Tuesday, July 1, 2008
TERKINI! Himpunan Rakyat Bersama Anwar Di Shah Alam !
Himpunan rakyat, bagi mendengar ucapan dan amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Melawati Shah Alam bermual sekitar jam 9.00 malam tadi telah mendapat sambutan luar biasa. Program yang mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor itu telah berjaya menarik perhatian orang ramai terutamanya rakyat yang dahagakan maklumat dan informasi terkini tentang "Isu Liwat" Anwar. Bermula dengan ucapan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Saudara Samsul Iskandar kemudian diikuti dengan Peguam Anwar R.Sivarasa dan Johari Abdul (Ahli Parlimen Sg.Petani). Ramai wartawan dari berbagai media massa turut hadir untuk mendengar amanat Anwar tentang isu yang sedang hangat diperkatakan ini. Turut hadir malam ini ramai pemimpin kanan Pakatan Rakyat baik dari PKR, PAS dan DAP.
Sementara itu petang tadi Anwar dikatakan telah menfailkan satu laporan polir yang terbaru terhadap personaliti ternama negara iaitu Peguam Negara, Ghani Patail dan juga Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Berdasarkan maklumat yang diterima oleh Anwar telah diketahui oleh pihak terbabit yang menyebabkan mereka begitu marah kepada Anwar. 1998, siasatan terhadap Anwar oleh Rahim Noor adalah perancangan daripada Ghani Patail, Musa Hassan dan seorang doktor telah melakukan kesalahan memalsukan keterangan dengan tujuan untuk menjejaskan Anwar pada ketika itu. Selepas Anwar buat laporan polis 27 September 1998, siasatan dimulakan teteapi selepas beberapa bulan bahawa siasatan itu tidak dapat kenal pasti siapa yang memukul Anwar. Kemudian suruhanjaya ditubuhkan akhirnya mengetahui siapakah yang menyerang Anwar iaitu Rahim Noor. Maklumat terbaru yang diterima, sebenarnya siasatan yang dilakukan oleh pihak polis telah juga mengenalpasti individu yang terlibat memukul Anwar ialah Ketua Polis Negara sendiri iaitu Rahim Noor. Ini bermakna ketika itu juga Peguam Mokhtar Abdullah, Musa Hassan dan Ghani Patail telah melakukakan kesalahan kerana merahsiakan maklumat tersebut serta melakukan pembohongan terancang.
Laporan perubatan, laporan kecederaan tersebut dikelirukan kononnya kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri, walhal ianya adalah dilakukan oleh Rahim Noor. Pihak polis Shah Alam kabarnya telah menerima laporan tersebut dan berjanji akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus. Anwar mengatakan siasatan kes itu perlu dibuka dan rakyat perlu tahu apakah yang berlaku kepada kes tersebut. Ini bermakna Musa Hassan dan Ghani Patail telah berbohong kepada rakyat dan mereka perlu dibicarakan serta di hukum. Bezanya dari tahun 1998, kini Anwar boleh melakukan apa sahaja yang terbaik untuk kes terbaru ini. Jika dulu beliau ditangkap, dipukul dann disimpan di Sg.Buloh selama 6 tahun. Keselamatan Anwar kini terancam setelah kes ini dibongkar menurut kata peguam Anwar. Kes ini pastinya amat menggempar kerana ramai peguam akan turut mempertahankan Anwar sekiranya ia dibawa ke mahkamah.Umum masih ingat bahawa Pada 20 September 1998, Anwar telah ditangkap, ditahan, diheret, dihumban, dibawa ke lokap Bukit Aman dan dipukul dalam penjara. Kemudian Rahim Noor mengatakan kononnya "Anwar selamat". . Namun, rakyat tahu semua itu adalah bohong semata-mata.
Sementara itu menurut Azmin Ali pula berkata bahawa pada minggu ini parti sebenarnya telah memutuskan kerusi parlimen mana yang akan menjadi tempat untuk Anwar bertanding. Justeru itu katanya kerajaan sememangnya amat gusar jika ini berlaku. Bahkan kerajaan juga tahu bahawa empat orang ahli parlimen BN akan berhijrah meninggalkan zaman jahiliahnya untuk bersama Pakatan Rakyat. Maka itulah kes liwat ini dijadikan penyebab untuk menghalang Anwar. Apa yang dilakukan oleh mereka sekarang adalah skrip lama untuk menghalang Anwar masuk ke parlimen. Pak Lah harus ingat jika rakyat boleh bangkit menentang Mahathir maka beliau harus tahu, jika beliau bersubahat maka beliau juga akan menerima nasib.
Media massa mengatakan gambar Saiful di pejabat TPM dirakamkan 3 bulan lalu, dengan alasan untuk memohon biasiswa. Apa yang hairan, Saiful sudah tiga bulan berkerja di pejabat Anwar mengapa pula beliau mahu memohon biasiswa? Ini yang amat menghairankan sebenarnya. Ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena, bahkan dipercayai si Saiful hanya mendapat CGPA 1.6 sahaja. Ini bermakna beliau bukanlah tergolong dalam pelajar yang pintar dan boleh dilantik sebagai Majlid Perwakilan Pelajar sesebuah universiti itu. Pengalaman Cucu masa belajar di IPT dulu, seseorang itu hanya layak menjadi Exco dalam Majlis Perwakilan Pelajar dengan syarat mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.0 ke atas. Ini bermakna jika Saiful menjadi exco juga, berkemungkinan besar beliau menggunakan campur tangan pihak atasan. Maka itulah akhirnya beliau terpilih sebab beliau melobi Menteri Pengajian Tinggi (foto bersama Mustapha Mohamad) ketika itu agaknya.
Sekitar jam 10.45 malam Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba. Kehadiran Anwar di Stadium Melawati malam tadi sungguh gamat dan meriah sekali. Rakyat yang sudah membanjiri stadium sejak jam 8 malam mula merasa bahangnya setelah Anwar melangkah masuk. Anwar dihormati sebagai seorang "Wira Negara" yang terulung. Lagu "Negaraku" dan "Keadilan" bergema dengan penuh semangat sekali. Dalam ucapannya Anwar sekali lagi menafikan segala tuduhan yang dibuat oleh Pembantu Khasnya itu. Beliau juga menyeru rakyat terus berjuang demi menegakkan keadilan. Katanya lagi jika Anwar tiada, pasti akan lahir ramai lagi perjuang yang akan membela dan mempertahankan nasib rakyat. Sepatutnya 8 Mac lalu, kuasa sudah berada ditangan Pakatan Rakyat. Namun, dek kerana kelicikan pihak berkenaan dengan berbagai taktik dan tipu helah maka akhirnya BN masih berkuasa sehingga ke hari ini.
Anwar turut bersedih kerana, BN terus rakus merompak wang rakyat dan mendera rakyat. Dengan kenaikan harga minyak dan sebagainya, telah menyebabkan ramai rakyat semakin menderita dan sengsara. Maka itu rakyat memang ketagih dan dahagakan perubahan untuk kebajikan mereka. Beliau juga sekali lagi berjanji seandainya Pakatan Rakyat dapat mengambil alih tampuk kuasa, maka keesokan harinya beliau akan menurunkan harga minyak sebagai hadiah paling berharga untuk rakyat. Inilah jaminannya sejak musim pilihanraya lagi. Janji inilah kini, yang senantiasa ditagih oleh rakyat, dimana sahaja beliau pergi pasti rakyat tertanya-tanya bilakah Pakatan Rakyat akan ke Putrajaya.
Dalam pada itu, rakyat yang hadir ternanti-nanti akan rahsia besar laporan polis Anwar terhadap Musa Hassan dan Ghani Patail. Dua individu ini sememangnya bakal berhadapan dengan masalah besar apabila mereka melakukan pembohongan ke atas pemeriksaan Anwar semasa dalam tahanan pihak polis. Anwar membuat laporan di Balai Polis Shah Alam pada petang itu. Dalam pada itu, Anwar juga mendedahkan apa yang berlaku ke atas dirinya sememag telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk menjatuhkan serta menghancurkan karier politiknya yang semakin menuju ke puncak. Berbagai tipu helah akan dilakukan untuk menghalang Anwar ke Putrajaya. Sekali lagi beliau menegaskan kes itu berlaku apabila maklumat tentang pengumuman Anwar mengenai kawasan yang akan beliau tandingi dalam pilihanraya kecil bakal diumumkan pada minggu ini. Beliau sambil itu tidak memaklumkan kawasan yang akan dikosongkan itu bagi menggelakkan pihak kerajaan melakukan tipu helah awal untuk menghancurkan Anwar sekiranya bertanding nanti. Beliau mengakui sudah menetapkan kawasan yang mana semua saluran peti undinya dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Kawasan tersebut akan diumumkan kemudian memandangkan kes yang sedang dihadapinya itu.
Berkenaan dengan kemasukan ahli parlimen BN ke Pakatan Rakyat pula, sememangnya telah ada empat orang ahli parlimen yang akan berbuat demikian termasuk dua daripada parti UMNO sendiri. Namun, beliau tidak mahu mengumumkannya malam tadi demi menjaga keselamatan pihak berkenaan dari diganggu oleh pihak kerajaan pimpinan Pak Lah. Gangguan kemungkinan dalam bentuk wang ringgit ataupun sebaliknya. Beliau menyatakan akan mengumumkan berita tersebut dalam masa terdekat untuk menjaga kepentingan semua pihak. Atas alasan inilah yang menyebabkan "kes liwat" dikeluarkan secara tergesa-gesa dengan berbagai keraguan yang munasabah. Beliau seterusnya berjanji akan "lawan tetap lawan", apatah lagi kini kes liwatnya berlaku ketiak beliau bebas untuk bersuara. Jika pada tahun 1998 dulu, beliau dipenjara dan diperlakukan sedemikian rupa, maka kini beliau pasti individu yang merencanakan kes ini pasti baga "cacing kepanasan".
Rakyat yang hadir sedikit kecewa kerana Anwar tidak membuat pengumuman tentang kemasukan ahli parlimen BN ke PKR dan kerusi parlimen yang bakal dikosongkan. Namun, sebaliknya rakyat yang memenuhi stadium malam tadi gembira kerana dapat melihat Anwar yang begitu ceria, serius dan terkadang nampak geram tatkala membicarakan isu "liwat" yang dibuat oleh Pembantu Khasnya itu. Sesungguhnya malam tadi adalah satu detik bersejarah buat seorang negarawan ulung seperti Anwar Ibrahim. Apa yang pasti katanya "kes liwat" yang berlaku sekarang bakal mempercepatkan lagi proses perubahan yang bakal berlaku. Beliau juga amat terharu dengan sokongan rakyat yang hadir pada malam itu biarpun ramai yang hanya mengetahui program itu menerusi internet. Beliau juga berharap semoga rakyat terus bersabar dan menanti masa dan ketikanya Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.
Dipetik dari: cucumatkilau.blogdrive.com
Labels:
anwar ibrahim,
himpunan rakyat,
kes liwat,
PKR,
saiful bukhari,
shah alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEKADAR RENUNGAN
"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible? Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
No comments:
Post a Comment