Walaupun ada pandangan dan fatwa yang mengatakan bahawa faedah bank itu harus, tetapi pandangan dan fatwa ini tidak popular di negara ini.
Di antara ulama yang berkata begitu ialah Syeikh al-Azhar sekarang Dr. Mohamed Sayed Tantawi, bekas Syeikh al-Azhar Syeikh Mahmud Shaltut,Syeikh Rashid Redha dan Syeikh Muhammad Abduh.
Mungkin di antara sebab orang kita tidak dapat menerima pandangan dan fatwa yang menganggap faedah bank itu harus kerana mereka dididik supaya berpegang dengan satu pandangan dan tidak boleh berbeza.
Di bawah ini petikan rencana mengenai faedah bank yang dianggap harus oleh ramai ulama yang pernah disiarkan dalam Mingguan Malaysia keluaran 4/11/2002. Kita bincang secara rasional, nyatakan apa yang kita setuju dan tidak setuju dengan menyebut hujah-hujah yang dipercayai relevan dan kuat.
Insya-Allah kita akan kemukakan banyak lagi pandangan ulama tentang perkara ini. Bacalah dan berfikirlah.
Ada berpendapat bahawa nilai matawang sekarang dengan masa yang akan datang adalah tidak sama sebaliknya juga nilai wang di masa lepas.
”INSTITUSI agama tertinggi di Mesir, Universiti Al-Azhar bercadang untuk mengeluarkan fatwa rasmi mengharuskan pengambilan faedah bank yang dipanggil dengan istilah baru, pulangan (al-aai’d), bukan lagi faedah kerana istilah itu lebih difahami sebagai riba atau bunga menurut istilah perbankan yang diguna pakai pada hari ini.
Fatwa berani Al-Azhar ini dijangka ditentang oleh banyak pihak sama ada di dalam mahupun di luar Mesir. Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa banyak juga pihak yang menyokong fatwa Al-Azhar itu.
Ini kerana faedah bank itu sendiri sebenarnya merupakan masalah hilafiah yang menyebabkan perbezaan pandangan di kalangan ulama sejak bank-bank mula diperkenalkan kepada umat Islam.
Malah apa yang dianggap riba dan bukan riba itu juga menjadi tajuk perbezaan pandangan para ulama sejak beratus-ratus tahun.
Ini kerana ayat-ayat al-Quran yang memperuntukkan pengharaman riba itu tergolong daripada ayat-ayat terakhir yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w., iaitu ayat-ayat yang memutuskan hukuman terhadap orang yang makan atau mengambil riba.
Tetapi Rasulullah tidak sempat melaksanakan peruntukan hukum yang mengandungi ayat-ayat berkenaan dengan memberi contoh di alam nyata secara lebih sempurna seperti dengan peruntukan-peruntukan hukum yang lain.
Al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya menceritakan bahawa ayat-ayat riba tergolong daripada ayat-ayat al-Quran terakhir yang diturunkan. (Al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, juz 1, muka surat 152).
Hal demikian menjadi masalah dan kemusykilan bukan sedikit kepada ulama. Dengan itu Ibn Kathir dalam kitab tafsirnya berkata, bab riba merupakan bab yang paling bermusykil bagi ramai ulama. (Tafsir Ibn Kathir, juz 1, muka 328).
Itulah antara punca yang menyebabkan berlaku perbezaan pandangan ulama terdahulu mengenai riba dan seterusnya berlaku pada zaman ini mengenai faedah bank.
Sesetengah ulama berkata riba itu haram secara mutlak. Sesetengah yang lain berpendapat, ada riba yang halal seperti memberi lebihan wang kepada orang yang meminjamkan wang kepada kita sebagai hadiah atau sedekah.
Mengenai faedah bank pula ada yang mengatakan ia merupakan bunga yang haram seperti pendapat ramai ulama zaman ini termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi.
Tetapi ada pula yang berkata faedah bank itu halal, tetapi bukan secara mutlak seperti Syeikh Al-Azhar Syeikh Dr. Mohammed Sayed Tantawi dan ulama-ulama sebelum beliau seperti bekas Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Shaltut, Syeikh Rashid Redha, Syeikh Mohammad Abduh dan lain-lain.
Kembali kepada fatwa terbaru Al-Azhar, badan penyelidikan akademik Al-Azhar, Majma al-Buhuth al-Islamiah yang mengadakan perjumpaan pada 31 Oktober lalu memutuskan bahawa faedah bank adalah halal dan Al-Azhar akan mengeluarkan fatwa rasmi mengenainya tidak lama lagi.
Perjumpaan yang dipengerusikan oleh Dr. Tantawi itu dihadiri oleh Menteri Wakaf Mesir Dr. Mahmoud Hamdi Zaqzouq, Rektor Universiti Al-Azhar Dr. Omar Hashim, Mufti Rumah Fatwa Mesir, Dr. Ahmad al-Taiyyeb, Syeikh Mohammed al-Rawi, bekas Rektor Al-Azhar, Dr. Abdel Fattah al-Syeikh, Dr. Badr al-Meniyawi, Dr. Abdel Muti Baiyumi, Dr. Abdel Rahma Al-Adawi, Dr. Mohammad Rafat Othman, Dr. Sofi Abu Taleb, Dr. Taha Abu Krisha, Dr. Mohammed Ibrahim al-Faiyumi, Dr. Ragab al-Baiyumi dan Dr. Hassan Zaki Abbas.
Dua daripada ahli Majma al-Buhuth al-Islamiah [Persidangan Kajian Islam] iaitu Dr. al-Syeikh dan Dr. Othman menentang fatwa menghalalkan faedah bank itu.
Bagaimanapun, Dr. al-Syeikh tidak menentang sepenuhnya fatwa berkenaan kerana pada dasarnya beliau bersetuju dengannya, tetapi tidak bersetuju menghalalkannya secara mutlak kerana beliau menganggap transaksi kewangan berbeza daripada satu bank dengan bank yang lain.
Beliau menuntut dinilai setiap transaksi kewangan sesetiap bank itu secara objektif di mana jika ia tidak bercanggah dengan hukum Islam, diharuskan dan jika sebaliknya, diharamkan.
Beliau berkata, melaburkan wang dalam bank itu harus kerana bank tersebut dianggap menjadi wakil pelabur, tetapi bank tidak melaburkan wang yang diamanah kepadanya itu untuk projek-projek yang bercanggah dengan hukum Islam seperti mendirikan kilang arak, ladang pemeliharaan babi dan perkara-perkara haram yang lain.
Pandangan Dr. al-Syeikh ini sebenarnya tidak begitu berbeza dengan pandangan lama Dr. Tantawi ketika beliau masih menjadi mufti Rumah Fatwa Mesir [Darul Ifta`] pada tahun 1980-an dan 1990-an. Ini kerana Dr. Tantawi juga berpendapat bahawa hanya bank-bank nasional yang faedahnya dianggap halal.
Sedangkan bank-bank yang dimiliki oleh orang luar terutama
Yahudi dianggap haram.
Ahli Majma al-Buhuth al-Islamiah kedua yang menentang fatwa menghalalkan faedah bank iaitu Dr. Mohammed Ra’fat Othman pula menolak fatwa tersebut secara mutlak.
Ini kerana beliau menganggap faedah bank dalam semua bentuk adalah haram belaka walaupun diandaikan ia bukan riba kerana mudarabahnya dianggap tidak sah.
Mudarabah bermaksud kongsi untung rugi (profit-loss-sharing) dalam pelaburan atau perniagaan. Menurut pandangan fiqh yang dipegang oleh Dr. Othman ini, pelaburan atau perniagaan itu mesti ada unsur untung dan rugi atau berisiko baru boleh dianggap sah dari segi hukum.
Dr. Tantawi dan majoriti ahli Majma al-Buhuth al-Islamiah tidak berpegang pada pandangan fiqh itu, sebaliknya mereka mengikut pandangan fiqh yang lain, yang memperuntukkan bahawa pelabur atau penyimpan wang dalam bank untuk pelaburan berhak memperoleh jaminan bahawa pelaburannya selamat dan pulangannya terjamin.
Menurutnya, tidak berlaku penganiayaan jika berlaku sesuatu terhadap bank kerana ia milik negara atau dijamin olehnya.
Dengan itu mereka mengharuskan pelaburan wang dalam bank yang menetapkan kadar pulangan (keuntungan) terlebih dahulu kerana perbuatan itu dianggap sebagai al-wikalah (perwakilan) yang bermaksud bank menjadi wakil kepada pelabur dalam melaburkan wangnya dalam projek-projek pembangunan ekonomi negara.
Pelaburan dalam bank seperti itu tidak dianggap bersubahat dengan riba dan tidak dianggap seseorang itu menindas ke atas orang lain.
Dr. Baiyumi berkata bahawa apa yang diputuskan oleh Majma’ al-Buhuth al-Islamiah ialah dibenarkan melaburkan wang dalam bank yang ditetapkan pulangan terlebih dulu untuk dilaburkan. Ini bererti wang yang dilaburkan dalam bank itu bertujuan untuk pelaburan dan bukan untuk mengambil faedah tanpa pelaburan.
Menurut Dr. Abdel Mu’ti al-Baiyumi, seseorang yang melaburkan wang untuk mendapatkan pulangan dalam bank seperti itu tergolong daripada al-wikalah yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Selain itu ia menetapkan pulangan juga dapat memberi perlindungan kepada penyimpan atau pelabur dan ia tidak dianggap riba kerana perkara itu berlaku antara kerajaan (bank-bank kerajaan atau bank-bank jaminannya) dan
rakyat.
Fatwa Majma’ al-Buhuth itu dianggap bercanggah dengan keputusan persidangan Majma’ al-Buhuth al-Islamiah kedua yang diadakan di Kaherah pada tahun 1965.
Persidangan yang dihadiri 35 buah negara itu memutuskan secara konsensus bahawa faedah bank dalam segala bentuk dianggap haram berdasarkan nas-nas yang muktamad daripada al-Quran dan sunah.
Malah ia juga dianggap bercanggah dengan keputusan persidangan kedua Majlis Perhimpunan Fiqh Islam (Majlis Majma’ al-Fiqh al-Islami) yang diadakan di Jeddah pada 22-28 Disember 1985.
Perhimpunan Fiqh Islam adalah salah satu pertubuhan dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Begitu juga dengan ketetapan persidangan Majlis Fiqh Islam yang diadakan di Mekah pada 23-30 Mac 1989.
Perlu diterangkan bahawa semua keputusan persidangan tersebut dibuat berdasarkan pandangan fiqh yang dipegang oleh Dr. Othman seperti yang disebut di atas. Ia tidak sama sekali berdasarkan nas-nas yang muktamad seperti didakwa.
Dr. Yusuf al-Qaradawi dan ramai ulama lain di dunia Arab turut berpegang dengan pandangan fiqh yang sama.
Malah jika kita merujuk kepada perdebatan antara dua golongan yang berpegang dengan pandangan fiqh berbeza ini didapati bahawa Dr. al-Qaradawi adalah penentang Dr. Tantawi. Dr. Tantawi ketika itu belum lagi dilantik menjadi Syeikh Al-Azhar, tetapi beliau telah pun menjadi mufti Rumah Fatwa Mesir.
Penulis pernah membincangkan mengenai perdebatan antara dua ulama besar Mesir itu dalam tulisan-tulisan yang lalu. Jadi tidak perlu diulang perbincangan di sini sekali lagi.
Pokoknya ketika itu ramai yang menyokong Dr. al-Qaradawi termasuk bekas Syeikh Al-Azhar, al-Marhum Syeikh Gadul Had Ali Gadul Haq.
Ulama-ulama dalam Majma al-Buhuth al-Islamiah yang terlibat dalam mengeluarkan fatwa menghalalkan faedah bank di atas walaupun ada yang dikenali menyokong Dr. Tantawi ketika itu, tetapi semuanya berdiam diri kerana tidak dapat melawan arus.
Tetapi selepas lebih 15 tahun baru mereka berani muncul bersama Dr. Tantawi dan menyediakan fatwa yang mungkin sedikit masa nanti menjadi kecoh di seluruh dunia Islam.
Selain itu Dr. al-Qaradawi sendiri semakin kurang menyerang Dr. Tantawi selepas Dr. Tantawi dilantik menjadi Syeikh Al-Azhar pada pertengahan tahun 1990-an.
Malah Dr. al-Qaradawi juga semakin kurang membincangkan tentang faedah bank selepas beliau turut mengkritik apa yang dipanggil bank Islam atau bank muamalat.
Penubuhan cawangan muamalat di bank-bank konvensional yang menggunakan konsep riba juga dikritik oleh beliau.” Petikan Mingguan Malaysia keluaran 24/11/2002.
Kajian penulis diteruskan lagi tentang hukum menyimpan wang di bank konvensional telah seringkali dibahas dan hingga kini belum ada kata sepakat / ijmak.
Tahun 1976 di Mesir diadakan diskusi yang sangat berwibawa dipimpin oleh Syekh Muhammad Faraj As-sanhuri dan dihadiri oleh 14 ulama yang sangat terkemuka.
Lima mewakili Mazhab Hanafi, empat mewakili Mazhab Maliki, tiga Mazhab Syafi’i, dan seorang bermazhab Hanbali. Di akhir diskusi tersebut, empat ulama mengharamkan, sembilan membolehkan dan seorang belum dapat memberi
putusan.
Selanjutnya Mufti Mesir yang kini Syekh Al-Azhar Sayyid Muhammad Thanthawi, cenderung membolehkan menyimpan wang di bank konvensional dalam berbagai bentuknya walau dengan penentuan bunga terlebih dahulu.
Menurutnya, di samping penentuan tersebut menghalangi adanya perselisihan atau penipuan di kemudian hari, juga karena penentuan bunga dilakukan setelah perhitungan yang teliti, dan terlaksana antara nasabah dengan bank atas dasar kerelaan mereka.
Perbankan menjadi salah satu aset utama dari pembangunan ekonomi secara khusus dan pembangunan nasional secara umum, yang manfaatnya kembali kepada seluruh masyarakat.
Pada 27 Ramadhan 1423 H/2 Desember 2002 M,
Majma al-Buhust al-Islamiyah salah satu badan tertinggi al-Azhar,mengadakan forum membahas soal bank konvensional yang dipimpin oleh Syeikh
Al-Azhar.
Forum itu memutuskan: “Mereka yang bertransaksi dengan atau bank-bank konvensional dan menyerahkan harta dan tabungan mereka kepada bank agar menjadi wakil mereka dalam melaburkannya dalam berbagai kegiatan
yang dibenarkan, dengan imbalan keuntungan yang diberikan kepada mereka serta ditetapkan terlebih dahulu pada waktu-waktu yang disepakati bersama
orang-orang yang bertransaksi dengannya atas harta-harta itu, maka transaksi dalam bentuk ini adalah halal tanpa syubhat (kesamaran), kerana tidak ada teks keagamaan di dalam Alquran atau dari Sunnah Nabi yang
melarang transaksi di mana ditetapkan keuntungan atau bunga terlebih dahulu, selama kedua belah pihak rela dengan bentuk transaksi tersebut.”
(Maknanya pelaburan yg ditetapkan % keuntungan spt fixed deposit dll)
Penentuan laba (bunga) bagi investor di awal akad, menurut beliau, tak menyalahi syariat, selama dilakukan atas prinsip redha. “Sejak saat ini, berurusan dengan bank konvensional atau bank Islam, hukumnya sama saja, tidak ada bedanya. Kerana bunga bank itu hukumnya halal, halal dan halal”,
ujar Tantawi.
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta di antara kamu dengan jalan yang batil. Tetapi (hendaklah) dengan perniagaan yang berdasar kerelaan di antara kamu. (QS. an-Nisa’: 29).
Dikemukakan juga dalam fatwa tersebut bahwa boleh jadi ada yang berkata: Bank-bank tersebut mungkin mengalami kerugian, maka bagaimana mereka menetapkan keuntungan terlebih dahulu bagi investor?
Jawabannya:
“Kalau bank itu rugi dalam satu transaksi, dia dapat memperoleh keuntungan dalam banyak transaksi lainnya. Dengan demikian keuntungan ini dapat menutupi kerugian itu.
Di samping itu, dalam keadaan rugi boleh saja persoalan dikembalikan kepada mahkamah. Kesimpulannya, penetapan keuntungan terlebih dahulu (spt 5% sebulan, 20% sebulan atau 30% setahun dll) bagi mereka yang menyimpan
harta mereka melalui bank-bank atau selain bank adalah halal dan tanpa syubhat dalam transaksi itu.
Ini termasuk dalam persoalan “Al-Mashalih Al-Mursalah” , bukannya termasuk persoalan aqidah atau ibadat-ibadat yang tidak boleh dilakukan atas perubahan atau penggantian.
Tetapi, tentu saja ada ulama yang tidak bersetuju. Agaknya kita dapat berkata bahwa Bank-bank Syariah yang melaksanakan kegiatannya antara lain dalam bentuk mudharabah dan lain-lain, dapat dipastikan sejalan dengan
tuntunan agama.
Namun demikian, bank konvensional tidak dapat dipastikan keharamannya, bahkan dia pun boleh jadi halal. Ini terbukti dengan fatwa yang dikeluarkan oleh lembaga yang sangat berwibawa itu.
Memperoleh gaji/honorarium dari bank-bank tersebut dapat dibenarkan, bahkan walaupun bank-bank konvensional itu melakukan transaksi riba.
Bekerja dan mendapat gaji di sanapun masih dapat dibenarkan, selama bank tersebut mempunyai aktiviti lain yang sifatnya halal. Begitu fatwa Mufti Mesir yang lalu, Syekh Jad al-Haq.
Aneka pendapat ulama bersumber dari Alquran dan Sunnah. Kedua sumber ajaran Islam itu, dapat kepelbagaian pendapat tersebut. Itu salah satu keistimewaan Islam.
Alquran diibaratkan Rasul dengan Hidangan Ilahi. Memang
semakin kaya seseorang semakin beraneka ragam pula hidangannya. Kita dipersilakan memilih apa yang terhidang, sesuai dengan selera dan kemaslahatannya.
Riba disepakati keharamannya, tetapi tidak disepakati
apakah maknanya. Hal ini telah disedari sejak masa sahabat Nabi SAW -Kerana ayat riba termasuk salah satu ayat yang terakhir turun. Sayyidina Umar RA berkata, “Rasul SAW wafat sebelum menjelaskannya, maka tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan
kamu”.
Pendapat yg mengharamkan lahir dari sikap kehati-hatian, atau yang dilukiskan oleh ucapan Sayyidina Umar RA diatas.
Kerana itu jika ingin berhati-hati, maka ikutilah pendapat MUI itu. Sedang pendapat pemimpin tertinggi Al-Azhar Mesir, Syeikh Thanthawy, Syeikh Jad al-Haq dll yg membenarkan lebih melihat kepada perbezaan antara riba dan bunga bank dan memilih kemudahan untuk umat.