DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Monday, March 31, 2008

SURAT BUAT SAHABAT

Apakah Engkau Sudah Faham Erti Perjuangan?

Ingatan Untuk Sahabat

Pergilah sahabat semua, teruskan perjuangan kita, agar Islam dapat
bangun dan bangkit semula. Sahabat , dalam menyusuri jalan perjuangan,
jangan lupa memandang di belakang sejarah yang sering mengingatkan kita
jerih perit para pejuang terdahulu, untuk kita jadikan pedoman dan
pengajaran, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak mudah, jalan menuju
syurga itu penuh kepahitan yang tidak kita impi-impikan untuk
melaluinya.

Jalan perjuangan yang kita akan selusuri itu banyak benar denai duri
yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu
mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh.
Sebab itu sahabat, sudah aku nyatakan berkali-kali, hidup ini perlukan
dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman sepanjang
perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu
manusia yang faham apa erti kehidupan. Sahabat, perjuangan yang kau
tempuhi sebentar lagi akan menyebabkan engkau rasa putus asa, kecewa,
sebak dan sedih yang tidak terkata.

Maka kuatkanlah semangatmu, selalulah panjatkan doa kepadaNya, kita
jadikan malam-malam sebagai taman munajat kepada Tuhan. Dia tidak akan
melupakan kita, Dia akan selalu mendengar rintihan kita dikala manusia
kelu untuk berkata-kata. Dari situ kita suburkan kasih sayang dan cinta
kepada Tuhan.

Sahabat, perjuangan dalam jalan dakwah menuntut pengorbanan jiwa yang
bukan sedikit, ingatlah setiap antara kita sememangnya berkewajipan
untuk meneruskan tugas warisan para anbiya' ini. Kerana cahaya Islam
semakin suram di mata hati umat Islam sendiri. Cuba engkau lihat ada
negara Islam yang bersekongkol dengan negara kafir untuk menyerang
negara Islam sendiri, atas nama tujuan ekonomi. Mereka tidak meletakkan
agama sebagai keutamaan. Cuba engkau lihat di negara Afghanistan pula,
angkatan tentera yang kononya Islam bertakbir Allahu Akbar apabila
berjaya membunuh saudaranya sendiri , umat Islam juga tetapi mereka
sendiri dibantu oleh orang kafir. Islam apa ini namanya ?

Cuba pula engkau lihat kebejatan akhlak di negara kita sendiri, tidak
mustahil jika suatu hari nanti yang engkau nampak adalah adik, abang dan
keluargamu sendiri yang melakukannya. Itukah yang engkau mahu sahabat?
Sedangkan kita telah dibekalkan dengan ilmu oleh para guru yang tidak
kenal erti penat lelah untuk memastikan para pelajarnya keluar sebagai
bukan sahaja orang yang berjaya bahkan juga sebagai da'ie di alam
ini. Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong di
dalam neraka ? sanggupkah engkau lihat ibu ayah kita menangis sepanjang
masa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi
`manusia' yang diinginkan oleh Allah ? dan kemudiannya
mereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebab
engkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur
dan menasihati mereka.

Sebab itu sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam itu semakin
suram, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman
kebesarannya. Para ulama' dibisukan dengan dunia oleh umara'.
Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang
haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja.

Sahabat, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita telah belajar apa erti
kesusahan Rasulullah dalam menyebarkan agama, kita telah merasai
kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga
dapat membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan
semangat jihad yang dibentuk oleh al Quran dan sunnah Rasulullah, di
hati-hati mereka tiada perasaan gentar atau takut selain dari Allah.

Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat "Wahai
orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak
melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan
sesuatu yang kamu tidak melakukannya" Surah As Saff ayat 2-3. Sebab
itu sahabat, dengan nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan
ikhlas aku menyatakannya kerana aku ingin melihat cahaya Islam itu
semakin gemilang, agar Rasulullah mampu tersenyum andainya melihat
sinarnya Islam selepasnya tidak kunjung padam. Moga-moga dengan amal
ikhlasmu ini akan dipandang oleh Allah dan diredhaiNya di dunia dan di
akhirat sana. Insya Allah…

Wednesday, March 19, 2008

Gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Mahathir?

Kiriman Zeme

Gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Anwar sesuatu yang tidak mustahil namun dalam konteks sebagai pemuafakatan ahli UMNO (kerana Anwar masih bukan ahli UMNO). Kiranya gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Mahathir adalah paling bersesuaian untuk memulihkan dan merawat UMNO - Satu gandingan mantap dan berpengalaman dibentuk umpama mewakili suara akar umbi ahli UMNO di bahagian Selatan-Timur-Utara.

Di bahagian Selatan, Muhyiddin boleh memainkan peranan mengukuhkan dan menguatkan lagi keteguhan ahli UMNO, di bahagian Timur pula Tengku Razaleigh menggunakan pengalaman lampau untuk menyatukan dan mengembalikan kepercayaan sokongan ahli UMNO terhadap parti, dan di bahagian Utara Tun Dr Mahathir masih relevan untuk memupuk kembali semangat pemuafakatan dan sayangkan UMNO di kalangan ahli UMNO yang makin pudar.

Sekiranya dari sekarang gandingan kuat ini di bentuk mewakili seluruh suara ahli UMNO Selatan-Timur-Utara, nescaya kita akan melihat sesuatu yang menarik semasa Perhimpunan Agung UMNO 2008 nanti dan UMNO akan kembali menjadi suatu keluarga yang bermuafakat dan mantap.

dipetik dari: kuda-kepang.blogspot.com

Wednesday, March 12, 2008

FAKTA PRU 12

Barisan Nasional hanya memperolehi kira-kira 51 peratus jumlah undi daripada 7.9 juta pengundi yang membuang undi pada 8 Mac lalu..

Namun ia, memperolehi 63 peratus dari jumlah kerusi yang dipertandingkan - 140 daripada 222 kerusi di Parlimen.

Menariknya,
jumlah 49.79 peratus undi yang diterima oleh Barisan Alternatif itu lebih merata di seluruh negara, yang juga bermaksud Barisan Alternatif menerima majoriti undi sebenar di dalam negara ini.
Dan, apabila ditinjau pada kerusi parlimen, BN hanya memperolehi 85 kerusi Parlimen di Semananjung, manakala BA memiliki 80. Hampir 40 peratus kerusi BN adalah di Sabah dan Sarawak - 55 daripada 140.

Calon termuda
ialah dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berumur 26. Beliau mengalahkan penyandang Seri Setia, Seripa Noli Syed Hussin.

Calon tertua
ialah nenek benama Maimun Yusuf, 89, yang bertanding di parlimen Kuala Terengganu . Beliau hilang wang pertaruhannya.

56 calon dari pembangkang dan calon Bebas juga
hilang wang pertaruhan setelah gagal memperoelhi satu perlapan dari jumlah undi yang dikira..

Majoriti undi terbesar
dimenangi oleh calon DAP Teresa Kok menentang BN Carol Chew, dengan 36,492 undi di palimen Seputeh di Kuala Lumpur.

Majorit terkecil
ialah 14 undi yang diteirma oleh calon BN Hamdi Abu Bakar yang mengalahkan Abu Bakar Haji Hussain dari PAS di DUN Pengkalan Baharu di Perak.

Empat orang yang utama di dalam kes pita video Lingam
semuanya berjaya iaiatu : Loh Gwo Burne (who yang merakam pita video), Wee Choo Keong (peguam yang mewakili adik VK Lingam semasa inkuiri) dan R Sivarasa serta Sim Tze Tzin (tersenarai sebagai saksi tetapi tidak dipanggil). Keempat-empat dari PKR.

Calon terramai
ialah dari kerusi DUN Sukau, Sabah, dimana lapan orang calon bertanding , termasuk 5 orang calon Bebas.

Blogger
terkenal Jeff Ooi - yang berkempen secara online dan kutipan derma dilakuka melalui blognya - berjaya di palimen Jelutong untuk DAP.

Blogger lain termasuklah Tony Pua (DAP, Palimen Petaling Jaya Utara ), Elizabeth Wong (PKR, DUN Bukit Lanjan ) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, DUN Seri Setia).

Aktivis masyarakat
Charles Santiago (DAP, isu penswastaan air), Edward Lee (DAP, masyarakat setempat), Elizabeth Wong dan R Sivarasa (PKR, hak asasi manusia).

Tamparan Hebat

Kekalahan komponen BN mengakibat beberapa kekosongan di dalam pelbagai kementerian, dan memaksa satu penyusunan kabinet dilakukan..

Menteri

S Samy Vellu (Menteri Kerja Raya)
Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan)
Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar)

Timbalan Menteri

Chia Kwang Chye (Kementerian Penerangan)
G Palanivel (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Tan Chai Ho (Kementerian Dalam Negeri)
V Veerasingam (Kementerian Perdagangan dan Hal Ehawal Pengguna)
S Sothinathan (Kementerian Sumber Asli dan Persekitaran)
Donald Lim (Kementerian Pelancongan)
Fu Ah Kiow (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri)
M Kayveas (Jabatan Perdana Menteri)

Setiausaha Parlimen

Chew Mei Fun (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
P Komala Devi (Kementerian Pelajaran)
Lee Kah Choon (Kementerian Kesihatan)
Ng Lip Yong (Kementerian Industri Tanaman dan Komiditi)
S Vigneswaran (Kementerian Belia dan Sukan)
Rahman Ibrahim (Kementerian Dalam Negeri)
Dr Mohd Ruddin Ab Ghani (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar) - tidak dicalonkan
Yew Teong Look (Kementerian Wilayah Persekutuan)
Seluruh pasukan dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kalah di dalam pilihanraya. .

Kesemua pemimpin tertinggi MIC kalah - Presiden, Timbalan Presiden, dua Naib-Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda.


Pemangku Presiden
Gerakan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon kecundang, Beliau tewas kepada bekas pensyarah, Dr P. Ramasamy daripada DAP.

Daripada 12 kerusi Parlimen, Gerakan hanya menang kerusi Gerik dan Simpang Renggam, selain memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis (Johor), Bukit Batu (Johor) dan Derga (Kedah).

Parti itu bertanding di 31 kerusi DUN dan tumpas kesemua kerusi di Pulau Pinang, tempat ia bertapak.


Saturday, March 8, 2008

AGONG JANGAN PERKENAN PAKLAH JADI PM

Harap Agong tak perkenan beliau jadi PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar mengosongkan kerusi Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan serta merta dan tidak lagi layak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ini kerana prestasi BN dalam PRU12 - BN hanya beroleh majoriti mudah di peringkat Parlimen dan kehilangan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, di samping Kelantan yang gagal di tawan semula sejak 1990 - adalah akibat kepimpinan beliau yang pincang, lemah dan amat ditolak oleh rakyat jelata.

Para penganalisis politik tanah air di beberapa rangkaian TV tempatan yang memberikan ulasan selari kepada keputusan PRU12 seolah-olah tercari-cari apakah sebab utama kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum kali ini.

Menerusi analisa saya berasaskan komen-komen rakyat jelata yang diluahkan menerusi media internet sejak setahun yang lalu, punca utama BN era Abdullah kalah teruk adalah kepincangan Abdullah kepimpinan Abdullah, kedolak-dalikan kenyataan dan keputusan Abdullah, perilaku menantu Abdullah yang manipulatif dan umpama kadok naik junjung, dan juga persepsi umum bahawa Malaysia kini seolah-olah sudah digadaikan kedaulatannya kepada sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Pada waktu yang sama, sejak kira-kira enam bulan yang lalu pula, beberapa kenyataan dan keputusan Abdullah kelihatannya seperti menjadikan orang Melayu tidak lagi relevan kepada usaha BN mempertahankan kuasanya menerusi pilihan raya umum.

Lantaran itulah wujud double standard dalam layanan era Abdullah terhadap kelompok Melayu yang berdemonstrasi di Batu Buruk, Terengganu, dengan kelompok Hindraf yang dituduh sebagai melakukan percubaan membunuh anggota polis sewaktu menunjuk perasaan di Kuala Lumpur.

Seluruh hakikat di atas banyak dipolemikkan menerusi internet. Seluruh hakikat di atas juga menyebabkan segolongan orang Melayu jadi terhiris hati dan terguris jiwa. Tetapi, Abdullah tidak ambil peduli. Akibatnya, hari ini, sindrom penafian Abdullah itu pun dimanifestasikan oleh rakyat jelata menerusi keputusan PRU12.

Oleh itu, Abdullah wajar mengosongkan kerusi Pengerusi BN dengan seberapa segera. Oleh itu juga, Abdullah tidak lagi wajar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Keputusan PRU12 membuktikan bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap Abdullah untuk memimpin dan mentadbirkan negara ini.

Antara sebab-sebab utama mengapa Abdullah perlu mengosongkan kerusi kepimpinan BN dan tidak layak dilantik sebagai Perdana Menteri adalah seperti berikut:

Satu: Kerajaan BN pimpinan Abdullah kehilangan empat kerajaan negeri di samping Kelantan.

Dua: BN Pulau Pinang pimpinan Abdullah kehilangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tiga: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyaksikan lima menteri kabinetnya (termasuk dua presiden parti komponen BN) tewas dalam PRU12.

Empat: Kerajaan BN pimpinan Abdullah gagal menunaikan janjinya untuk mengurangkan kadar rasuah dan kronisme.

Lima: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menimbulkan persepsi umum bahawa ekonomi Malaysia hari ini seolah-olah sedang diasak oleh sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Enam: Kerajaan BN pimpinan Abdullah mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang menimbulkan persepsi umum bahawa Malaysia sedang digadaikan kedaulatannya kepada sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Tujuh: Malaysia pimpinan Abdullah yang menjadi pengerusi OIC dan NAM kelihatan tidak memberikan perjuangan yang berkesan di pelantar antarabangsa.

Lapan: Kerajaan BN pimpinan Abdullah seolah-olah di kuasai sepenuhnya oleh menantu Abdullah dan kroni-kroninya sehingga menyebabkan kekecewaan rakyat jelata yang paling maksima.

Sembilan: Kerajaan BN pimpinan Abdullah tidak mempunyai sensitiviti terhadap modal asing tertentu dalam perniagaan strategik negara dan juga seolah-olah tidak membuka peluang perniagaan kepada bumiputera.

Sepuluh: Kerajaan BN pimpinan Abdullah kelihatan mengambil for granted sokongan Melayu terhadap BN walaupun jiwa orang Melayu diguris dan dihiris oleh beberapa kenyataan dan tindakan Abdullah sendiri.

Sebelas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menggula-gulakan rakyat jelata dengan projek-projek koridor mega yang trillion ringgit kosnya semata-mata untuk menutup kesilapan besar akibat pelancaran WPI.

Dua belas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyebabkan kesangsaraan rakyat akibat kenaikan harga barang-barang keperluan dan kos sara hidup yang seolah-olah gagal dikawal.

Tiga belas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyaksikan peningkatan kadar jenayah dan menjadikan titik permulaan kekuasaan kumpulan penjenayah asing berleluasa di Malaysia.

Demikianlah di antara kepincangan dan ketempangan kepimpinan Abdullah. Perkara-perkara di atas sudah disuarakan secara meluas menerusi media alternatif. Tetapi, Abdullah dan sindrom penafiannya tidak mengambil hirau. Ini kerana Abdullah hanya mahu mendengar nasihat kumpulan pegawainya di Aras Empat JPM sahaja.

Kini nasi sudah menjadi bubur. Abdullah tidak mampu memperbaiki keadaan. Beliau wajar mengundurkan diri secara terhormat, bermaruah dan dengan segera. Ini akan membolehkan Malaysia yang dikuasai dengan hanya majoriti mudah di Parlimen, ditadbir oleh pihak yang lebih cekap, lebih sensitif kepada tuntutan rakyat jelata dan lebih prihatin terhadap pemeliharaan kedaulatan negara pada setiap masa. (kuda-kepang.blogspot.com)

Wednesday, March 5, 2008

PEMIMPIN KEBENARAN -Wakil Tuhan Di Muka Bumi

"Mereka bertanggungjwab kepada masyarakat untuk berkhidmat, memberi kasih sayang, memimpin, mendidik, mengajar, mengelola, menyelesaikan masalah mereka, membangun kemajuan masyarakat dan negara."
Untuk mengisi era kebangkitan Islam di alaf baru ini, perlu dijelaskan kepada masyarakat Islam tentang sejarah, pemikiran dan peribadi pemimpin-pemimpin kebenaran sepanjang zaman.
Sebab kebangkitan Islam sedang terjadi, menuju puncak kegemilangannya yang sudah sangat dekat. Umpama azan dan iqamah.
Kebangkitan Islam berlangsung membawa perubahan dari segala an berunsur jahiliah kepada cara hidup Islam. namun kebangkitan Islam tidak akan sempurna dan berjaya tanpa hadirnya pemimpin yang benar-benar mengamalkan, mengajarkan dan menegakkan hukum-hukum Tuhan, Pencipta, Pemilik dan Pengatur alam semesta.
Pemimpin adalah contoh dan lambang bagi masyarakat yang dipimpinnya. baik pemimpin, baiklah yang dipimpinnya. Jahat pemimpin, jahatlah yang dipimpinnya. Rasul SAW bersabda, terjemahannya:
"2 golongan dari umatku, apabila mereka baik, baiklah manusia dan apabila mereka rosak, rosaklah manusia. Itulah dia para pemimpin dan ahli fiqh. (ulama) "
(Riwayat Ibnu Abdul Barr dan Abu Naim)
Hari ini umat Islam mengenali pemimpin mereka sebagai orang atasan yang antara mereka hampir-hampir mustahil untuk bertemu mesra. Dalam mimpi pun tidak dapat pergi ke rumah pemimpin, apalagi secara jaga.

Kekayaan dan kemewahan pemimpin tiada tara . Pakaian,makanan dan fasiliti hidup pemimpin sangat jauh bezanya dari apa yang rakyat peroleh.
Pendek kata terdapat jurang pemisah yang sangat dalam yang memisahkan pemimpin dengan rakyat. Hampir-hampit tidak ada kaitan apa pun antara pemimpin dengan rakyat yang dipimpinnya.
Kalaupun ada hanyalah atas urusan rasmi, pemimpin di atas pentas dan rakyat di bawah. Dalam kesempatan seperti ini pemimpin akan menyampaikan pidato-pidatonya yang sangat rasmi untuk menaikkan semangat rakyat atau pengikutnya.
Pemimpin akan membuat janji-janji manis untuk menarik simpati rakyat kepadanya. Disamping itu diselitkan unsur-unsur ancaman yang membuat rakyat berasa takut kalau tidak taat kepadanya.
Setelah selesai berpidato, mereka berpisah, saling melupakan dan saling tidak mengenal antara satu sama lain.

Begitulah bentuk kepimpinan dalam dunia jahiliah. Ia lebih merupakan satu jawatan yang menjadikan seseorang itu terpisah dari masyarakatnya untuk menjalani hidup yang mewah dan senang.
Dalam Islam, pemimpin adalah khadam kepada umat. Sabda nabi SAW yang ertinya:-
"Pemimpin sesuatu kaum itu ialah orang yang berkhidmat kepada mereka." (Riwayat Al Hakim)
Menjadi pemimpin ertinya menjadi orang yang berkhidmat kepada rakyatnya kerana Tuhan. Mereka seolah-olah menjadi ayah kepada anak-anak atau menjadi guru kepada murid.
Ertinya menjadi pemimpin bukan memegang jawatan besar dan bergaji besar, tetapi memikul tanggungjawab yang berat. Seorang ayah tidak pernah kenyang sebelum anaknya kenyang.
Seorang guru tidak pernah membiarkan muridnya menghadapi masalahnya sendiri. Begitulah semestinya sikap seorang pemimpin. Dia tidak berlebih-lebihan sehingga pengikutnya terbiar dalam kekurangan. Dia tidak akan bersenang-senang, sementara ada pengikutnya dalam kesusahan.
Pemimpin ialah Khalifah Allah, pengganti Allah di muka bumi. Allah
yang melantik dan menaikkannya. Ia bertanggungjawab untuk menjalankan dasar dan tujuan pemerintahan yang Allah tentukan. kesemuanya termaktub di dalam Al Quran dan Sunnah.
Sebagai wakil Allah. Pemimpin-pemimpin itu adalah orang yang kenal Allah, faham mkehendak-kehendak- Nya, tahu tentang kerajaan Allah, faham dasar dan tujuan pemerintahan yang Allah tentukan, faham hukum-hakam yang datang dari Allah dan tahu melaksanakannya. Sewaktu melantik mereka, Allah seolah-olah berkata begini:
" Bumi ini Aku yang punya. manusia-manusia itu hamba-hambaKU. Aku mahu bumi ini dan hamba-hambaKu itu dikelola, diurus, dididik dan dipimpin dan dimajukan dengan sebaik-baiknya.
Untuk itu, Aku melantik kamu menjadi wakilKu untuk menjalankan kerja-kerja pemerintahan seperti yang Aku telah tunjukkan dalam Al Quran dan Sunnah nabiKu."
Mereka bertanggungjawab terhadap masyarakat untuk menjalankan kerja-
kerja yang Allah perintahkan. yakni berkhidmat memberi kasih sayang
kepada rakyat, memimpin, mendidik, mengajar, mengelola, menghurus,
menyelesaikan masalah mereka, membangun kemajuan masyarakat dan
negara.
Allah mahu semua hamba-hambaNya dipimpin dan diurus dengan baik agar
semuanya mendapat pelayanan dan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat
dari Allah SWT di dunia ini. Untuk itu, segala harta benda dan
khazanah-khazanah perbendaharaan negara diserahkan ke tangan mereka.

Supaya senang dibahagi-bahagikan dengan adil dan menyediakan keperluan masyarakat dan negara. Hingga negara berada dalam keadaan aman, makmur dan mendapat keampunan Tuhan.
Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI