DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Tuesday, September 16, 2008

Anwar: Lebih 31 MP BN sertai Pakatan

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan lebih daripada 31 ahli parlimen Barisan Nasional telah menyertai Pakatan Rakyat dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa.

Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar yang penuh sesak di pejabat PKR di Tropicana pada jam 2 petang tadi.
Beliau bagaimanapun tidak mendedah sebarang nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan.

anwar ibrahim pakatan rakyat september 16 annoucement pc 160908 05"Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap Barisan tidak menguatkuasa undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli parlimen pergi ke Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli parlimen (kerajaan) atau menghalang mereka daripada menyertai Pakatan Rakyat," katanya.

Kerana itulah, tegas mantan timbalan perdana menteri itu, pihaknya mengambil pilihan yang lembut.

"Saya bukan mahu memberi alasan. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita boleh dan bersedia untuk melakukannya. Jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya," katanya.

Semalam, Pakatan Pakatan yang diketuai Anwar telah menghantar surat kepada Abdullah semalam untuk mengadakan pertemuan.
Anwar berkata, mereka memberi masa kepada perdana menteri untuk berbincang dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menerima kehendak rakyat.

"Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok," katanya sambil menambah bahawa Abdullah kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.

"Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak," katanya.

Pakatan mempunyai 81 daripada 222 kerusi parlimen. Anwar berusaha supaya ahli-ahli parlimen BN melompat menyertai Pakatan untuk mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat.

"Ia mungkin berlaku beberapa hari lagi (peralihan kuasa dalam kerajaan)," katanya.

Menurut Anwar, pertemuan telah tertunda beberapa hari untuk memberi ruang kepada perdana menteri menyelesaikan beberapa perkara.

"Jika perdana menteri menolak sekarang, kita akan memberi sedikit ruang kerana beliau ada masalah parti, kita beri ruang untuk kepentingan nasional," katanya.

Anwar berkata, dalam keadaan sekarang, perdana menteri tidak perlu risau untuk mengadakan rundingan.

Katanya, tindakan mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Teresa Kok adalah untuk menyekat perubahan rakyat.

"Saya minta kerajaan tidak halang termasuk mengadakan sekatan jalan raya dan sekatan-sekatan lain untuk bergerak ke Parlimen dalam tempoh ketika yang ditetapkan.

"Sebaik selesai mesyuarat dengan perdana menteri, kita akan patuh perlembagaan termasuk mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan ," katanya.

Ketika ditanya mengapa enggan memberikan nama-nama ahli parlimen BN yang menteri Pakatan, Anwar berkata, jika nama tersebut diberikan, mereka akan ditahan serta merta.

Beliau berkata, nama-nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan akan diberikan dalam pertemuan dengan perdana menteri.

"Saya sudah mempunyai jumlah yang cukup, untuk mendapatkan tandatangan mereka bukan satu masalah," katanya.

Anwar berkata, ramai orang tidak percaya, sama dengan yang mereka kata mustahil Pakatan menang di Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

Katanya, seperti mereka kata mustahil, beliau boleh menambah majoriti di Permatang Pauh.

Thursday, August 21, 2008

Ceramah BN: Ribuan Kerusi Tapi Hanya 50 Yang Hadir !!


Sememangnya telah dijangkakan bahawa ceramah anjuran UMNO/BN tidak diterima oleh rakyat Permatang Pauh. Bukan sahaja tidak diterima oleh penyokong PKR malahan juga ahli UMNO sendiri. Majoriti daripada mereka sudah mulai "muak" dan "jelek" dengan kenyataan lapuk pemimpin UMNO Karat ini. Apa tidaknya, akibat kehabisan modal mereka terpaksa menjaja cerita lama semasa Anwar berada dalam kerajaan dulu. Cerita mengenai rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya kini mula dicanangkan bagi menagih simpati rakyat. Mereka terpaksa menggunakan isu ini setelah mendapati rakyat Permatang Pauh menolak secara bulat-bulat isu "Liwat Hadhari" yang sedang dijaja sekarang ini. Rakyat makin tidak percaya dan "menyampah" dengan "konspirasi" terbaru puak-puak yang bercita-cita untuk menjatuhkan serta menghalang kemaraan Anwar ke parlimen itu. Kehadiran rakyat ke ceramah BN jelas sekali amat menggusarkan mereka. Ini membayangkan yang pengaruh Anwar sememangnya terlalu kuat di Permatang Pauh, biarpun apa jua alasan yang diberikan oleh mereka. Terbaru semalam, ceramah BN yang dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam Zahid Hamidi hambar. Hanya sekitar 50 orang sahaja didapati hadir, itu pun termasuk dengan pihak urusetia. Jika tidak, mungkin tidak sampai pun 20 orang. Ceramah yang sepatutnya diadakan secara langsung menerusi RTM itu terpaksa dibatalkan siarannya disaat akhir kerana mungkin mereka malu melihat keadaan itu. Jika disiarkan juga, sudah pasti rakyat seluruh negara dapat melihat senario ini. Zahid yang dikenali sebagai menteri "samseng" apabila sanggup membelasah seorang pemuda yang "bercinta' dengan anaknya dulu seolah-olah terpaku melihat sambutan tersebut. Barulah beliau tahu "langit tinggi atau rendah" terkena penangan Anwar. Beliau yang diketahui "orang Anwar", kini memihak kepada UMNO setelah di"brainwash" oleh pihak polis semasa ditahan ISA diawal penangkapan Anwar dulu. Semangat juangnya luntur bersama "sisa-sisa noda" dalam dirinya itu. Maka itulah kini, beliau boleh berbangga kerana diberi tempat dan kedudukan yang istimewa sebagai menteri dalam kabinet Pak Lah. Ceramah yang diadakan di Padang Sekolah Menengah Penanti itu hanya menyaksikan kerusi, khemah, lampu serta kelip-kelip malam untuk mendengarnya. Kesihan kita melihat Zahid, beliau mungkin terlalu kecewa melihat perkara ini. Ceramahnya yang tidak mendapat sambutan itu jelas membuktikan bahawa rakyat Permatang Pauh kni sudah bijak menilai kebenaran. Pembaziran berlaku sewenangnya di tapak ceramah, dengan lampu limpah, kipas, khemah yang dilengkapi dengan hiasan masih gagal mendapat sambutan. Bukan ceramah itu sahaja, malahan dimana-mana kini sememangnya ceramah UMNO/BN tidak mendapat sambutan. Ia jauh sekali berbeza denngan ceramah pemimpin Pakatan Rakyat, yang dihadiri ribuan rakyat dan segenap ceruk kampung. Tidak disediakan kerusi dan khemah, mereka tetap datang berduyun-duyun bagi memberi sokongan terhadap Anwar. Semoga dengan ini akan terbuktilah kepada kita bahawa, Permatang Pauh sememangnya kubu kuat "Anwar Ibrahim N Familys"

dipetik dari: cucumatkilau.blogdrive

Thursday, July 17, 2008

AJK MCA diura-ura sertai PKR

Ahli jawatankuasa pusat MCA Dr Tan Yee Kew meninggalkan MCA dan bakal mencetuskan kegemparan baru apabila bekas setiuasaha parlimen ini diura-urakan akan menyertai PKR.

Dalam sidang media mengumumkan keputusannya keluar parti hari ini, Dr Tan berkata "PKR satu pilihan yang baik" apabila diminta mengulas ura-ura itu.

Bagaimanapun beliau akan mengumumkan parti baru yang bakal disertainya tidak lama lagi.

"Bibit sistem dua parti telah ditunjukkan di negara ini pada 8 Mac... Saya yakin masanya telah tiba satu perubahan politik dalam negara kita," katanya.

Mengulas usahanya menyokong sistem dua parti - antara BN dan Pakatan - yang sedang terbentuk selepas pilihanraya umum Mac lalu, beliau berkata:

"Sama ada sistem dua parti akan tenggelam akarnya di bumi Malaysia, sekaranglah ketikanya membuat keputusan.

"Sebagai seorang individu, kekuatan saya terhad. Bagaimanapun, jika dalam masa perubahan politik yang kritikal, saya boleh memberi sedikit bantuan, tidak kira bagaimana remehnya nanti, ia masih satu langkah yang bernilai diambil."

Dr Tan, bekas timbalan ketua Wanita MCA, diura-urakan akan dilantik pengerusi Majlis Perbandaran Klang jika menyertai Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataan di sidang media di Klang, beliau menyatakan MCA gagal memperjuangkan nasib kaum Cina dan BN sendiri tidak mampu mengatasi pelbagai masalah rasuah, diskriminasi kaum, salah guna kuasa dan jurang kaya-miskin yang semakin meluas.

"MCA terpaksa berhempas-pulas untuk mempertahankan kepentingan kaum, tetapi kadangkala berakhir dengan menyerah dan kompromi," kata Dr Tan.

Beliau juga melahirkan rasa kecewanya dengan persaingan puak dalam MCA dan desakan pembaharuan yang gagal dilaksanakan oleh barisan pemimpin parti.

"Dalam parti, amalan berpuak-puak telah menyebabkan pertelingkahan dalaman dan membiarkan amalan-amalan yang tidak baik seperti wujudnya ahli hantu.

"Pendedahan kebanyakan isu parti sejauh ini tidak diatasi secara adil dan saksama.

"Saya cuba memperjuangkan untuk pembaharuan tetapi kecewa melihat perjuangan parti yang bermula atas nama demokrasi dan reformasi, berakhir hanya dengan pertukaran kepimpinan dan peralihan kuasa, tetapi perubahan telah tidak dilaksanakan dengan jujurnya," kata bekas setiausaha parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Monday, July 7, 2008

Aksi Lucah: Hishamuddin Rais Wajar Di Ambil Tindakan !!

Aksi Lucah: Hishamuddin Rais Wajar Di Ambil Tindakan !! Maka "gemparlah" diseluruh negara perihal insiden aksi lucah dalam persembahan hiburan semasa berlangsungnya "Himpunan Satu Juta Rakyat Protes Harga Minyak" semalam. Ramai yang marah dan sedih melihat apa yang berlaku ini. Biarpun ianya mungkin satu kontroversi yang dicetuskan untuk meraih "publisiti murahan", namun insiden ini jelas sekali bisa menghilangkan keyakinan dan perpaduan Pakatan Rakyat itu sendiri. Keghairahan Carb Alak penyanyi utama kumpulan rock "underground" Carburetor Dung jelas sekali telah mengundang padah, malahan juga telah menjatuhkan dan mencemarkan imej penganjur program berkenaan. Kekecewaan dan kehampaan sebenarnya jelas terbayang dihati rakyat walau dimana mereka berada sekarang. Sungguh memalukan, soalnya siapakah yang memberi izin kepada Hishamuddin Rais untuk membenarkan muzik "underground" ditontonkan kepada mereka yang hadir pada hari itu. Cucu yang sempat mendengar dan menyaksikan persembahan itu berpendapat, ternyata ianya amat bertentangan dengan nilai budaya ketimuran dan ketamadunan sesuatu bangsa itu, Tambahan pula ia dipersembahan dalam satu program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, iaitu sebuah "kerajaan menanti" yang sering mengkritik program-program hiburan seperti ini. Lihat sahaja di Selangor, undangan terhadap Mas Idayau dan Ella untuk menghiburkan peminat bolasepak di Shah Alam juga turut dikecam oleh Pemuda PAS. Mungkin kerana aksi "ghairah" Mas Idayu yang terkenal sebagai "Ratu Gelek" dan Ella "Ratu Rock" itu. Namun apa yang berlaku di Stadium MBPJ, Kelana Jaya hari itu ternyata adalah satu penghinaan yang melampau terhadap prinsip itu tadi. Menurut Saudara Azwan dan rakan-rakan aktivis keadilan Pahang (Lipis) yang sempat ditemui selepas program tersebut berkata,"Kami amat kecewa melihat apa yang berlaku. Hishamuddin harus menerima hukuman dan balasan atas kedgilan beliau yang meneruskan acara itu biarpun sebelum ini sudah berjanji kepada Pemuda PAS Pusat untuk membatalkan acara hiburan yang melampau berkenaan. Tidak masuk akal, program yang bertujuan untuk menyatakan tanda protes minyak kepada kerajaan itu disajikan dengan unusr hiburan seperti itu. Perbuatan Hishamuddin bukan sahaja mejatuhkan imej Pakatan Rakyat malahan menyebabkan ruang terbuka untuk pihak kerajaan mengkritik program itu secara terbuka di media-media massa. Saya dan rakan-rakan juga amat dukacita melihat senario ini. Bukan sahaja rakyat marah dengan apa yang berlaku. Malahan lebih dasyat lagi, ianya telah menghina rakan-rakan seperjuangan daripada parti PAS yang turut sama membantu program berkenaan. Sebagai "Orang Tua", Hishamuddin harus sedar bahawa bukan semua orang boleh mnerima unsur hiburan seperti itu. Amat malang sekali pihak penganjur melantik beliau sebagai pengurus acara untuk p rogram berkenaan. Justeru itu, kami berharapa agar Hishamuddin Rais diberi amaran dan tindakan tegas oleh pihak pihak atasan, kerana beliau telah mencemarkan dan merosakkan imej serta maruah Pakatan Rakyat gara-gara insiden tersebut. Jika diberi muka, pasti perkara seperti ini akan beliau ulangi lagi pada masa-masa yang akan datang" Katanya. Sebenarnya, ramai lagi aktivis Pakatan Rakyat yang marah dengan tindakan Hishamuddin Rais ini. Beliau seolah-olah tidak sedar diri, dimana beliau berada lantaran itu mengundang kumpulan muzik "underground" seperti itu untuk membuat persembahan dihadapan rakyat yang terdiri dari kalangan tok imam, ulamak, ustaz, ustazah, tok guru dan sebagainya. Cucu sempat terserempak dengan Hishamuddin Rais ketika beliau makan di sebuah Restoran Mamak berhampiran Hotel Hilton, Petaling Jaya selepas program malam itu. Sungguh mengecewakan, Hishamuddin seolah-olah takut dan tidak mahu melayan langsung persoalan dan pertanyaan yang ingin Cucu kemukakan tentang perkara ini. Mungkin bila beliau memberi sedikit ruang dan menceritakan kejadian sebenar kenapa berlakunya insiden itu, ia dapai menghuraikan sedikit kekalutan. Namun, sikap Hishamuddin yang "sombong" dan tidak mahu melayan persoalan yang Cucu kemukakan itu jelas sekali mencerminkan imej serta kerektor dirinya itu. Jelas sekali, biarpun dalam usianya sebegitu, beliau masih belum puas untuk berkecimpung dalam industri hiburan yang boleh merosakkan jiwa remaja dan manusia itu.

dipetik dari: cucumatkilau.blogdrive.com

Tuesday, July 1, 2008

TERKINI! Himpunan Rakyat Bersama Anwar Di Shah Alam !



Himpunan rakyat, bagi mendengar ucapan dan amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Melawati Shah Alam bermual sekitar jam 9.00 malam tadi telah mendapat sambutan luar biasa. Program yang mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor itu telah berjaya menarik perhatian orang ramai terutamanya rakyat yang dahagakan maklumat dan informasi terkini tentang "Isu Liwat" Anwar. Bermula dengan ucapan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Saudara Samsul Iskandar kemudian diikuti dengan Peguam Anwar R.Sivarasa dan Johari Abdul (Ahli Parlimen Sg.Petani). Ramai wartawan dari berbagai media massa turut hadir untuk mendengar amanat Anwar tentang isu yang sedang hangat diperkatakan ini. Turut hadir malam ini ramai pemimpin kanan Pakatan Rakyat baik dari PKR, PAS dan DAP.

Sementara itu petang tadi Anwar dikatakan telah menfailkan satu laporan polir yang terbaru terhadap personaliti ternama negara iaitu Peguam Negara, Ghani Patail dan juga Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Berdasarkan maklumat yang diterima oleh Anwar telah diketahui oleh pihak terbabit yang menyebabkan mereka begitu marah kepada Anwar. 1998, siasatan terhadap Anwar oleh Rahim Noor adalah perancangan daripada Ghani Patail, Musa Hassan dan seorang doktor telah melakukan kesalahan memalsukan keterangan dengan tujuan untuk menjejaskan Anwar pada ketika itu. Selepas Anwar buat laporan polis 27 September 1998, siasatan dimulakan teteapi selepas beberapa bulan bahawa siasatan itu tidak dapat kenal pasti siapa yang memukul Anwar. Kemudian suruhanjaya ditubuhkan akhirnya mengetahui siapakah yang menyerang Anwar iaitu Rahim Noor. Maklumat terbaru yang diterima, sebenarnya siasatan yang dilakukan oleh pihak polis telah juga mengenalpasti individu yang terlibat memukul Anwar ialah Ketua Polis Negara sendiri iaitu Rahim Noor. Ini bermakna ketika itu juga Peguam Mokhtar Abdullah, Musa Hassan dan Ghani Patail telah melakukakan kesalahan kerana merahsiakan maklumat tersebut serta melakukan pembohongan terancang.

Laporan perubatan, laporan kecederaan tersebut dikelirukan kononnya kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri, walhal ianya adalah dilakukan oleh Rahim Noor. Pihak polis Shah Alam kabarnya telah menerima laporan tersebut dan berjanji akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus. Anwar mengatakan siasatan kes itu perlu dibuka dan rakyat perlu tahu apakah yang berlaku kepada kes tersebut. Ini bermakna Musa Hassan dan Ghani Patail telah berbohong kepada rakyat dan mereka perlu dibicarakan serta di hukum. Bezanya dari tahun 1998, kini Anwar boleh melakukan apa sahaja yang terbaik untuk kes terbaru ini. Jika dulu beliau ditangkap, dipukul dann disimpan di Sg.Buloh selama 6 tahun. Keselamatan Anwar kini terancam setelah kes ini dibongkar menurut kata peguam Anwar. Kes ini pastinya amat menggempar kerana ramai peguam akan turut mempertahankan Anwar sekiranya ia dibawa ke mahkamah.Umum masih ingat bahawa Pada 20 September 1998, Anwar telah ditangkap, ditahan, diheret, dihumban, dibawa ke lokap Bukit Aman dan dipukul dalam penjara. Kemudian Rahim Noor mengatakan kononnya "Anwar selamat". . Namun, rakyat tahu semua itu adalah bohong semata-mata.

Sementara itu menurut Azmin Ali pula berkata bahawa pada minggu ini parti sebenarnya telah memutuskan kerusi parlimen mana yang akan menjadi tempat untuk Anwar bertanding. Justeru itu katanya kerajaan sememangnya amat gusar jika ini berlaku. Bahkan kerajaan juga tahu bahawa empat orang ahli parlimen BN akan berhijrah meninggalkan zaman jahiliahnya untuk bersama Pakatan Rakyat. Maka itulah kes liwat ini dijadikan penyebab untuk menghalang Anwar. Apa yang dilakukan oleh mereka sekarang adalah skrip lama untuk menghalang Anwar masuk ke parlimen. Pak Lah harus ingat jika rakyat boleh bangkit menentang Mahathir maka beliau harus tahu, jika beliau bersubahat maka beliau juga akan menerima nasib.

Media massa mengatakan gambar Saiful di pejabat TPM dirakamkan 3 bulan lalu, dengan alasan untuk memohon biasiswa. Apa yang hairan, Saiful sudah tiga bulan berkerja di pejabat Anwar mengapa pula beliau mahu memohon biasiswa? Ini yang amat menghairankan sebenarnya. Ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena, bahkan dipercayai si Saiful hanya mendapat CGPA 1.6 sahaja. Ini bermakna beliau bukanlah tergolong dalam pelajar yang pintar dan boleh dilantik sebagai Majlid Perwakilan Pelajar sesebuah universiti itu. Pengalaman Cucu masa belajar di IPT dulu, seseorang itu hanya layak menjadi Exco dalam Majlis Perwakilan Pelajar dengan syarat mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.0 ke atas. Ini bermakna jika Saiful menjadi exco juga, berkemungkinan besar beliau menggunakan campur tangan pihak atasan. Maka itulah akhirnya beliau terpilih sebab beliau melobi Menteri Pengajian Tinggi (foto bersama Mustapha Mohamad) ketika itu agaknya.

Sekitar jam 10.45 malam Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba. Kehadiran Anwar di Stadium Melawati malam tadi sungguh gamat dan meriah sekali. Rakyat yang sudah membanjiri stadium sejak jam 8 malam mula merasa bahangnya setelah Anwar melangkah masuk. Anwar dihormati sebagai seorang "Wira Negara" yang terulung. Lagu "Negaraku" dan "Keadilan" bergema dengan penuh semangat sekali. Dalam ucapannya Anwar sekali lagi menafikan segala tuduhan yang dibuat oleh Pembantu Khasnya itu. Beliau juga menyeru rakyat terus berjuang demi menegakkan keadilan. Katanya lagi jika Anwar tiada, pasti akan lahir ramai lagi perjuang yang akan membela dan mempertahankan nasib rakyat. Sepatutnya 8 Mac lalu, kuasa sudah berada ditangan Pakatan Rakyat. Namun, dek kerana kelicikan pihak berkenaan dengan berbagai taktik dan tipu helah maka akhirnya BN masih berkuasa sehingga ke hari ini.

Anwar turut bersedih kerana, BN terus rakus merompak wang rakyat dan mendera rakyat. Dengan kenaikan harga minyak dan sebagainya, telah menyebabkan ramai rakyat semakin menderita dan sengsara. Maka itu rakyat memang ketagih dan dahagakan perubahan untuk kebajikan mereka. Beliau juga sekali lagi berjanji seandainya Pakatan Rakyat dapat mengambil alih tampuk kuasa, maka keesokan harinya beliau akan menurunkan harga minyak sebagai hadiah paling berharga untuk rakyat. Inilah jaminannya sejak musim pilihanraya lagi. Janji inilah kini, yang senantiasa ditagih oleh rakyat, dimana sahaja beliau pergi pasti rakyat tertanya-tanya bilakah Pakatan Rakyat akan ke Putrajaya.

Dalam pada itu, rakyat yang hadir ternanti-nanti akan rahsia besar laporan polis Anwar terhadap Musa Hassan dan Ghani Patail. Dua individu ini sememangnya bakal berhadapan dengan masalah besar apabila mereka melakukan pembohongan ke atas pemeriksaan Anwar semasa dalam tahanan pihak polis. Anwar membuat laporan di Balai Polis Shah Alam pada petang itu. Dalam pada itu, Anwar juga mendedahkan apa yang berlaku ke atas dirinya sememag telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk menjatuhkan serta menghancurkan karier politiknya yang semakin menuju ke puncak. Berbagai tipu helah akan dilakukan untuk menghalang Anwar ke Putrajaya. Sekali lagi beliau menegaskan kes itu berlaku apabila maklumat tentang pengumuman Anwar mengenai kawasan yang akan beliau tandingi dalam pilihanraya kecil bakal diumumkan pada minggu ini. Beliau sambil itu tidak memaklumkan kawasan yang akan dikosongkan itu bagi menggelakkan pihak kerajaan melakukan tipu helah awal untuk menghancurkan Anwar sekiranya bertanding nanti. Beliau mengakui sudah menetapkan kawasan yang mana semua saluran peti undinya dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Kawasan tersebut akan diumumkan kemudian memandangkan kes yang sedang dihadapinya itu.

Berkenaan dengan kemasukan ahli parlimen BN ke Pakatan Rakyat pula, sememangnya telah ada empat orang ahli parlimen yang akan berbuat demikian termasuk dua daripada parti UMNO sendiri. Namun, beliau tidak mahu mengumumkannya malam tadi demi menjaga keselamatan pihak berkenaan dari diganggu oleh pihak kerajaan pimpinan Pak Lah. Gangguan kemungkinan dalam bentuk wang ringgit ataupun sebaliknya. Beliau menyatakan akan mengumumkan berita tersebut dalam masa terdekat untuk menjaga kepentingan semua pihak. Atas alasan inilah yang menyebabkan "kes liwat" dikeluarkan secara tergesa-gesa dengan berbagai keraguan yang munasabah. Beliau seterusnya berjanji akan "lawan tetap lawan", apatah lagi kini kes liwatnya berlaku ketiak beliau bebas untuk bersuara. Jika pada tahun 1998 dulu, beliau dipenjara dan diperlakukan sedemikian rupa, maka kini beliau pasti individu yang merencanakan kes ini pasti baga "cacing kepanasan".

Rakyat yang hadir sedikit kecewa kerana Anwar tidak membuat pengumuman tentang kemasukan ahli parlimen BN ke PKR dan kerusi parlimen yang bakal dikosongkan. Namun, sebaliknya rakyat yang memenuhi stadium malam tadi gembira kerana dapat melihat Anwar yang begitu ceria, serius dan terkadang nampak geram tatkala membicarakan isu "liwat" yang dibuat oleh Pembantu Khasnya itu. Sesungguhnya malam tadi adalah satu detik bersejarah buat seorang negarawan ulung seperti Anwar Ibrahim. Apa yang pasti katanya "kes liwat" yang berlaku sekarang bakal mempercepatkan lagi proses perubahan yang bakal berlaku. Beliau juga amat terharu dengan sokongan rakyat yang hadir pada malam itu biarpun ramai yang hanya mengetahui program itu menerusi internet. Beliau juga berharap semoga rakyat terus bersabar dan menanti masa dan ketikanya Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.

Dipetik dari: cucumatkilau.blogdrive.com

Monday, April 21, 2008

KRISIS UMNO

Walaupun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti itu Disember depan, beliau dijangka akan menghadapi laluan yang amat sukar.

Suara-suara yang bangkit menentang kepimpinannya sudah menjalar dalam Umno hingga ke seluruh negara dari Perlis ke Johor hingga ke Sabah.

'Mood' ahli-ahli Umno terhadap kepimpinannya sudah tiada. Mereka menyampaikan mesej secara terbuka bahawa mereka tidak mahu Abdullah menerajui parti.

Begitu juga untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, walaupun sebelum ini Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan hasratnya bertanding bergantung kepada kehendak akar umbi.

Maka akar umbi dalam Umno hari ini secara jelas bukan sahaja menolak Abdullah, malah meletakkan 'kesalahan besar' yang mempengaruhi kepimpinannya kepada Khairy.

Walaupun Abdullah beberapa kali menafikan apa yang disifatkan 'gangguan' Khairy terhadap keputusannya, dalam parti dan kerajaan, akar umbi Umno tetap tidak menerima mereka berdua.

Maka barangkali sudah sampai masanya kepada Khairy untuk tidak perlu lagi memikirkan masa depan politik beliau. Fikirlah soal perniagaan atau menyambung pelajaran atau sebagainya. Masa depan politiknya sudah gelap.

Mesej yang disampaikan cukup jelas kedua-dua mertua dan menantu ini, tidak lagi diperlukan dalam Umno.

Usaha Mahathir menyingkirkan Abdullah

Perjuangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dan mengecam kepimpinan Abdullah bermula April 2006 dalam satu majlis di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, selepas dua tahun, kini baru difahami orang-orang Umno.

Ketika itu segala pandangan Mahathir tidak laku. Isu jambatan, isu proton, isu penjualan MV Agusta, isu AP, isu ECM Libra, isu jual pasir dan isu menggadaikan negara kepada Singapura, yang dikaitkan dengan kegagalan kepimpinan Abdullah, dipandang sepi oleh orang-orang Umno.

Mahathir dalam suatu ucapan di Kota Bharu selepas itu, menyerang Abdullah, dengan mengkritik secara terbuka 'PM circle' yang terdiri daripada Khairy, Kamaludin Abdullah, Kamal Khalid, Kalimullah Masheerul Hassan, Brendan Pereira (bekas Pengarang NST).

Mahathir secara terbuka ketika itu, meminta Abdullah berundur dan menyerahkan kepimpinan negara dan parti kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kerana bagi Mahathir, apa yang dibuat Abdullah dan orang-orangnya di Tingkat 4 JPM dan di NST, bukan sahaja 'menjual' negara kepada Singapura, bukan sahaja merosakkan perjalanan kerajaan, malah melingkupkan Umno.

Sebaliknya Mahathir digelar pengacau, media massa digunakan untuk membelasahnya. Khairy menggelarkannya sebagai 'beruk-beruk yang menggoyangkan pokok (Umno)'.

Kemuncak tekanan dikenakan ke atas Mahathir ialah, apabila beliau disekat daripada memenangi pemilihan perwakilan kumpulan G7 dari Bahagian Kubang Pasu, termasuk dengan membeli undi.

Kes ini timbul dengan pengakuan para perwakilan cawangan Umno yang disogok RM200 seorang. Kes ini dikatakan disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno, tetapi sehingga kini tiada tindakan susulan.

Mahathir keseorangan, seluruh kepimpinan Umno dan kerajaan termasuk Najib, teguh di belakang Abdullah.

Mahathir ketika itu sudah dianggap 'history'. Banyak gesaan dari pemimpin Umno yang menyuruhnya bersara diam-diam tanpa perlu mengacau Abdullah dan Umno.

Malah tidak kurang yang melabelkan bekas PM yang berusia 82 tahun itu sebagai sudah nyanyuk.

Tetapi kini orang-orang Umno baru hendak memahami teguran Mahathir. Malangnya mereka hanya faham betapa seriusnya teguran Mahathir, apabila rakyat menjatuhkan hukuman terhadap Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac lepas.

Mahathirlah orang yang pertama membuat gesaan supaya Abdullah menerima tanggungjawab meletakkan jawatan pada 9 Mac lepas, selepas BN kehilangan lima negeri.

Gesaan Mahathir disusuli dengan surat anaknya Dato' Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun kepada Abdullah, menggesa beliau berundur.

Protes dalaman Umno disusuli dengan surat Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang mengesa Umno mengadakan mesyuarat agung khas, bagi membincang masa depan parti itu yang berada di ambang kemusnahan.

Abdullah tetap enggan berundur

Kini, suara Mahathir, Mukhriz, Razaleigh dan lain-lain individu diulangi secara tegas dan terbuka oleh orang-orang Umno di seluruh negara.

Pertemuan yang diadakan di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Perak, jelas menunjukkan akar umbi Umno mahukan Abdullah meletakkan jawatan.

Cuma pertemuan pemimpin Umno dengan Umno Selangor dikatakan tidak sehangat negeri-negeri lain kerana Pengerusi Perhubungannya, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib sudah memberikan 'briefing' terlebih awal, melarang wakil-wakil bahagian menghentam Abdullah atau menggesa beliau berundur.

Walaupun usaha menyekat perwakilan mengkritik Abdullah dilakukan, ia tidak mampu menghalang 'tsunami' politik berlaku dalam Umno.

Bagi orang-orang Umno, jika Abdullah tidak mahu didesak meletakkan jawatan, Abdullah mesti mengemukakan pelan pengunduran atau transisi kuasa kepada Timbalannya, sebagaimana yang dilakukan Mahathir kepada beliau.

Mereka mahu Abdullah menyatakan tarikh pengundurannya. Abdullah tidak memberikan sebarang respon terhadap desakan mereka.

Abdullah berkata beliau tidak pekak dan mendengar semua kritikan itu. Namun bagi Abdullah, beliau berhak mempertahankan jawatannya Disember depan, kerana beliau mahu memperbaiki Umno sebelum menyerahkannya kepada orang lain.

Tetapi bagi anggota Umno di akar umbi, lagi lambat Abdullah menyerahkan kuasa, usia Umno untuk musnah semakin hampir.

Tidak ada jalan lain bagi mereka, jika Abdullah enggan berundur, maka Abdullah harus dijatuhkan.

Siapa bakal Presiden Umno?

Bagi orang-orang Umno, Najib memang merupakan calon yang terbaik bagi mereka untuk menggantikan Abdullah. Tetapi jika Abdullah menang besar dalam pemilihan Presiden, belum tentu kuasa itu akan diserahkan kepada Najib.

Najib sememangnya diketahui tidak akan menentang Abdullah. Walaupun orang-orangnya bangkit di seluruh negara, menggesa beliau menentang Abdullah, Najib tidak memberikan sebarang respon.

Maka jika Najib tidak berani untuk bertanding menentang Abdullah, siapa lagi di kalangan pemimpin tertinggi Umno yang berani?

Seorang lagi, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak akhir-akhir ini semakin vokal mengkritik Abdullah.

Bagi Muhyiddin, jika Abdullah tidak menentukan bila transisi kuasa akan dibuat, menjelang Jun ini (mesyuarat cawangan dan bahagian bermula), ada 'sesuatu' yang akan berlaku. 'Sesuatu' yang disebut beliau tidak dijelaskan secara terperinci.

Bagi penganalisis politik, walaupun ada kalangan Umno negeri yang menamakan beliau sebagai Timbalan kepada Najib, dalam politik, semuanya belum tentu. Tambahan pula, beliau tidak dilihat sebagai mewakili kumpulan Najib.

Muhyiddin mungkin sedar, jika Najib dipilih sebagai Presiden, orang nombor dua yang akan dipilih beliau, kemungkinan besar sepupunya sendiri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin kepada Najib, bagaikan Tun Hussein Onn kepada Tun Razak.

Maka, jika Abdullah sudah tidak relevan kepada Umno, Najib tidak boleh dipercayai, apakah Muhyiddin berani bertanding jawatan Presiden?

Penganalisis politik percaya, congak politik itu wujud pada pemikiran Muhyiddin, namun sejauhmana sokongan yang boleh diperolehi, beliau belum dapat memastikannya.

Maka calon terbaik untuk menggantikan Abdullah, terbaik dalam konteks ini, iaitu yang berani mencalonkan diri secara terbuka, ialah Tengku Razaleigh.

Mampukah Umno berubah?

Jika orang-orang Umno mahu mengubah partinya, sesiapa sahaja yang menentang Abdullah harus diberikan undi. Setakat ini hanya Razaleigh yang berani, khabarnya akar umbi Umno di seluruh negara sudah berani mencanangkan nama Razaleigh untuk dicalonkan.

Umno tidak akan berubah jika perwakilan hanya menjatuhkan Abdullah dan Khairy sahaja.

Keseluruhan pemimpin tertingginya termasuk Najib, Muhyiddin, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan sebagainya, turut harus bertanggungjawab.

Masalah besar yang dihadapi Umno sebenarnya tidak harus dilihat semata-mata daripada aspek menukar kepimpinan. Bukan juga soal kembali berkuasa penuh dalam negara.

Masalah sebenarnya yang dihadapi Umno ialah kuasa politik yang dibina kukuh selama lebih 50 tahun semakin pupus.

Justeru Umno hanya akan diterima rakyat jika, ianya kembali kepada landasan sebenar. Kembali kepada perjuangan asalnya. Kembali memperkukuhkan institusi bangsa yang mereka sendiri menghakiskannya.

Buat masa ini, semua pemimpin Umno sudah hilang fokus mereka dalam mentadbir negara, mereka hanya mencongakkan mesyuarat agung parti yang bermula Jun hingga Disember.

Masa lapan bulan selepas pilihan raya sehingga Disember, akan dihabiskan dengan konflik dalaman mereka. Buat masa ini masih belum nampak penyatuan kepimpinan Umno wujud.

Apa pun, sama ada jika Abdullah berjaya kekalkan jawatan, atau Najib menggantikannya, atau mungkin Muhyiddin, atau mungkin Razaleigh menjadi Presiden, belum tentu Umno dapat dipulihkan.

Jika pemimpin Umno tersilap langkah, barangkali juga menjelang PRU ke-13, sama ada tahun 2012 atau 2013 nanti, nama dan sejarah Umno akan tersimpan di dalam muzium.

Sumber: Mohd Rashidi Hassan, HARAKAH DAILY

Wednesday, March 19, 2008

Gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Mahathir?

Kiriman Zeme

Gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Anwar sesuatu yang tidak mustahil namun dalam konteks sebagai pemuafakatan ahli UMNO (kerana Anwar masih bukan ahli UMNO). Kiranya gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Mahathir adalah paling bersesuaian untuk memulihkan dan merawat UMNO - Satu gandingan mantap dan berpengalaman dibentuk umpama mewakili suara akar umbi ahli UMNO di bahagian Selatan-Timur-Utara.

Di bahagian Selatan, Muhyiddin boleh memainkan peranan mengukuhkan dan menguatkan lagi keteguhan ahli UMNO, di bahagian Timur pula Tengku Razaleigh menggunakan pengalaman lampau untuk menyatukan dan mengembalikan kepercayaan sokongan ahli UMNO terhadap parti, dan di bahagian Utara Tun Dr Mahathir masih relevan untuk memupuk kembali semangat pemuafakatan dan sayangkan UMNO di kalangan ahli UMNO yang makin pudar.

Sekiranya dari sekarang gandingan kuat ini di bentuk mewakili seluruh suara ahli UMNO Selatan-Timur-Utara, nescaya kita akan melihat sesuatu yang menarik semasa Perhimpunan Agung UMNO 2008 nanti dan UMNO akan kembali menjadi suatu keluarga yang bermuafakat dan mantap.

dipetik dari: kuda-kepang.blogspot.com

Wednesday, March 12, 2008

FAKTA PRU 12

Barisan Nasional hanya memperolehi kira-kira 51 peratus jumlah undi daripada 7.9 juta pengundi yang membuang undi pada 8 Mac lalu..

Namun ia, memperolehi 63 peratus dari jumlah kerusi yang dipertandingkan - 140 daripada 222 kerusi di Parlimen.

Menariknya,
jumlah 49.79 peratus undi yang diterima oleh Barisan Alternatif itu lebih merata di seluruh negara, yang juga bermaksud Barisan Alternatif menerima majoriti undi sebenar di dalam negara ini.
Dan, apabila ditinjau pada kerusi parlimen, BN hanya memperolehi 85 kerusi Parlimen di Semananjung, manakala BA memiliki 80. Hampir 40 peratus kerusi BN adalah di Sabah dan Sarawak - 55 daripada 140.

Calon termuda
ialah dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berumur 26. Beliau mengalahkan penyandang Seri Setia, Seripa Noli Syed Hussin.

Calon tertua
ialah nenek benama Maimun Yusuf, 89, yang bertanding di parlimen Kuala Terengganu . Beliau hilang wang pertaruhannya.

56 calon dari pembangkang dan calon Bebas juga
hilang wang pertaruhan setelah gagal memperoelhi satu perlapan dari jumlah undi yang dikira..

Majoriti undi terbesar
dimenangi oleh calon DAP Teresa Kok menentang BN Carol Chew, dengan 36,492 undi di palimen Seputeh di Kuala Lumpur.

Majorit terkecil
ialah 14 undi yang diteirma oleh calon BN Hamdi Abu Bakar yang mengalahkan Abu Bakar Haji Hussain dari PAS di DUN Pengkalan Baharu di Perak.

Empat orang yang utama di dalam kes pita video Lingam
semuanya berjaya iaiatu : Loh Gwo Burne (who yang merakam pita video), Wee Choo Keong (peguam yang mewakili adik VK Lingam semasa inkuiri) dan R Sivarasa serta Sim Tze Tzin (tersenarai sebagai saksi tetapi tidak dipanggil). Keempat-empat dari PKR.

Calon terramai
ialah dari kerusi DUN Sukau, Sabah, dimana lapan orang calon bertanding , termasuk 5 orang calon Bebas.

Blogger
terkenal Jeff Ooi - yang berkempen secara online dan kutipan derma dilakuka melalui blognya - berjaya di palimen Jelutong untuk DAP.

Blogger lain termasuklah Tony Pua (DAP, Palimen Petaling Jaya Utara ), Elizabeth Wong (PKR, DUN Bukit Lanjan ) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, DUN Seri Setia).

Aktivis masyarakat
Charles Santiago (DAP, isu penswastaan air), Edward Lee (DAP, masyarakat setempat), Elizabeth Wong dan R Sivarasa (PKR, hak asasi manusia).

Tamparan Hebat

Kekalahan komponen BN mengakibat beberapa kekosongan di dalam pelbagai kementerian, dan memaksa satu penyusunan kabinet dilakukan..

Menteri

S Samy Vellu (Menteri Kerja Raya)
Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan)
Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar)

Timbalan Menteri

Chia Kwang Chye (Kementerian Penerangan)
G Palanivel (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Tan Chai Ho (Kementerian Dalam Negeri)
V Veerasingam (Kementerian Perdagangan dan Hal Ehawal Pengguna)
S Sothinathan (Kementerian Sumber Asli dan Persekitaran)
Donald Lim (Kementerian Pelancongan)
Fu Ah Kiow (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri)
M Kayveas (Jabatan Perdana Menteri)

Setiausaha Parlimen

Chew Mei Fun (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
P Komala Devi (Kementerian Pelajaran)
Lee Kah Choon (Kementerian Kesihatan)
Ng Lip Yong (Kementerian Industri Tanaman dan Komiditi)
S Vigneswaran (Kementerian Belia dan Sukan)
Rahman Ibrahim (Kementerian Dalam Negeri)
Dr Mohd Ruddin Ab Ghani (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar) - tidak dicalonkan
Yew Teong Look (Kementerian Wilayah Persekutuan)
Seluruh pasukan dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kalah di dalam pilihanraya. .

Kesemua pemimpin tertinggi MIC kalah - Presiden, Timbalan Presiden, dua Naib-Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda.


Pemangku Presiden
Gerakan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon kecundang, Beliau tewas kepada bekas pensyarah, Dr P. Ramasamy daripada DAP.

Daripada 12 kerusi Parlimen, Gerakan hanya menang kerusi Gerik dan Simpang Renggam, selain memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis (Johor), Bukit Batu (Johor) dan Derga (Kedah).

Parti itu bertanding di 31 kerusi DUN dan tumpas kesemua kerusi di Pulau Pinang, tempat ia bertapak.


Saturday, March 8, 2008

AGONG JANGAN PERKENAN PAKLAH JADI PM

Harap Agong tak perkenan beliau jadi PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi wajar mengosongkan kerusi Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan serta merta dan tidak lagi layak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ini kerana prestasi BN dalam PRU12 - BN hanya beroleh majoriti mudah di peringkat Parlimen dan kehilangan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, di samping Kelantan yang gagal di tawan semula sejak 1990 - adalah akibat kepimpinan beliau yang pincang, lemah dan amat ditolak oleh rakyat jelata.

Para penganalisis politik tanah air di beberapa rangkaian TV tempatan yang memberikan ulasan selari kepada keputusan PRU12 seolah-olah tercari-cari apakah sebab utama kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum kali ini.

Menerusi analisa saya berasaskan komen-komen rakyat jelata yang diluahkan menerusi media internet sejak setahun yang lalu, punca utama BN era Abdullah kalah teruk adalah kepincangan Abdullah kepimpinan Abdullah, kedolak-dalikan kenyataan dan keputusan Abdullah, perilaku menantu Abdullah yang manipulatif dan umpama kadok naik junjung, dan juga persepsi umum bahawa Malaysia kini seolah-olah sudah digadaikan kedaulatannya kepada sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Pada waktu yang sama, sejak kira-kira enam bulan yang lalu pula, beberapa kenyataan dan keputusan Abdullah kelihatannya seperti menjadikan orang Melayu tidak lagi relevan kepada usaha BN mempertahankan kuasanya menerusi pilihan raya umum.

Lantaran itulah wujud double standard dalam layanan era Abdullah terhadap kelompok Melayu yang berdemonstrasi di Batu Buruk, Terengganu, dengan kelompok Hindraf yang dituduh sebagai melakukan percubaan membunuh anggota polis sewaktu menunjuk perasaan di Kuala Lumpur.

Seluruh hakikat di atas banyak dipolemikkan menerusi internet. Seluruh hakikat di atas juga menyebabkan segolongan orang Melayu jadi terhiris hati dan terguris jiwa. Tetapi, Abdullah tidak ambil peduli. Akibatnya, hari ini, sindrom penafian Abdullah itu pun dimanifestasikan oleh rakyat jelata menerusi keputusan PRU12.

Oleh itu, Abdullah wajar mengosongkan kerusi Pengerusi BN dengan seberapa segera. Oleh itu juga, Abdullah tidak lagi wajar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Keputusan PRU12 membuktikan bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap Abdullah untuk memimpin dan mentadbirkan negara ini.

Antara sebab-sebab utama mengapa Abdullah perlu mengosongkan kerusi kepimpinan BN dan tidak layak dilantik sebagai Perdana Menteri adalah seperti berikut:

Satu: Kerajaan BN pimpinan Abdullah kehilangan empat kerajaan negeri di samping Kelantan.

Dua: BN Pulau Pinang pimpinan Abdullah kehilangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tiga: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyaksikan lima menteri kabinetnya (termasuk dua presiden parti komponen BN) tewas dalam PRU12.

Empat: Kerajaan BN pimpinan Abdullah gagal menunaikan janjinya untuk mengurangkan kadar rasuah dan kronisme.

Lima: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menimbulkan persepsi umum bahawa ekonomi Malaysia hari ini seolah-olah sedang diasak oleh sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Enam: Kerajaan BN pimpinan Abdullah mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang menimbulkan persepsi umum bahawa Malaysia sedang digadaikan kedaulatannya kepada sebuah kuasa asing serantau yang tertentu.

Tujuh: Malaysia pimpinan Abdullah yang menjadi pengerusi OIC dan NAM kelihatan tidak memberikan perjuangan yang berkesan di pelantar antarabangsa.

Lapan: Kerajaan BN pimpinan Abdullah seolah-olah di kuasai sepenuhnya oleh menantu Abdullah dan kroni-kroninya sehingga menyebabkan kekecewaan rakyat jelata yang paling maksima.

Sembilan: Kerajaan BN pimpinan Abdullah tidak mempunyai sensitiviti terhadap modal asing tertentu dalam perniagaan strategik negara dan juga seolah-olah tidak membuka peluang perniagaan kepada bumiputera.

Sepuluh: Kerajaan BN pimpinan Abdullah kelihatan mengambil for granted sokongan Melayu terhadap BN walaupun jiwa orang Melayu diguris dan dihiris oleh beberapa kenyataan dan tindakan Abdullah sendiri.

Sebelas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menggula-gulakan rakyat jelata dengan projek-projek koridor mega yang trillion ringgit kosnya semata-mata untuk menutup kesilapan besar akibat pelancaran WPI.

Dua belas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyebabkan kesangsaraan rakyat akibat kenaikan harga barang-barang keperluan dan kos sara hidup yang seolah-olah gagal dikawal.

Tiga belas: Kerajaan BN pimpinan Abdullah menyaksikan peningkatan kadar jenayah dan menjadikan titik permulaan kekuasaan kumpulan penjenayah asing berleluasa di Malaysia.

Demikianlah di antara kepincangan dan ketempangan kepimpinan Abdullah. Perkara-perkara di atas sudah disuarakan secara meluas menerusi media alternatif. Tetapi, Abdullah dan sindrom penafiannya tidak mengambil hirau. Ini kerana Abdullah hanya mahu mendengar nasihat kumpulan pegawainya di Aras Empat JPM sahaja.

Kini nasi sudah menjadi bubur. Abdullah tidak mampu memperbaiki keadaan. Beliau wajar mengundurkan diri secara terhormat, bermaruah dan dengan segera. Ini akan membolehkan Malaysia yang dikuasai dengan hanya majoriti mudah di Parlimen, ditadbir oleh pihak yang lebih cekap, lebih sensitif kepada tuntutan rakyat jelata dan lebih prihatin terhadap pemeliharaan kedaulatan negara pada setiap masa. (kuda-kepang.blogspot.com)

Wednesday, March 5, 2008

PEMIMPIN KEBENARAN -Wakil Tuhan Di Muka Bumi

"Mereka bertanggungjwab kepada masyarakat untuk berkhidmat, memberi kasih sayang, memimpin, mendidik, mengajar, mengelola, menyelesaikan masalah mereka, membangun kemajuan masyarakat dan negara."
Untuk mengisi era kebangkitan Islam di alaf baru ini, perlu dijelaskan kepada masyarakat Islam tentang sejarah, pemikiran dan peribadi pemimpin-pemimpin kebenaran sepanjang zaman.
Sebab kebangkitan Islam sedang terjadi, menuju puncak kegemilangannya yang sudah sangat dekat. Umpama azan dan iqamah.
Kebangkitan Islam berlangsung membawa perubahan dari segala an berunsur jahiliah kepada cara hidup Islam. namun kebangkitan Islam tidak akan sempurna dan berjaya tanpa hadirnya pemimpin yang benar-benar mengamalkan, mengajarkan dan menegakkan hukum-hukum Tuhan, Pencipta, Pemilik dan Pengatur alam semesta.
Pemimpin adalah contoh dan lambang bagi masyarakat yang dipimpinnya. baik pemimpin, baiklah yang dipimpinnya. Jahat pemimpin, jahatlah yang dipimpinnya. Rasul SAW bersabda, terjemahannya:
"2 golongan dari umatku, apabila mereka baik, baiklah manusia dan apabila mereka rosak, rosaklah manusia. Itulah dia para pemimpin dan ahli fiqh. (ulama) "
(Riwayat Ibnu Abdul Barr dan Abu Naim)
Hari ini umat Islam mengenali pemimpin mereka sebagai orang atasan yang antara mereka hampir-hampir mustahil untuk bertemu mesra. Dalam mimpi pun tidak dapat pergi ke rumah pemimpin, apalagi secara jaga.

Kekayaan dan kemewahan pemimpin tiada tara . Pakaian,makanan dan fasiliti hidup pemimpin sangat jauh bezanya dari apa yang rakyat peroleh.
Pendek kata terdapat jurang pemisah yang sangat dalam yang memisahkan pemimpin dengan rakyat. Hampir-hampit tidak ada kaitan apa pun antara pemimpin dengan rakyat yang dipimpinnya.
Kalaupun ada hanyalah atas urusan rasmi, pemimpin di atas pentas dan rakyat di bawah. Dalam kesempatan seperti ini pemimpin akan menyampaikan pidato-pidatonya yang sangat rasmi untuk menaikkan semangat rakyat atau pengikutnya.
Pemimpin akan membuat janji-janji manis untuk menarik simpati rakyat kepadanya. Disamping itu diselitkan unsur-unsur ancaman yang membuat rakyat berasa takut kalau tidak taat kepadanya.
Setelah selesai berpidato, mereka berpisah, saling melupakan dan saling tidak mengenal antara satu sama lain.

Begitulah bentuk kepimpinan dalam dunia jahiliah. Ia lebih merupakan satu jawatan yang menjadikan seseorang itu terpisah dari masyarakatnya untuk menjalani hidup yang mewah dan senang.
Dalam Islam, pemimpin adalah khadam kepada umat. Sabda nabi SAW yang ertinya:-
"Pemimpin sesuatu kaum itu ialah orang yang berkhidmat kepada mereka." (Riwayat Al Hakim)
Menjadi pemimpin ertinya menjadi orang yang berkhidmat kepada rakyatnya kerana Tuhan. Mereka seolah-olah menjadi ayah kepada anak-anak atau menjadi guru kepada murid.
Ertinya menjadi pemimpin bukan memegang jawatan besar dan bergaji besar, tetapi memikul tanggungjawab yang berat. Seorang ayah tidak pernah kenyang sebelum anaknya kenyang.
Seorang guru tidak pernah membiarkan muridnya menghadapi masalahnya sendiri. Begitulah semestinya sikap seorang pemimpin. Dia tidak berlebih-lebihan sehingga pengikutnya terbiar dalam kekurangan. Dia tidak akan bersenang-senang, sementara ada pengikutnya dalam kesusahan.
Pemimpin ialah Khalifah Allah, pengganti Allah di muka bumi. Allah
yang melantik dan menaikkannya. Ia bertanggungjawab untuk menjalankan dasar dan tujuan pemerintahan yang Allah tentukan. kesemuanya termaktub di dalam Al Quran dan Sunnah.
Sebagai wakil Allah. Pemimpin-pemimpin itu adalah orang yang kenal Allah, faham mkehendak-kehendak- Nya, tahu tentang kerajaan Allah, faham dasar dan tujuan pemerintahan yang Allah tentukan, faham hukum-hakam yang datang dari Allah dan tahu melaksanakannya. Sewaktu melantik mereka, Allah seolah-olah berkata begini:
" Bumi ini Aku yang punya. manusia-manusia itu hamba-hambaKU. Aku mahu bumi ini dan hamba-hambaKu itu dikelola, diurus, dididik dan dipimpin dan dimajukan dengan sebaik-baiknya.
Untuk itu, Aku melantik kamu menjadi wakilKu untuk menjalankan kerja-kerja pemerintahan seperti yang Aku telah tunjukkan dalam Al Quran dan Sunnah nabiKu."
Mereka bertanggungjawab terhadap masyarakat untuk menjalankan kerja-
kerja yang Allah perintahkan. yakni berkhidmat memberi kasih sayang
kepada rakyat, memimpin, mendidik, mengajar, mengelola, menghurus,
menyelesaikan masalah mereka, membangun kemajuan masyarakat dan
negara.
Allah mahu semua hamba-hambaNya dipimpin dan diurus dengan baik agar
semuanya mendapat pelayanan dan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat
dari Allah SWT di dunia ini. Untuk itu, segala harta benda dan
khazanah-khazanah perbendaharaan negara diserahkan ke tangan mereka.

Supaya senang dibahagi-bahagikan dengan adil dan menyediakan keperluan masyarakat dan negara. Hingga negara berada dalam keadaan aman, makmur dan mendapat keampunan Tuhan.
Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI