DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Friday, March 23, 2007

Pandangan dan Pendapat

ASSALAMUALIKUM WBT

SESUNGGUHNYA APA YG BAIK DIDLM BLOG INI DATANGNYA DARI ALLAH SWT DAN APA 2 YG BUROK ITU DATANGNYA DARI KELEMAHAN SAYA SENDIRI

SEJAK AKHIR2 INI KECOH DIKEUTARAKAN TENTANG HUKUM PELABURAN INTERNET, TERDAPAT BANYAK PANDANGAN, NAMUN BEGITU SAYA JUGA TERPANGGIL UNTUK MENCARI MAKLUMAT SERTA KEBENARANYA, BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN PANDANGAN YG SAYA DAPATKAN DARIPADA BEBERAPA UZTAZ YG DIYAKINI TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KEPENTINGAN SAMADA DARI PELABURAN INTERNET SENDIRI ATAUPUN DARIPADA PIHAK2 LAIN



Assalamualikum kepada sahabat2 islam sedunia


Isu2 yg telah dikeutarakan ini sebenarnya adalah isu-isu yg sangat complicated untuk dirungkaikan kerana terdapat banyak pendapat dari ulama2 Islam, walaupun pada asasnya islam telahpun mempunyai ketentuanya cuma ia mempunyai makna serta penjelasan yg luas untuk dirungkaikan, semoga boleh memberikan sedikit rujukan kepada kita semua.



Isu 1: Bolehkah berurusan dgn syarikat kewangan/pelaburan yg diragui modalnya/urusniaganya dari sumber yg halal/bercampur


Jika dilihat di sisi Shariah, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama, di mana majoriti ulama mazhab Hanafi, Ibn Qasim dari mazhab Maliki, mazhab Hanbali dan Ibn Taimiyah menetapkan bahawa adalah harus melakukan transaksi dengan pemilik modal yang bercampur antara halal dan haram jika majoriti modal itu datang daripada sumber yang halal.

Imam Ibn Nujaim pula berkata: "Apabila majoriti daripada jumlah modal atau pendapatannya adalah halal, maka tidak menjadi masalah untuk menerima hadiah dan makan hidangan mereka selama mana tiada sebarang tanda yang jelas menunjukkan ia adalah haram. Bagaimanapun, jika majoriti modal atau pendapatannya adalah haram, maka tidak dapat diterima hadiah dan makanan kecuali setelah disahkan kebersihannya(halal). (Rujuk Ibn Nujaim, Asybah wa An Nazair, hlm 125). Imam Ibn Quddamah pula berkata: "....Jika anda tahu (atau diberitahu oleh orang yang bercampur pendapatannya) bahawa sesuatu komoditi, barang atau makanan itu adalah daripada sumber/modal yang halal, maka ia adalah halal." (Al-Mughni, 4/334)

Ulama terkenal seperti Imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi pula berpendapat bahawa adalah DIBENARKAN SECARA TOTAL untuk bertransaksi dengan pemilik kepada pendapatan yang bercampur antara halal dan haram, sama ada bahagian yang halal dalam modal tersebut adalah majoriti atau minoriti. (Rujuk As-Saylur Jarar, 3/19; Al-Makasib wa al-Rizq al-Halal, ms 116).




Isu 2: Adakah boleh umat islam berurus niaga dgn org bukan islam/kafir

Dalil-dalil mereka amat banyak, antaranya (rujuk as-Saylul Al-Jarar, As-Syawkani, 3/19) :-

*
a) Rasulullah SAW telah bertransaksi dengan para sahabatnya dari kalangan penduduk Mekah sebelum Hijrah, malah juga dengan sebahagian puak-puak Kafir. Tidak pernah di dengari sebarang tegahan Rasulullah SAW untuk berurusan dengan mereka, padahal kebanyakan harta mereka adalah dari sumber haram.
*
b) Telah sabit bahawa Rasulullah SAW pernah berurusan kewangan dengan rombongan ke Madinah dari kalangan arab badwi yang syirik tatkala itu. Sudah tentu harta mereka dipenuhi segala jenis hasil zalim dan haram.
*
c) Semasa Nabi SAW berhijrah, baginda berurusan dengan orang Yahudi dari kalangan penduduk Madinah dan arab-arab Badawi yang menghalalkan perkara-perkara haram di dalam Islam. Jika berurusan dengan mereka adalah haram, sudah tentu baginda akan menegah dari awal lagi.
*
d) Taqir (pengakuan) Nabi dengan membiarkan para sahabat berurusan kewangan dengan kelompok orang zalim juga adalah suatu dalil.
*
e) Jika Islam membenarkan berurusan dengan kafir yang bercampur haram dan halal hartanya, sudah tentu Islam juga membenarkan urusan kewangan dengan Muslim yang bercampur hartanya.
*
f) Para sahabat Nabi juga berurusan dengan perompak-perompak Madinah di zaman Yazid Bin Muawiyah, tiada di kalangan mereka yang mengharamkan. ( Ihya Ulumiddin, Al-Ghazzali, 2/164)




Isu 3 : adakah boleh saya menggunakan keuntungan/hasil drp pelaburan secara Haram untuk perniagaan 100% halal

Ulama silam juga telah membincangkan berkenaan hukum menggunakan keuntungan yang didapati dari perniagaan halal, bagaimanapun modalnya adalah wang curi atau haram. Dalam hal ini, Imam Malik, Imam As-Shafie, Imam Abu Yusof dan Sheikh Zufar Huzayl bersetuju bahawa pencuri tersebut berhak mendapat bahagian keuntungan daripada pelaburannya walaupun modal asalnya adalah haram, tetapi ia wajib memulangkan kembali wang yang dicuri (wang yang digunakan sebagai modal perniagaannya atau pelaburannya) kepada yang berhak. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd, 2/241; Rawdah at-Tolibin, An-Nawawi, 4/211; Al-Hawi, al-Mawardi, 7/337). Berdasarkan ijtihad ini, ulamk berpandangan bahawa umat Islam harus mengambil keuntungan daripada perniagaan/ pelaburan yang dijalankan walaupun modal yang digunakan untuk tujuan tersebut terdapat bahagian yang haram.




Isu 4: Riba - Terdapat banyak perniagaan/bank 2 yg mengamalkan Riba ini dan hampir sukar untuk mengelakkanya, bagaimanakah caranya untuk kita mengelakanya.

Memang tidak dinafikan, hampir semua amalan hidup seharian kita ini terlibat dengan Riba, Riba merupakan amalan yg sangat dikeji di dlm Islam hinggakan Allah s.w.t mmengistiharkan perang kepada siapa yg mengamalkanya.

Namun begitu Sebuah hadis (Daif) ada menyebut Rasulullah bersabda "umatku di akhir zaman, Riba itu umpama angin, bg yg beriman riba itu umpama debu dan bg yg tidak beriman riba itu umpama batu".

Mengikut maksud dari hadis ini walaupun tidak boleh dibawa kepada perbahasan, tetapi boleh dipegang.

Riba itu umpama angin membawa maksud bahawasanya semua umat akhir zaman pasti akan terkena riba, namun bagi yg beriman riba itu umpama debu iaitu sebagai contohnya sekiranya terkena boleh disapu (dibuang), maka sebagai contohnya sekiranya kita mempunyai 4 amalan riba dan ada amalan riba yg mampu menghilangkan 4 amalan riba tadi, maka haruslah kita mengambilnya, dan malanglah bagi mereka yg hingga malaikat maut mengambil nyawa tetapi masih banyak lagi amalan riba di dalam hidupnya (seperti batu)


wallahualam.


DIHARAP PANDANGAN INI DAPATLAH MEMBERIKAN SEDIKIT ILMU KEPADA SAUDARA ISLAM SEMUA. SEMUA MAKLUMAT YG DILAMPIRKAN INI HANYALAH PENDAPAT DAN BUKANLAH HUKUM YG TELAH DITETAPKAN, PEMBACA DISYORKAN UNTUK MEMBUAT KAJIAN/RUJUKAN SENDIRI SEBELUM MEMBUAT SEBARANG PELABURAN. iNSYALLAH SAYA AKAN CUBA MENDAPATKAN LAIN2 PENJELASAN LAGI DI MASA HADAPAN DI DLM ISU SETERUSNYA, WALLAHUALAM





Scholars From the Four Madhabs

The Hanafi Scholars

Imam Ibn Abidiin (d. 1252/1836; al-A'lam, 6.42 [viii,15,22]),
Hafiz Ibn al-Humam (d. 861/1457; al-A'lam, 6.255 [viii,22,32]),
Imam Ibn al-Shahnah al-Kabeer [viii],
Imam Zufar (d. 158 AH [viii]),
Imam Abu Yusuf (d. 182/798; al-A'lam, 8.193 [viii,14]),
Imam Muhammad al-Shaybani (d. 189/804; al-A'lam, 6.80 [ix,14]),
Imam al-Tahawi (d. 321AH, [5]),
Imam ibn Abi al-Izz al-Hanafi [17],
Imam ibn Nujaim al-Misri (d. 970 AH [34]),
Shaykh Ali al-Qari (d. 1014/1606; al-A'lam,5.12 [35]),
Shaykh Abd al-Haqq Dehlawi (d. 1052 AH [36]),
AllamahAbdal Hayy al-Lucknawi (d. 1304 AH; also known as Abul Hasanat[ix]),
Shaykh Abul Hasan as-Sindi al-Hanafi [5],
Shaykh Aafiyyahibn Yazeed [viii].


The Maliki Scholars

Hafiz Ibn Abd al-Barr (d. 463/1071; al-A'lam, 8.240 [x,5]),
Imam Ibn Wahb (d. 197/812 [x]),
Imam Abdullah ibn Abee Zaid al-Qairwani al-Maliki (d. 389 AH [16]).


The Shafi'i Scholars

Imam al-Bayhaqi (d. 458/1066; al-A'lam, 1.116 [xi,6]),
Shaykh Abu Yusuf al-Buweeti [xii],
Shaykh Abul Qasim ad-Daariki [xii],
Hafiz Ibnas-Salah (d. 643/1245; Tabaqat al-Shafi'iya, 8.326 [xii]),
Imam Taqi ad-Deen al-Subki (d. 756/1355; al-Fatawa al-Hadithiyya, 114 [xii,14]),
Imam Abu Nu'aym (d. 430/1038; Tabaqat al-Shafi'iya, 4.18 [xii,52]),
Imam al-Bukhari (d. 256/870; Tabaqat al-Shafi'iya, 2.212-14 [6]),
Imam Muslim (d. 261/875; Siyar a'lam al-nubala, 12.557-61 [6]),
Imam Abu Dawud (d. 275/889; Tabaqat al-Shafi'iya, 2.293 [xiii,14]),
Imam Nisai (d. 309/915; Tabaqat al-Shafi'iya, 3.14-16 [6]),
Imam Tirmidhi (d. 279/892; Siyar a'lam, 13.270-73 [6]),
Imam ibn Majah (d. 209/824; al-A'lam, 7.144 [6]),
Imam al-Suyuti (d. 911/1505; al-A'lam, 3.301-2 [5]),
Hafiz Ibn Khuzaymah (d. 311/924; Tabaqat al-Shafi'iya, 3.109 [16]),
Imam ash-Sha'rani (d. 973/1565; al-A'lam, 4.180-1 [viii,35]),
Imam Hakim (d. 405/1014; Tabaqat al-Shafi'iya, 4.155 [xi,39]),
Imam ibn Asakir (d. 571 AH [xi]),
Hafiz Khateeb al-Baghdadi (d. 463/1072; Tabaqat al-Shafi'iya, 4.29 [xi,52]),
Hafiz al-Dhahabi (d. 748/1348;Tabaqat al-Shafi'iya, 9.100 [18]),
Hafiz al-Iraqi (d. 806/1404; al-A'lam, 3.344 [18]),
Imam al-Tabarani (d. 360/971; Siyar a'lam, 16.119-23 [18]),
Imam al-Izz ibn Abdas Salam (d. 660/1262; al-A'lam, 4.21 [27]),
Imam ibn Hibban (d. 354/965; Tabaqat al-Shafi'iya, 3.131 [39]),
Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (d. 852/1449; al-A'lam, 1.178 [39]),
Hafiz al-Haythami (d. 807/1405; al-A'lam, 4.266 [40]),
Imam al-Haramayn (d.478/1085; Tabaqat al-Shafi'iya, 5.165 [41]),
Imam Abul Qasim al-Qushayri (d. 465/1072; Tabaqat al-Shafi'iya, 5.153 [50]),
Imam al-Razi(d. 606/1210; Tabaqat al-Shafi'iya, 8.81-89 [59]),
Imam al-Baghawi (d. 510/1117; al-A'lam, 2.259 [59]),
Imam Abu Shamah (d. 665 AH [78]),
Imam al-Nawawi (d. 676/1277; al-A'lam, 8.149 [xi,15]).


The Hanbali Scholars

Hafiz ibn Taymiyya (d. 728/1328; al-A'lam, 1.144 [30]),
Hafiz ibn al-Qayyim al-Jawziyyah (d. 751/1350; Siyar a'lam, 7.202 [xiii,42]),
Hafiz ibn al-Jawzi (d. 508/1114; al-A'lam, 3.316 [xii,53]),
Hafiz ibn Rajab al-Hanbali (d. 795/1393, [xiv]).






The contents in the brackets (after the names of the above scholars), stand for the following abbreviations:-

(i) 'd.'- the year of the scholars death, usually in Hijri and Christian dates.

(ii) 'al-A'lam'- This is a well known biographical dictionary by Khayr al-Deen al-Zirikly (see bibliography for full details).

(iii) 'Tabaqat al-Shafi'iya'- This is a very well known dictionary listing all the famous Shafi'i scholars uptill the death of its author-Imam Taj al-Deen al-Subki (rahimahullah).

(iv) 'Siyar a'lam al-nubala'- This is a biographical dictionary by the famous scholar of Hadith-al-Hafiz Muhammad ibn Ahmad al-Dhahabi (rahimahullah).

(v) 'al-Fatawa al-Hadithiyya'- This is a well known collection by the great scholar of Islam-Shaykh al-Islam Ibn Hajar al-Haytami (rahimahullah).

Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI