DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Thursday, April 19, 2007

NASIHAT KEPADA KITA

Memang kecoh diperkatakan tentang scam online investment di media massa serta pengumuman oleh pihak berkuasa.

Anda sememangnya perlu berhati-hati apabila ingin melibatkan diri di dlm pelaburan internet ini. Sejak akhir2 ini pelaburan secara online menjadi demam baru kepada sedara muslim kita..

Sebenarnya pelaburan internet ini telahpun lama berada dipasaran, semenjak e-gold diperkenalkan dm pasaran dlm sekitar 1996.

Bagi yg sudah lama berkecimpung dlm pelaburan serupa ini, mereka sebenarnya sudah faham tentang risiko yg perlu ditanggung, kerugian pada modal pelaburan adalah perkara biasa kepada mereka. Namun isu tentang risiko ini nampaknya akhir2 ini tidak difahami bg newbies (org baru) yg melibatkan diri dlm online investment ini.

Peluang di depan mata serta perasaan tamak yg ada di dalam diri sebenarnya yg membawa kepada masalah yg lebih besar. Anda sebenarnya perlu lebih bijak untuk mengenali keaslian pelaburan yg sebenar ataupun sekurang-kurangnya dapat mengenali mana satukah pelaburan yg mempunyai unsur-unsur penipuan. Jangan secara mudah untuk mempercayai apa sahaja yg diceritakan tentang Program Pelaburan yg diajukan kepada anda.

Di dalam rekod2 yg boleh didapati drp website yg memberikan laporan tentang internet scam, terdapat beribu program pelaburan yg telahpun tutup dan memperdayakan hampir berpluh ribu pelaburnya.

Masalah kepada manusia adalah, lebih suka mengikut emosi dan nafsu, cuba berpijak di bumi yg nyata, gunakan fakta serta sejarah untuk membuat pertimbangan serta keputusan. Sebagai contohnya sekiranya diajukan soalan kepada umum, antara Harimau dan Kentang Goreng (makanan Segera) yg manakah yg anda lebih takut, saya pasti ramai yg mengatakan mereka lebih takutkan Harimau, tapi sekiranya kita mengikut fakta serta sejarah, berapa ramaikah manusia yg mati dibaham harimau, sudah pasti kurang sekiranya dibandingkan dengan jumlah penduduk dunia yg mati akibat daripada memakan kentang goreng (yg mengandungi kandungan kolesterol tinggi) yg membawa kepada penyakit Jantung. Statistik menunjukkan setiap hari akan ada yg mati akibat daripada penyakit jantung . Jadi gunakan fakta jangan janji-janji kosong.

Terdapat banyak kaedah untuk mengenal pasti tentang ketulinan sesuatu skim palaburan, Bukan semua skim pelaburan internet yg SCAM. Jgn lihat kepada berapa banyak pulangan yg dijanjikan oleh Skim Pelaburan itu, tapi perlu dikaji adakah skim palaburan itu mampu membayar kembali sebagai mana yg dijanjikan. Cuba buat analisa anda sendiri, maklumat hanya di hujung jari anda.

Semakin besar pulangan yg dijanjikan maka semakin besar sebenarnya beban yg ditangung oleh Syarikat pelaburan itu kepada pelaburnya.

Uruskan kewangan anda secara bijak, tidak ada jalan pintas untuk mencipta kekayaan.

Promoter2 yg membuat promosi sesuatu skim pelaburan sebenarnya adalah orang/pihak yg menyebabkan ramai yg melabur tanpa memahami tentang risiko serta keadaan yg sebenarnya. Jadi awas jangan mudah percaya kepada kata-kata mereka. Promoter2 ini sebenarnya hanya mengambil kesempatan daripada affiliate benefit yg ditawarkan oleh Skim pelaburan itu.

Jadilah pengguna yg bijak, laburkan hanya sejumlah wang yg anda mampu hilang, jgn sampai buat personal loan, bergolok bergadai dan jangan sesekali berhenti kerja. Pelaburan adalah platform dimana wang bekerja untuk anda bukan anda tidak perlu bekerja.

Sekiranya anda telah melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, sekiranya kerugian jangan salah kan sesiapa, kerana anda sendiri yg sebenarnya telahpun bersetuju menanggung risiko kehilangan wang.

Akhir kata, semoga berjaya, bagi yg gagal kuatkan semangat, cari jalan terbaik untuk kembali kelandasan kejayaan, jangan buang masa untuk mempersoalkan tentang nasib buruk anda.

Peganglah kata-kata ini "NEVER,NEVER,NEVER,NEVER,NEVER GIVE UP" insyallah anda akan berjaya.

Bertemu kita di puncak kejayaan

1 comment:

kulats said...

"Matlamat tidak menghalalkan cara". Siapakah kita untuk mempertikaikan keputusan majlis Fatwa ?
Yang haram tetap haram.....itu jelas.

Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI