DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Wednesday, July 9, 2008

P.RAMLEE: FILEM DAN JENAKA SINIKAL NYA

Baru2 ini saya ada menerima satu email yg mengisahlan tentang filem2 P. Ramlee serta kaitanya dgn realiti semasa, mari kita berkongsi sama cerita2 ini:


Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang
paling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi
pakaian bukan main
cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya.
Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena
paksa membeli.

Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah
doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang
beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.

Banyak terjadi sekarang.... Laporan audit negara tahun 2007, begitulah

keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga
mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda
mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab

nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

Siapa penyamun dan siapa yang kena samun.

Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan
tender itu.
Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit
budak-budak sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak
sekolah ke, bantuan buku ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun
Kemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?

Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikann ya. Beliau mungkin telah
lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim
dan tak jemu ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa

sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.

Cuba pula kita lihat 3 Abdul...tuan penasihat ada macam macam-macam.
Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi
macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan .
Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia,
bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang
dah ada '25%' itu untuk orang tengah.

"Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3
Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa
kena-mengena dengan orang marah.

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah

telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan
terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini.
Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba
menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab
orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan
buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator
masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik.
Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang
dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab
marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong
negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di

sekolah. Jauh sangat turun nya.

P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi.
Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik
pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan
isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal
perasaan dan perlakuan.

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah,
asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim
insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan.
Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang
menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga
kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan
kerajaan itu sesama mereka.


"kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun
akan mengambil tindakan"
Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali
lagi, kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan
P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai
gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang
dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung
wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif
dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak

pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang
halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila
bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego
si Sultan.
Pertaruhan.. .perjudian. .dah tentu ada taukehnya..

Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan
siapa yang patut jadi "ketua kepada segala ketua perbicaraan" . Sang
penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. "correct... correct"

Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa
yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama
seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam

penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam
negara dan ada peguam broker.

Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi
tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar,
yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang
moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera
tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia
bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis
semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot.

Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat
masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing
tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita
moden, hakim tergadai maruah.

Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya
tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi
masa zaman P..Ramlee hidup dulu.

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana
ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan
P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal
disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan
wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda
Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi
kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita.
Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka
saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang
akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.
Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap,
masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri
dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang
tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri.
Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah
pada waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti
dihadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.
Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi
disudahi pula dengan 'happy ending' sebagai satu bentuk memohon maaf
dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran
P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar
dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem
P.Ramlee.

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan
filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab
sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin,
Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus
tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan
jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau
diteliti setiap filem P.Ramlee.


Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan
datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan
secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara
berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir,
melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tak ramai yang dapat melihat
apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham,
terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak,
kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakan diri sendiri
.... hahaha.....

BUKAN LAGI RAHSIA TAPI RAMAI YANG TIDAK SEDAR.CLICK:

No comments:

Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI