Seri Abdullah bertanding untuk ahli Majlis Tertinggi. Mesyuarat Agong UMNO memilih Dato Seri Abdullah sebagai ahli Majlis Tertinggi.

Saya masih tidak terima dia balik jadi Menteri.

Di Mesyuarat Agong selepas itu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Dia menang dengan undi kedua terbesar jumlahnya berbanding Dato Seri Najib.

Saya berpendapat UMNO hendakkan kepimpinan Dato Seri Abdullah. Walau apa pun perasaan saya terhadap orang yang bersubahat untuk jatuhkan saya, saya tidak berhak untuk menolak kehendak UMNO.

Justeru itu saya kembalikan Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dalam Kabinet.

Puji-pujian didengar merata-rata yang Dato Seri Abdullah adalah "Bersih", "Mr Clean". Oleh itu apabila saya terpaksa gugurkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pilih Dato Seri Abdullah untuk mengisi jawatan itu walaupun Dato Seri Najib adalah Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi.

Kenapa tidak dipilih Dato Seri Najib?

Sebabnya ialah dia lebih muda dan harapan saya selepas satu, dua penggal sebagai Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah akan serahkan jawatan itu kepada Dato Seri Najib. Sebab itu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan Dato Seri Abdullah pilih Dato Seri Najib sebagai timbalannya.

Pemilihan Naib Presiden bukan yang pertama sebagai timbalan pernah berlaku. Saya Naib Presiden yang ke-tiga tetapi Tun Hussein Onn pilih saya jadi Timbalan Perdana Menteri.

Seperti juga dengan diri saya, Mesyuarat Agong UMNO mengesahkan pemilihan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Presiden parti dalam pemilihan yang berikut.

Selepas itu saya anggap penyerahan kuasa kepada Dato Seri Abdullah bukanlah sesuatu yang tidak dikehendaki oleh UMNO. Tidak ada sesiapa yang membantah.

Saya jelaskan latarbelakang pemilihan Dato Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya. Saya rela dihukum jika saya salah.

Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan. Dalam perkara ini pendapat saya ialah Dato Seri Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir.

Kenyataan olehnya yang dia akan serahkan jawatan dalam parti dan Kerajaan pada bulan Jun 2010 disambut baik bahkan dengan gembira oleh hadirin serta orang ramai, Melayu dan bukan Melayu. Tiada siapa yang merayu supaya dia teruskan pimpinannya.

Dari ini agak jelas yang semua pihak hendak Dato Seri Abdullah letak jawatan. Tetapi meletak jawatan dua tahun dari sekarang bermakna penggantinya hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan parti untuk hadapi Pilihanraya Umum ke-13. Masa ini terlalu singkat kerana kerosakan yang dibuat oleh Dato Seri Abdullah kepada UMNO, Barisan Nasional dan parti-parti komponennya amat teruk. Masa yang lebih panjang diperlukan.

Jiak Dato Seri Abdullah benar-benar sayang kepada UMNO, dia harus rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan UMNO. Alasannya yang dia ingin awasi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadirannya adalah sebab UMNO dan Barisan Nasional jadi lemah.

Saya terima saya bersalah kerana memilih Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean.

Saya percaya ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama.

Hari ini yang berkuasa menggantikan Dato Seri Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Janganlah tunggu Pilihanraya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan UMNO supaya Dato Seri Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau UMNO. Yang salah ialah Dato Seri Abdullah.

Jika ahli UMNO hendak melihat UMNO dan BN dipulih semula, paksalah Dato Seri Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Dato Seri Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian.

Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Dato Seri Abdullah terus menjadi Presiden UMNO, yang salah ialah ahli UMNO sendiri.

Ahli UMNO akan bertanggungjawab terhadap kehancuran UMNO dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia. Yang akan hancur bersama ialah parti-parti komponen BN.

Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa UMNO dan BN di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah, UMNO masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.


kepada ahli2 umno fikir-fikir kanlah, masa depan malaysia di tangan anda sekarang, renungkanlah kembali lagu anak kecil main api, gunakan kuasa yang ada ditangan anda sekarang untuk menentukan bangsa, semoga anda dikenang hingga ke akhir zaman sebagai penyelamat Malaysia

Saturday, July 19, 2008

Orang yang dituduh tidak boleh terus bersumpah

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Seorang yang dituduh tidak boleh terus bersumpah kerana ia tidak bertepatan dengan prosedur undang-undang.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainur Rijal Abu Bakar berkata, keadaan membolehkannya dilaksanakan setelah pihak yang mendakwa dan tertuduh memberikan keterangan.

"Pihak yang mendakwa perlu mengemukakan tuduhan terlebih dahulu, diikuti keterangan tertuduh, namun sekiranya ketika itu pihak yang dituduh mahu menafikannya beliau boleh mengemukakan sumpah itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Hal ini katanya, pihak yang membuat dakwaan tidak boleh terus bersumpah seperti mana dalam kes tuduhan liwat pembantu peribadi Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari Azlan.

"Mengikut prosedurnya, beliau perlu mengemukakan keterangan terlebih dahulu," ujarnya.

Menyentuh mengenai sumpah pula, Zainur berkata ia mempunyai banyak kategori termasuk sumpah mubahalah.

"Dalam kes Saiful dan Anwar, ia bukan sumpah mubahalah tetapi al-yamin istizhar kerana mubahalah itu digunakan dalam kes lian yakni sumpah menuduh isteri melakukan zina," katanya lagi.

Jelasnya, berbeza dengan sumpah mubahalah kes lian yang perlu diulang sebanyak empat kali, sumpah atau yamin istizhar dilakukan hanya sekali sahaja.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan sesetengah pihak yang menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah dalam menghadapi tuduhan liwat oleh bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.
Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI