Written by hidupsihat.com | |
ASSALAMUALAIKUM, Apakah hukum perniagaan yang tidak dapat di lihat seperti di telefon dan apakah pelaburan di internet tergolong dari pelaburan yang ghaib ?
Apakah imbuhan yang di berikan di dalam pelaburan itu riba dan munasabah? Jawapan : Ada juga yang mempersoalkan tentang imbuhan dan pulangan yang di berikan tidak munasabah dan ada juga yang mengatakan riba . Ini sebenarnya satu tuduhan yang keterlaluan tanpa usul periksa. Saya melihat pulangan yang di berikan adalah munasabah . Contohnya apabila kita melabur USD1,000 ( RM 3,800), kita akan mendapat modal sahaja selepas sebulan. Bukannya kita melabur USD 1,000 ( RM 3,800) pada keesokanya harinya kita mendapat untung itu barulah namanya judi atau riba , keuntungan tidak di perolehi pada satu masa. Padahal untuk mendapat keuntungan selepas sebulan , kecuali apabila ia bekerja keras mencari downline , mencari ahli dan sebagainya. Sebagaimana yang telah di jelaskan keuntungan di berikan setelah wujud persetujuan, bukan keuntungan di sebabkan penangguhan . Bagaimana pandangan ustaz berkenaan pelaburan yang di katakan riba ? Jawapannya : Sebenarnya pelaburan tiada unsur riba kerana Riba hanya terdapat pada qirad atau pinjaman , Menurut pandangan ulama Riba ada 3 jenis : Pertama : Riba Al-Fadhal iaitu jual beli yang berlaku tambahan atau lebihan pada salah satu daripada barang tukaran, ertinya tambahan berlaku semata-mata kerana kelewatan. Riba ini tidak berlaku kecuali pada dua barang tukaran yang sama jenis , contoh pertukaran satu gantang gandum dengan satu setengah gandum lain. Kedua : Riba Al-Yadd : iaitu jual beli yang di lewatkan serahanya semasa menukar barang dan tidak menyebut tempoh seperti penyerahan lain jenis, gandum dengan barli. Ketiga : Riba al-Nasi’ah : Jual beli tangguh iaitu jual beli tangguh kepada satu tempoh dan di tambah apabila tempoh itu sudah cukup di samping harga tidak di bayar bagi tempoh yang telah selesai itu , maksudnya : tambahan yang di buat kepada barang tukaran , tanpa di sebabkan apa-apa tukaran tetapi kerana kelewatan membayar. Oleh yang demikian di manakah letaknya unsur riba di dalam pelaburan ? Sedangkan ia bukan pinjaman, bukan penangguhan kerana hadis nabi menyebut Ertinya :“Tidak ada riba kecuali pada al-Nasiah “, maksudnya yang dikatakan riba itu adalah kelewatan membayar hutang kerana ada tambahan, umpama meminjam RM50.00 sekarang , tetapi jika di tangguh kepada bulan depan menjadi RM60.00. Apakah hukum menetapkan masa keuntungan sebagai contoh 100 hari ? Jawapanya : Penetapan masa keuntungan adalah sah dan memberi banyak memberi faedah , sebagaimana nas yang di ambil dari Mazhab Hambali dan Hanafi katanya :" Menetapkan masa mudhrabah ( keuntungan ), jika di bataskan mudhrabah (keuntungan ) dengan suatu waktu yang tertentu di mana di tetapkan bahawa jika satu waktu yang tertentu telah habis , maka kontrak mudharabah ( keuntungan ) akan menjadi batal maka kedudukan kontrak seperti ini adalah sah di sisi mazhab Hambali dan hanafi. Sebab kontrak ini adalah satu kontrak perwakilan .Oleh itu ia boleh di bataskan dengan waktu ia sama dengan dengan pembataskan jenis, tempat dan orang yang kita hendak membuat pelaburan Kontrak seperti ini tida ada di sisi mazhab Syafei dan Maliki , sebab pembatasan waktu itu merosakan maksud keuntungan , sebab ada kemungkinan keuntuntungan tidak di perolehi dalam tempoh itu dan ada kemungkinan keuntungan di perolehi selepas daripada tempoh yang di tetapkan " Ulasan : Apa yang dapat di fahami Mazhab Hanafi dan Hambali menetapkan semua jenis perniagaan termasuk nilai ( RM atau USD yang di sebut sebagai jenis, jikalau dulu emas dengan emas, perak dengan perak ).Begitu juga menetapkan kepada siapa kita hendak berurus niaga, begitu juga menetapkan tempoh perniagaan seperti 100 hari , akan tetapi dalam mazhab Syafei dan Maliki perkara tersebut tidak ada atau tidak di sebut , oleh itu Imam Syafei mengambil keputusan ia merosakkan keuntungan " bukan riba". Perkara ini sama seperti zakat , menurut mazhab Syafe'i kadar zakat hendaklah di keluarkan mengikut makanan asasi, jika mereka makan beras mahal maka zakatnya tinggi , jikalau mereka makan beras murah zakatnya rendah sebagai contoh di Kelantan dan Terggganu , zakat tidak serupa dan mengikut peringkat contohnya RM4.50 , RM4.70 dan RM 5.00 . Ini berbeza di Selangor dengan kadar zakat yang telah DI TETAPKAN iaitu RM4.70 , sedangkan jikalau di lihat dari sudut lain, ia adalah penindasan kepada golongan yang tidak berkemampuan atau yang makan beras yang murah. Pernah satu ketika PM Dr Mahadir Muhammad menetapkan kadar mata wang Malaysia RM3.80 bersamaan USD 1.00 sehingga tahun 2006 .Pada hal kita semua tahu kadar mata wang jikalau untung akan meningkat , jikalau jatuh akan menurun. Sedangkan di negara-negara lain tidak serupa boleh di katakan setiap hari turun naik . Apa yang dapat di lihat daripada fenomena ini adalah darurat semata-mata untuk menstabilkan ekonomi rakyat Malaysia. Hal ini samalah dengan pelabur-pelabur yang mendapat keuntungan daripada syarikat walaupun nampaknya tetap. Jadi kita tidak boleh mengatakan keuntungan tetap itu riba , tetapi ia sebenarnya bergantung kepada keadaan, sebagaimana yang saya sebutkan tadi , di negara-negara lain perubahan mata wang turun naik sangat ketara , tetapi di Malaysia TETAP USD1.00 bersamaan RM 3.80 sehingga 7 tahun dan sejak akhir -akhir ini ada sedikit perubahan RM 3.50. Jadi maksud TETAP itu luas, mungkin tetap sehingga 100 hari sahaja, mungkin tetap 3 bulan sahaja, mungkin tetap 6 bulan sahaja Apakah yang dimaksudkan menetapkan kadar keuntungan ? Jawapanya : Yang di maksudkan menetapkan keuntungan ialah keuntungan tahunan , biasanya dalam perbankan untung rugi akan di nilai dalam tahun itu, akan tetapi ia berbeza dengan pelaburan di internet kerana keuntungan adalah harian dan bertempoh. Menurut Dr Wahbah Az-Zuhaily :“ maka tidak sah mudharabah dengan penetapan keuntungan yang di buat di bank-bank perniagaan kepada penyimpan - penyimpan . Sebab mengikut hukum mudharabah perkongsian mesti berlaku pada keuntungan tanpa had nisbah yang tetap seperti 7% umpamanya “. Bagaimanakah penentuan kadar keuntungan ? Jawapanya : Menurut pendapat Jumhur keuntungan di bahagikan menurut syarat yang di persetujui oleh kedua-dua belah pihak , oleh yang demikian pelaburan yang tertera di skrin internet adalah merupakan salah satu syarat yang dipersetujui oleh pelabur. Apabila pelabur bersetuju dengan jumlah tersebut maka ia telah menjadi satu syarat perjanjian , tetapi Imam Syafei mengatakan keuntungan hendaklah di bahagikan mengikut kadar modal. Hal ini juga sama kepada pelabur yang melabur dengan jumlah yang besar akan memperolehi keuntungan yang besar , begitulah sebaliknya. Imam Syafei menyatakan salah seorang ahli syarikat boleh mendapat kadar untung melebihi rakan kongsinya hasil daripada kebijaksanan perniagaanya, biarpun modal yang sama banyak atau tidak sama banyak dan kerugian adalah mengikut modal .Ini di persetujui oleh seluruh mazhab berdasarkan hadis ertinya ;“ Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka , manakala kerugian berdasarkan kepada kadar modal “. Oleh yang demikian pihak Al-Arabic Fund telah memberikan keuntungan USD31 ( 31%) kepada pelabur USD 1,000 dan ia di persetujui oleh pelabur sendiri, sebagaimana yang di sebut dalam hadis nabi “Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka “. Yakni hendaklah keuntungan itu dalam nisbah peratus atau dalam saham seperti satu pertiga ( 30 : 70) satu perempat ( 25 : 75) atau satu perdua.( 50 : 50 ) Imam Maliki mengatakan harus bagi kedua-dua pihak yang berkontrak saling merelai selepas daripada melakukan mudhrab ( keuntungan ) terhadap bahagian yang di terima sama ada sedikit atau pun banyak . Apakah yang di maksudkan Mudharabah Mutlaq ? Jawapanya : Mudharabah Mutlaq adalah menetapkan kadar keuntungan oleh pemilik asset , sebagaimana di dalam pelaburan internet ia juga di sebut Mudharabah Mutlaq. Mudharabah Mutlaq juga di kenali sebagai Keuntungan yang pasti atau Jaminan keuntungan . Dr Wahbah menyatakan ::“ Pembatasan yang baru mendatang yang berlaku ke atas mudharabah mutlaq, kata ulama Mazhab Hanafi jika mudharabah itu ialah mudharabah mutlaq kemudian di khususkan oleh pemilik harta , selepas daripada berlakunya kontrak, maka di lihat jika modal itu berbentuk tunai mahupun mudharib ( pelabur ) menggunakan modal itu untuk membeli sesuatu barang kemudian dijualkan barang itu dan di terima harganya dalam bentuk wang, maka pengkhususan yang di buat oleh pemilik harta itu adalah harus. Kedudukannya samalah seperti jika ia mengkhususkan atau membataskan mudhrabah itu sejak awal. Sebab pemilik harta adalah mempunyai kuasa untuk membuat pembatasan jika pembatasan itu berfaedah. Jelaslah di sini membataskan mudhrabah atau keuntungan oleh pemilik fund atau pemilik asset di haruskan ia di sebut sebagai Mudharabah Mutlaq . Hal ini di sebabkan banyak memberi faedah, selain dari pemilik harta juga berhak menentukan dan mempunyai kuasa dalam hal tersebut. Sebagai contoh pemilik asset atau fund menetapkan keuntungan mutlaq sebanyak 31% kepada pelabur. Oleh yang demikian jawapan ini sebagai sanggahan kepada mereka yang mendakwa bahawa keuntungan tetap adalah haram atau riba. Apakah nasihat ustaz terhadap pelabur ? Jawapanya : Nasihat saya kepada pelabur banyakkan sedeqah dan mengeluarkan hibah , kerana harta yang halal tidak semestinya bersih, harta yang bersih apabila kita mengeluarkan hibah setiap kali memperolehi pendapatan. Kita kadang kala memperolehi sumber pendapatan tetapi belum tentu bersih, hukum pembersihan harta ini ada yang wajib dan ada yang sunat, yang wajib di sebut zakat setahun sekali, tetapi konsep pembersihan harta yang ingin saya tekankan ialah setiap kali kita memperolehi pendapatan , sebagai contoh jikalau kita memperolehi RM 1,000, jangan kita berbelanja sebelum kita mengeluarkan hibah RM 2.50 atau lebih. Apakah benar kenyataan Mufti di akhbar Metro SAHAM NERAKA ? Jawapanya : Kenyataan mufti perlis SAHAM NERAKA di Harian Metro , Ahad 18hb Mac 2007 adalah keterlaluan . Ingin saya nyatakan ." Apakah Mufti Perlis dapat menjamin ia masuk syurga sehingga menyatakan orang lain masuk neraka yang kononya memakan harta riba lebih dahsyat dari memakan daging babi dan khinzir "? Apakah Mufti Perlis bersubahat dengan akhbar Harian Metro yang terkenal dengan propaganda menjatuhkan ekonomi umat Islam . Salah satu contoh 2 kes yang pernah berlaku : Kes pertama. Isu air susu IGG yang terkenal, apabila berlaku keracunan di Selangor yang kononya berpunca daripada air susu IGG , Harian Metro terus mengeluarkan kenyataan sehingga seluruh masyarakat Malaysia merasa takut untuk minum, akibatnya perniagaan orang-orang Melayu jatuh merundum. Kes kedua : Propolis Gold yang satu ketika memuncak tiba-tiba di kejutkan adanya alkohol padahal minyak cap kapak pun ada alkohol. Apakah mereka ini tidak tahu permainan akhbar ?. Apakah Mufti Perlis sudah melihat sendiri tentang pelaburan , mengkaji, pergi ke tempat tersebut, bertanya kepada pemilik atau hanya sekadar mengambil hukum berdasarkan skrin di internet.? atau hanya menguatkan hujah Ustaz Zaharuddin sebagai rakan kongsi semasa di Jordan ?. Ingin saya mengajak saudara melihat bagaimana Rasulullah mengambil hukum, pada satu ketika Rasulullah melihat dengan mata kepala sendiri peniaga mencampurkan tamar kering dengan yang basah, kemudian barulah Rasulullah menasihatnya. Apakah mereka yang mengatakan haram berbuat demikian.?. Hal ini serupa di Jabatan Agama Islam atau JAKIM yang mengeluarkan cop HALAL seperti kaedah penyembelihan, makanan dan sebagainya setelah di periksa dan di sahkan kehalalanya. Pada saya apa yang di paparkan di akhbar bukanlah satu fatwa tetapi selayaknya menjadi bungkusan nasi lemak,, fatwa hanya dapat di perolehi di dalam kita-kitab yang muktabar. Oleh yang demikian mengambil sumber hukum hanya semata-mata berdasarkan apa yang tertera di skrin internet yang terbatas, tanpa usul periksa atau ke tempat tersebut, atau bertanya kepada pemilik asset ( fund ) maka ia adalah tidak sah dan di tolak. Sekian Ahmad Shukri Ghazali. |
Monday, April 16, 2007
PENDAPAT TENTANG PELABURAN INTERNET
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEKADAR RENUNGAN
"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible? Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
1 comment:
cuba korang baca komen ust zaharuddin tntg jwpn dangka ahmad syukri di webnya www.zaharuddin.net
atau baca di sini
Jawapan Kepada Pihak Menghalalkan Pelaburan Internet
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
SILA BACA TULISAN ASAL AHMAD SYUKRI DI SINI
Ada yang beri saya gambar ini. Inilah AHmad SYukri rupanya.
Terdapat beberapa email yang forwardkan kepada saya tulisan seorang 'ustaz' lepas mesir tentang pelaburan Internet yang didakwanya halal. Ustaz yang tidak diketahui asal usul serta misteri ini sebenarnya telah tersalah menilai isu yang dibincang mengenai pelaburan melalui internet ini.
Saya dan Majlis Fatwa Kebangsaan hakikatnya berbincang berkenaan hukum aqad pelaburan yang menjamin modal dan keuntungan secara tetap, yang mana hukumnya adalah haram menurut fatwa Majlis Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Tapi si ustaz ini sibuk bincang sah beraqad melalui internet.
Inilah maksud saya ia tersilap pintu dan isu. Sememangnya diakui bahawa aqad melalui internet adalah sah jika menepati syarat dan rukun jual beli dan pelaburan. Tetapi perlu diingat, rukun dan syarat itulah yang saya dan Majlis Fatwa Kebangsaan semak, bukan internet itu sendiri.
Ada juga rakan-rakan yang menasihatkan saya agar tidak perlu memberi respond kepada tulisan sebegini. Malah saya juga tidak berminat melayannya, bagaimanapun apabila saya dapati hujjah menyeleweng yang diutarakan telah menyebabkan orang ramai terus menerus bermain dengan Riba. Ramai juga yang bertanay berulang kali kepada saya, maka saya tidak suka menyembunyikan kebenaran. lalu terpaksalah saya menulis jawapan ringkas ini. Bukan untuk berlaga atau suka berdebat, cuma kewajiban membetulkan penyelewengan fakta yang disepakati. Jika ia isu khilafiah dan hujjahnya benar dan memang terdapat pandangan ulama sedemikian, maka sudah tentu saya biarkan saja, tetapi apabila terdapat penyelewengan, saya tidak lagi boleh abaikannya.
Hujah Pertama Ahmad Syukri :
Saya ada juga membaca tulisan Zaharuddin, tetapi banyak yang kurang tepat, barang kali di sebabkan beliau hanya menuntut di Jordan sahaja. Semasa saya menuntut di Al-Azhar 1995-2000 saya melihat isu ini telah di bincangkan di akhbar sebelum pelaburan sebegini berkembang di Malaysia,
Respond UZAR :
Satu hujah yang amat pelik dan melucukan. Dalam Islam, ilmu itu adalah dari dalam Al-Quran, al-Hadith, Ijma dan pesepakatan Ulama, ia bukan hanya boleh diperolehi di negeri tertentu sahaja. Malah Firaun pun daripada Mesir, Abu Jahal daripada Mekah..dalam Islam, Allah SWT menyebut :
" Apabila kamu mempunyai kekeliruan dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu rujuk kepada Allah (melalui Al-Quran) dan RasulNya (Al-Hadith)"
Allah SWT juga menyebut :' " Tanyalah kepada orang yang kamu tahu jika kamu tidak mengetahuinya"
Amat jelas, bahawa ilmu bukan kira tempat, tetapi hujjah dengan hujjah yang benar, begitu ramai pelajar lepasan Mesir yang tiada kualiti, demikian juga para pelajar lepasan Jordan, Syria, Yemen, Pakistan dan lain-lain. Hakikatnya, ilmu bukan terletak kepada tempat, tetapi inisiatif, keikhlasan dan kesungguhan seseorang itu dalam menuntut ilmu..Hujjah yang disertai kefahaman mendalam terhadap sesuatu isu amat penting. Sebagaimana Nabi Ibrahim as disebut dalam al-Quran " Adakah kamu tidak melihat bagaimana Nabi Ibrahim berhujjah (dengan Namrud) tentang Tuhannya.."
Malah kemampuan seseorang tu juga tidak terletak hanya kepada guru-gurunya yang hebat, kerana terlalu ramai yang berguru tetapi hanya sekadar duduk dalam majlis guru itu tanpa sebarang dialog dengan gurunya. Malah ramai yang berguru dengan ulama yang hebat tetapi sebenarnya ia kerap tertidur dan tidak faham butiran ajaran gurunya. Lalu ia balik ke Malaysia tanpa ilmu yang jelas, walaupun gurunya tersenarai dengan begitu hebat.
Ahmad Syukri menyebut
"Apakah imbuhan yang di berikan di dalam pelaburan itu riba dan munasabah?
Jawapan : Ada juga yang mempersoalkan tentang imbuhan dan pulangan yang di berikan tidak munasabah dan ada juga yang mengatakan riba . Ini sebenarnya satu tuduhan yang keterlaluan tanpa usul periksa. Saya melihat pulangan yang di berikan adalah munasabah . Contohnya apabila kita melabur USD1,000 ( RM 3,800), kita akan mendapat modal sahaja selepas sebulan. Bukannya kita melabur USD 1,000 ( RM 3,800) pada keesokanya harinya kita mendapat untung itu barulah namanya judi atau riba , keuntungan tidak di perolehi pada satu masa. Padahal untuk mendapat keuntungan selepas sebulan , kecuali apabila ia bekerja keras mencari downline , mencari ahli dan sebagainya. Sebagaimana yang telah di jelaskan keuntungan di berikan setelah wujud persetujuan, bukan keuntungan di sebabkan penangguhan .
Bagaimana pandangan ustaz berkenaan pelaburan yang di katakan riba ?
Jawapannya : Sebenarnya pelaburan tiada unsur riba kerana Riba hanya terdapat pada qirad atau pinjaman , Menurut pandangan ulama Riba ada 3 jenis :
Pertama : Riba Al-Fadhal iaitu jual beli yang berlaku tambahan atau lebihan pada salah satu daripada barang tukaran, ertinya tambahan berlaku semata-mata kerana kelewatan. Riba ini tidak berlaku kecuali pada dua barang tukaran yang sama jenis , contoh pertukaran satu gantang gandum dengan satu setengah gandum lain.
Kedua : Riba Al-Yadd : iaitu jual beli yang di lewatkan serahanya semasa menukar barang dan tidak menyebut tempoh seperti penyerahan lain jenis, gandum dengan barli.
Ketiga : Riba al-Nasi'ah : Jual beli tangguh iaitu jual beli tangguh kepada satu tempoh dan di tambah apabila tempoh itu sudah cukup di samping harga tidak di bayar bagi tempoh yang telah selesai itu , maksudnya : tambahan yang di buat kepada barang tukaran , tanpa di sebabkan apa-apa tukaran tetapi kerana kelewatan membayar. Oleh yang demikian di manakah letaknya unsur riba di dalam pelaburan ? Sedangkan ia bukan pinjaman, bukan penangguhan kerana hadis nabi menyebut Ertinya :"Tidak ada riba kecuali pada al-Nasiah ", maksudnya yang dikatakan riba itu adalah kelewatan membayar hutang kerana ada tambahan, umpama meminjam RM50.00 sekarang , tetapi jika di tangguh kepada bulan depan menjadi RM60.00."
Respond UZAR:
Satu lagi kesilapannya adalah dalam menyatakan tiadanya riba al-Fadl, al-yadd dan Nasiah dalam pelaburan melalui internet. Malah pengertian riba juga gagal difahami dengan baik. Inilah akibat hanya merujuk satu dua buku dan kemudian terus menulis. Memang diketahui, tiada Riba al-Fadl dan Nasiah dalam pelaburan ini, ini adalah hanya ketiga-tiga jenis riba ini hanya berlaku dalam urusan jual beli barangan ribawi. Bukannya dalam bab pelaburan yang sedang dibincangkan.
Isu yang saya bincang dalam tulisan saya dan juga yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah Riba jenis Duyun dari kelompok Riba Al-Qard. Sebagaimana yang juga difatwakan oleh Majlis Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia. Selagi lagi Ahmad Syukri telah memberi fokus benda kepada perkara yang salah dan bukan menjadi fokus kami sama sekali.
Lihat ini sekali lagi untuk faham pembahagian Riba di sini
Isu untung berlebihan atau tidak?
Entah mengapa si penulis sekali lagi melencong dari topik utama yang memberi kesan kepada hukum. Iaitu dalam isu untung .
kata ahmad syukri
"Ada juga yang mempersoalkan tentang imbuhan dan pulangan yang di berikan tidak munasabah dan ada juga yang mengatakan riba . Ini sebenarnya satu tuduhan yang keterlaluan tanpa usul periksa. Saya melihat pulangan yang di berikan adalah munasabah ."
Respond UZAR :
Dalam hal ehwal riba, adalah tidak dikira munasabah atau tidak. Kerana munasabah atau tidak itu adalah subjektif dan dalam istilah Usul Fiqh disebut " Ghayru Mundobid" atau tidak standard. Justeru ijma ulama menyebut bahawa Riba itu walaupun satu sen, ia tetap Riba tanpa mengira banyak atau kecilnya jumlahnya. ( Rujuk Nihayatul Sull oleh Imam Jamaluddin al-Isnawi)
Sekali lagi ahmad syukri bercerita luar konteks, saya dan Majlis Fatwa Kebangsaan bincang isu apabila pemberian duit atas nama pelaburan, kemudian dijanjikan pulangan tertentu dan jaminan modal maka ia akan berubah sifatnya menjadi riba. Tapi si penyokong Pelaburan ini sekali lagi cerita benda lain.
Inilah punca utama pelaburan jadi batal, berikut Majlis Penasihat Shariah Dunia, AAOIFI berikut teks fatwanya :-
إذا شرط أحد الطرفين لنفسه مبلغاً مقطوعاً , فسدت المضاربة
Ertinya : "Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu" ( Al-Ma'ayir As-Syaiyyah, AAOIFI, hlm 240)
Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa keputusan Majlis Fatwa kebangsaan yang mengharamkan Pelaburan Melalui Internet adaah kerana beberapa ciri tertentu, yang paling utama adalah kerana jaminan dan promosi keuntungan tetap dan jaminan modal dalam sebuah pelaburan. Sebenarnya ciri ini juga telah diputuskan haram secara sepakat Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada tahun 1992 yang mewartakan :
"إنه لا يجوز في المضاربة أن يحدد المضارب لرب المال مقداراً معيناً من المال , لأنه يتنافى مع حقيقة المضاربة ولأنه يجعلها قرضاً بفائدة"
"Sebarang pelaburan yang mana pihak pengusaha (mudarib atau syarikat) menjamin satu kadar pulangan tertentu kepada pelabur (peserta), maka ia adalah haram oleh kerana ia telah menukar sifat pelaburan secara Islam kepada elemen pinjaman dengan janji faedah Riba" ( Majma Fiqh Al-Islami, Qarar wa Tawsiat)
Menetapkan tempoh pelaburan
Ahmad Syukri berkata :
Apakah hukum menetapkan masa keuntungan sebagai contoh 100 hari ?
Jawapanya : Penetapan masa keuntungan adalah sah dan memberi banyak memberi faedah , sebagaimana nas yang di ambil dari Mazhab Hambali dan Hanafi katanya :" Menetapkan masa mudhrabah ( keuntungan ), jika di bataskan mudhrabah (keuntungan ) dengan suatu waktu yang tertentu di mana di tetapkan bahawa jika satu waktu yang tertentu telah habis , maka kontrak mudharabah ( keuntungan ) akan menjadi batal maka kedudukan kontrak seperti ini adalah sah di sisi mazhab Hambali dan hanafi. Sebab kontrak ini adalah satu kontrak perwakilan .Oleh itu ia boleh di bataskan dengan waktu ia sama dengan dengan pembataskan jenis, tempat dan orang yang kita hendak membuat pelaburan Kontrak seperti ini tida ada di sisi mazhab Syafei dan Maliki , sebab pembatasan waktu itu merosakan maksud keuntungan , sebab ada kemungkinan keuntuntungan tidak di perolehi dalam tempoh itu dan ada kemungkinan keuntungan di perolehi selepas daripada tempoh yang di tetapkan "
Respond UZAR :
Sekali lagi pelik dan ajaib, penulis gagal lagi memahami isu yang sedang saya dan juga Majlis fatwa bincangkan, kami tidak pernah mengatakan salah untuk menetapkan tempoh bagi sesuatu pelaburan. Memanglah dihalalkan secara sepakat ulama untuk menetapkan tempoh pelaburan kepada sesuatu pelaburan yang dibuat. Ini bermakna, meletakkan tempoh matang bagi pelaburan kepada 100 hari adalah halal, malah ini juga yang dilakukan oleh bank-bank Islam di seluruh dunia. Iaitu tempoh matangnya ada yang 3 bulan, 6 bulan, setahun dan lain-lain.
Tetapi ini bukanlah isu yang kami fokus, yang difokus adalah menetapkan pulangan tetap dalam tempoh 100 hari itu serta keuntungan hariannya, inilah yang haram.
Cara pelaburan Islam hanya menghalalkan menetapkan satu tempoh matang, kemudian HANYA DITENTUKAN dalam aqad, nisbah pembahagian untung (jika ada) apabila sampai tempoh yang ditetapkan adalah 40 % bagi pelabur, 60 % bagi pengusaha. Tiada sebarang percentage tetap boleh diletakkan atau disebutkan kecuali jika disebut sebagai 'indicative return', kerana jika diletakkan sebarang percentage atau jumlah secara tetap, ia telah bertukar sifat pelaburan tu kepada pinjaman, Ini kerana itulah sifat pinjaman dengan riba, iaitu diberi jumlah wang tertentu sebagai pinjaman dan disyaratkan pulang semula dalam tempoh tertentu berserta faedah atau riba.
Maka sekali lagi si ahmad syukri menyeleweng dari topik akibat ketidakfahamannya dengan industri kewangan dan pelaburan realiti. Memang sah bukanlah dia seorang yang faham apa implementasi pelaburan di Malaysia ini termasuklah pelaburan Islam dari sudut praktikal. Inilah akibat belajar dari buku tanpa melihat kepada alam sebenar.
Ahmad syukri berkata
Oleh yang demikian pihak Al-Arabic Fund telah memberikan keuntungan USD31 ( 31%) kepada pelabur USD 1,000 dan ia di persetujui oleh pelabur sendiri, sebagaimana yang di sebut dalam hadis nabi "Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka ". Yakni hendaklah keuntungan itu dalam nisbah peratus atau dalam saham seperti satu pertiga ( 30 : 70) satu perempat ( 25 : 75) atau satu perdua.( 50 : 50 )
Imam Maliki mengatakan harus bagi kedua-dua pihak yang berkontrak saling merelai selepas daripada melakukan mudhrab ( keuntungan ) terhadap bahagian yang di terima sama ada sedikit atau pun banyak .
RESPOND UZAR :
Kali ini barulah Ahmd syukri bercerita benda yang kena mengena sedikit dengan apa yang kami bincangkan, tetapi masalahnya adalah ia tersesat fakta dan kefahaman. Kesilapan adalah pada katanya :
Oleh yang demikian pihak Al-Arabic Fund telah memberikan keuntungan USD31 ( 31%) kepada pelabur USD 1,000 dan ia di persetujui oleh pelabur sendiri, sebagaimana yang di sebut dalam hadis nabi "Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka ". Yakni hendaklah keuntungan itu dalam nisbah peratus atau dalam saham seperti satu pertiga ( 30 : 70) satu perempat ( 25 : 75) atau satu perdua.( 50 : 50 )
Respond UZAR
Lihat betapa salahnya kefahaman Ahmad ini apabila berkata « Yakni hendaklah keuntungan itu dalam nisbah peratus atau dalam saham seperti satu pertiga ( 30 : 70) satu perempat ( 25 : 75) atau satu perdua.( 50 : 50 ) »
Menurut sepakat seluruh ulama dunia dan malaysia, yang dibenarkan adalah dalam bentuk nisbah sahaja, iaitu 30 : 70 atau 25 : 75 itu sahaja. Ini harus dalam Islam kerana tiada sebarang jaminan bahawa ada untung dan berapa jumlahnya. INi bermakna, jika pengusaha gagal mendapat untung..maka nisbah 30 : 70 itu tidak terpakai. INilah pelabruan Islam
Adapun contoh al-arabic yang disukai oleh Ahmad ini menjanji keuntungan tetap iaitu USD 31 atau 31 % dari jumlah modal yang diletakkan . Maka inilah riba. Cuba pembaca fahamkan perbezaannya, adalah tidak sama sama sekali guna nisbah dengan penggunaan peratusan yang tetap. Kerana nisbah tidak dapat menentukan samada adakah ada untung bagi pelabru dan berapa jumlahnya. Tetapi percentage menjamin untung dan dikethaui jumlah pulangan sejak dari awal aqad lagi,. Maka inilah riba kerana ia telah mengubah sifat pelaburan kepada pinjaman dengan riba.
Ia juga berbohong dengan mengutarakan sebuah hadith palsu. Tiada sebuah hadith yang menyatakan demikian. Sila berikan rujukan dan sanadnya jika ada, pasti meleset.
Demikianlah ringkasan hujjah mengapa saya mengatakan tulisannya menyeleweng dan amat membuang masa untuk dilayan sebenarnya. Banyak lagi jika saya ingin dedahkan tetapi cukuplah dua tiga isu saya keluarkan demi menunjukkan menyelwengnya artikel ahmad syukri ini.
Malah dia berlagak lebih alim dari Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga Majlis Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia. Sayyidina Ali KW berkata "Hanya orang yang punyai ilmu mampu mengenal pasti siapa yang berilmu".
Ahmad juga berkata
Apakah yang di maksudkan Mudharabah Mutlaq ?
Jawapanya : Mudharabah Mutlaq adalah menetapkan kadar keuntungan oleh pemilik asset , sebagaimana di dalam pelaburan internet ia juga di sebut Mudharabah Mutlaq. Mudharabah Mutlaq juga di kenali sebagai Keuntungan yang pasti atau Jaminan keuntungan . Dr Wahbah menyatakan ::" Pembatasan yang baru mendatang yang berlaku ke atas mudharabah mutlaq, kata ulama Mazhab Hanafi jika mudharabah itu ialah mudharabah mutlaq kemudian di khususkan oleh pemilik harta , selepas daripada berlakunya kontrak, maka di lihat jika modal itu berbentuk tunai mahupun mudharib ( pelabur ) menggunakan modal itu untuk membeli sesuatu barang kemudian dijualkan barang itu dan di terima harganya dalam bentuk wang, maka pengkhususan yang di buat oleh pemilik harta itu adalah harus. Kedudukannya samalah seperti jika ia mengkhususkan atau membataskan mudhrabah itu sejak awal. Sebab pemilik harta adalah mempunyai kuasa untuk membuat pembatasan jika pembatasan itu berfaedah.
Respond UZAR :
Inilah tandanya penulis tidak menguasai bahasa Arab. Sebutan ‘Mudarabah Mutlaq' yang digunakan adalah salah menurut tatabahasa Bahasa Arab. Sebutan yang betul adalah ‘Mudarabah Mutlaqah' yang bermakna : satu pelaburan yang dibuat oleh pelabur dengan diberikan kebebasan kepada pengusaha untuk memilih sendiri tempat dan industri apa yang ingin dilaburkan..kerana kebebasan itulah ia digelar "mutlaqah" iaitu beerti : bebas tanpa ikatan. Lawan bagi mudarabah jenis ini adalah "Mudarabah Muyaqqadah" iaitu pelaburan yang mana pemberi modal atau pelabur menghadkan pengusaha untuk melabur dalam industri atau perniagaan tertentu sahaja.
Malah Ahmad SYukri ini juga mungkin samada menipu atau tidak mampu merujuk dan memahami bahasa Arab apabila mendakwa Dr Wahbah Zuhayli mentakrifkan mudarabah Mutlaqah sedemikian, cuba baca takrifan sebenar oleh Dr Wahbah di dalam ktabnya :
هي أن يدفع المال مضاربة من غير تعيين العمل والمكان والزمان وصفة العمل ومن يعامله
Ertinya : Mudarabah Mutlaqah adalah memberikan modal secara mudarabah (pelaburan) tanpa menentukannya (untuk kegunaan) sesuatu kerja, sesuatu tempat dan masa dan jenis kerja dan dengan siapa untuk berbisnes. ( Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, Jilid 5, hlm 3928 , terbitan Dar al-Fikr al-Muasir, cet ke 4)
Itulah Mudarabah Mutlaqah yang mana si pelabur tidak menghadkan bisnes itu untuk apa-apa syarat tempat, pelanggan, masa dan lain-lain yang tertentu. Ia tiada kaitan dengan menetapkkan keuntungan. Jadinya, nasihat saya janganlah berbohong menggunakan nama-nama ulama tertentu.
Malah Dr Wahbah juga menyebut dalam kitabnya antara syarat keuntungan itu adalah
أن يكون الربح جزءا مشاعاً
Ertinya : "Mestilah keuntungan yang ditetapkan adalah dalam bentuk juzu' secara umum
( Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, Jilid 5, hlm 3939 , terbitan Dar al-Fikr al-Muasir, cet ke 4)
Huraiannya adalah mestilah seperti 30 % dari keuntungan jika ada dan bukannya telah ditetapkan awal-awal bahawa 31 % dari jumlah modal adalah keuntungan. Perlu faham beza 30 % dari keuntungan jika ada kerana ini tidak menjamin ada untung, dengan 31 % pulangan dari jumlah modal, kerana ini menjamin keuntungan pada percentage tertentu. Fahamkan..
Takrif yang disepakati ulama silam dan kontemporari tentang Mudarabah mutlaqah adalah :
هي التي يفوض فيها رب المال المضارب في أن يدير عمليات المضاربة دون أن يقيده بقيود
Ertinya : « Iaitu satu pelaburan di mana si pelabur ( Rabbul Mal ) menyerahkan kepada pengusaha kebebasan untuk menguruskan urusan perniagaan tanpa diikat dengan sebarang ikatan ». ( Al-Ma'ayir As-Syaiyyah, hlm 239 , termasuk Dr wahbah Az-Zuhayli sebagai panel fatwanya)
‘Mudarabah Mutlaqah' bukanlah sebagaimana di dakwa oleh penulis sambil kononnya merujuk kepada Dr Wahbah Zuhayli. Padahal Dr. Wahbah juga adalah salah seorang ahli Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia yang mengharamkan jaminan pulangan dalam sebarang pelaburan. Inilah satu penyelewengan yang sesat lagi menyesatkan orang ramai kerana ketidakfahaman dalam bahasa Arab. Boleh rujuk kefahaman lebih jelas dalam Fatawa Al-Hayah As-Syariyyah Lil Barakah, halaman 97.
Keismpulan Mudarabah Mutlaqah tiada kaitan dengan jaminan untung. Ia satu kefahaman salah menurut seluruh ulama dunia dan Malaysia.
Ahmad kata lagi
Apakah benar kenyataan Mufti di akhbar Metro SAHAM NERAKA ?
Jawapanya : Kenyataan mufti perlis SAHAM NERAKA di Harian Metro , Ahad 18hb Mac 2007 adalah keterlaluan . Ingin saya nyatakan ." Apakah Mufti Perlis dapat menjamin ia masuk syurga sehingga menyatakan orang lain masuk neraka yang kononya memakan harta riba lebih dahsyat dari memakan daging babi dan khinzir "? Apakah Mufti Perlis bersubahat dengan akhbar Harian Metro yang terkenal dengan propaganda menjatuhkan ekonomi umat Islam .
RESPOND UZAR:
Ini satu lagi menunjukkan ketidakmatangan si penulis, sebutan ‘saham neraka' bukan dari saya mahupun mufti perils mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan, ia adalah dari editor Metro. Mereka yang menggunakan istilah, justeru ia tiada kaitan dengan sesiapa antara kami. Saya rasa, jika si penulis berani dedahkan identitinya, Mufti Perlis boleh menyamannya kerana menuduh mifti perils yang berkata demikian, sedangkan ia tidak demikian.
Ahmad berkata
Apakah Mufti Perlis sudah melihat sendiri tentang pelaburan , mengkaji, pergi ke tempat tersebut, bertanya kepada pemilik atau hanya sekadar mengambil hukum berdasarkan skrin di internet.? atau hanya menguatkan hujah Ustaz Zaharuddin sebagai rakan kongsi semasa di Jordan ?
Respond UZAR
Ini lagi satu ketidakmatangan si penulis , yang menyelweng dari tajuk. Bila pula saya jadi rakan kongsi Mufti Pelris di Jordan sedangkan Dr Asri berada di Jordan sekitar tahun 1988-1994 dan saya hanya berada di Jordan ketika membuat Masters pada tahun 2001 - 2004 , bagaimana kami boleh jadi rakan kongsi sedangkan dalam waktu berlainan ? Hujjah yang amat memalukan.
Sekarang Ahmad Syukri mungkin sudah kelam kabut kerana Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkannya. terpaksalah selepas ini mendakwa saya rakan kongsi semua ahli Majlis Fatwa Kebangsaan pula agaknya. Wallahu ‘alam.
Sekian
UZAR
23 April 2007
Post a Comment