DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Showing posts with label pilihanraya 2008. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya 2008. Show all posts

Friday, August 22, 2008

Mafrel: 83 pengundi dalam satu rumah!

Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), sebuah badan pemerhati pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mengesan beberapa rumah kampung di Permatang Pauh yang mempunyai jumlah pengundi yang tidak munasabah.

Sebuah rumah di Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya, umpamanya, mempunyai 83 pengundi berdaftar di kalangan lelaki keturunan India dan India Muslim.

Penyelaras Mafrel Wilayah Utara, Ong Boon Keong berkata, pihaknya juga mengesan ada rumah yang mempunyai lebih 60 pengundi.

"Itu yang Mafrel kesan daripada 50 rumah yang diperiksa setakat ini," katanya dalam sidang media di Seberang Jaya hari ini.

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Saifudin Nasution Ismail mendakwa 26 nama pemilih telah dikeluar oleh SPR tanpa sebarang pameran awam.

Mengulas perkara ini, Ong berkata, angka sebenar yang hilang itu ialah 25 orang dan ini menimbulkan tandatanya kerana tidak mengetahui puncanya.

700 pengundi tidak dikenali

"SPR pula tidak menjelaskan mengenai perkara ini. Bulan Jun lalu, senarai itu masih ada tetapi kini sudah hilang.

"Adakah mereka telah mati dalam tempoh sebulan ini," katanya lagi.

Sementara itu bercakap dalam sidang media yang sama, penyelaras Mafrel, Jamaluddin Abdullah berkata, pihaknya mengesan kira-kira 700 pengundi yang tidak dikenali.

Katanya, ada satu kawasan penempatan penduduk yang mempunyai 20 rumah di mana terdapat sekurang-kurangnya dua pengundi baru pada setiap rumah.

"Beberapa keluarga di kawasan perumahan di Seberang Jaya pula mendakwa alamat rumah mereka telah didaftarkan dengan pengundi baru yang mereka tidak mengenalinya," katanya.

Ketika ditanya mengenai pengundi hantu, Jamaluddin berkata, sehingga ini pihak belum mengesan kehadiran mereka.

Komen SP: ish! pelik bin ajaib betul... masa pilihanraya lalu... malaysia dah masuk guiness book of record pasal ramai betul pengundi yg berumur 100++ tahun... kali ni lain pulak... kadar kematian paling tinggi dalam satu tempat dalam masa sebulan..... dan yg paling dahsyat sekali malaysia baru dapat plak tittle rumah tin sardin... 83 orang dari satu rumah... kuang! kuang! kuang!... lawak2.... kalau nak menang pun gentle lah sikit... ni macam pondan

Saturday, August 9, 2008

Dr M: Anwar akan menang di Permatang Pauh

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai calon "istimewa" yang mampu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada
26 Ogos ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Penasihat PKR itu akan memenangi pilihanraya tersebut kerana ia merupakan kubu kuat beliau di samping BN juga sudah hilang kredibiliti setelah gagal menawan kawasan berkenaan pada beberapa pilihanraya umum lalu.

"Ketika ini, saya tidak nampak sesiapa (calon), tentunya dari BN. Anwar akan menang. (Tapi) apa yang menarik ialah margin. Sama ada (undi) lebih besar dan lebih kecil dari apa yang beliau (Anwar) dapat pada masa lalu," katanya ketika ditanya mengenai pandangan beliau berhubung calon yang mampu menentang Anwar dalam pilihanraya tersebut.

mahathir mohamad 04Sebelum itu, Dr Mahathir menyampaikan syarahan di forum bertajuk "Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu" anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata jika Anwar memperolehi majoriti yang lebih besar, ia tidak bermakna bahawa bekas timbalan perdana menteri itu semakin popular dan mendapat sokongan rakyat.

Sebaliknya, Bernama memetik bekas perdana menteri itu sebagai berkata ini menunjukkan bahawa BN khususnya Umno sudah semakin tidak diterima rakyat.

"Jika majoriti undi yang diperolehi Anwar kurang...Umno boleh terus ke depan (untuk kembali mendapat sokongan rakyat)," katanya.

Calon bebas

Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak supaya beliau bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya kecil itu, Dr Mahathir berkata: "Tak mungkin. Saya telah berundur pada 2003 dan saya telah kata saya tidak akan datang semula. Tetapi saya punya hak sebagai warga untuk membuat ulasan mengenai negara saya".

Beliau berkata jika terdapat calon Bebas bertanding dalam pilihanraya kecil itu, ia akan hanya memecahkan undi calon BN dan PKR.

"Terpulang siapa (calon Bebas) yang bertanding. Kalau dia dari serpihan PAS, kemungkinan ia akan mengurangkan undi kepada Anwar...kalau dia bekas Umno, maka dia akan menambah kelebihan undi kepada Anwar. Tetapi tidak ada kemungkinan calon Bebas ini akan menang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan kekal sebagai presiden Umno walaupun Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Disember ini.

"Ku Li (Tengku Razaleigh) harus menilai sokongan ahli. Saya dapati cuma di peringkat rendah (akar umbi) yang menyokongnya. (Sebaliknya) Pak Lah mendapat sokongan dari ketua-ketua bahagian Umno sehingga mereka tidak boleh buka mulut sama sekali.

"Dulu mereka (ketua bahagian) yang pernah cabar Datuk Seri Abdullah, sekarang senyap...saya fikir susah (bagi Tengku Razaleigh untuk menang).

"(Bagaimanapun) dalam parti Pak Lah akan menang tetapi dalam pilihanraya, dia akan kalah," katanya.

Sumber: Malaysiakini.com

Wednesday, March 19, 2008

Gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Mahathir?

Kiriman Zeme

Gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Anwar sesuatu yang tidak mustahil namun dalam konteks sebagai pemuafakatan ahli UMNO (kerana Anwar masih bukan ahli UMNO). Kiranya gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Mahathir adalah paling bersesuaian untuk memulihkan dan merawat UMNO - Satu gandingan mantap dan berpengalaman dibentuk umpama mewakili suara akar umbi ahli UMNO di bahagian Selatan-Timur-Utara.

Di bahagian Selatan, Muhyiddin boleh memainkan peranan mengukuhkan dan menguatkan lagi keteguhan ahli UMNO, di bahagian Timur pula Tengku Razaleigh menggunakan pengalaman lampau untuk menyatukan dan mengembalikan kepercayaan sokongan ahli UMNO terhadap parti, dan di bahagian Utara Tun Dr Mahathir masih relevan untuk memupuk kembali semangat pemuafakatan dan sayangkan UMNO di kalangan ahli UMNO yang makin pudar.

Sekiranya dari sekarang gandingan kuat ini di bentuk mewakili seluruh suara ahli UMNO Selatan-Timur-Utara, nescaya kita akan melihat sesuatu yang menarik semasa Perhimpunan Agung UMNO 2008 nanti dan UMNO akan kembali menjadi suatu keluarga yang bermuafakat dan mantap.

dipetik dari: kuda-kepang.blogspot.com

Wednesday, March 12, 2008

FAKTA PRU 12

Barisan Nasional hanya memperolehi kira-kira 51 peratus jumlah undi daripada 7.9 juta pengundi yang membuang undi pada 8 Mac lalu..

Namun ia, memperolehi 63 peratus dari jumlah kerusi yang dipertandingkan - 140 daripada 222 kerusi di Parlimen.

Menariknya,
jumlah 49.79 peratus undi yang diterima oleh Barisan Alternatif itu lebih merata di seluruh negara, yang juga bermaksud Barisan Alternatif menerima majoriti undi sebenar di dalam negara ini.
Dan, apabila ditinjau pada kerusi parlimen, BN hanya memperolehi 85 kerusi Parlimen di Semananjung, manakala BA memiliki 80. Hampir 40 peratus kerusi BN adalah di Sabah dan Sarawak - 55 daripada 140.

Calon termuda
ialah dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berumur 26. Beliau mengalahkan penyandang Seri Setia, Seripa Noli Syed Hussin.

Calon tertua
ialah nenek benama Maimun Yusuf, 89, yang bertanding di parlimen Kuala Terengganu . Beliau hilang wang pertaruhannya.

56 calon dari pembangkang dan calon Bebas juga
hilang wang pertaruhan setelah gagal memperoelhi satu perlapan dari jumlah undi yang dikira..

Majoriti undi terbesar
dimenangi oleh calon DAP Teresa Kok menentang BN Carol Chew, dengan 36,492 undi di palimen Seputeh di Kuala Lumpur.

Majorit terkecil
ialah 14 undi yang diteirma oleh calon BN Hamdi Abu Bakar yang mengalahkan Abu Bakar Haji Hussain dari PAS di DUN Pengkalan Baharu di Perak.

Empat orang yang utama di dalam kes pita video Lingam
semuanya berjaya iaiatu : Loh Gwo Burne (who yang merakam pita video), Wee Choo Keong (peguam yang mewakili adik VK Lingam semasa inkuiri) dan R Sivarasa serta Sim Tze Tzin (tersenarai sebagai saksi tetapi tidak dipanggil). Keempat-empat dari PKR.

Calon terramai
ialah dari kerusi DUN Sukau, Sabah, dimana lapan orang calon bertanding , termasuk 5 orang calon Bebas.

Blogger
terkenal Jeff Ooi - yang berkempen secara online dan kutipan derma dilakuka melalui blognya - berjaya di palimen Jelutong untuk DAP.

Blogger lain termasuklah Tony Pua (DAP, Palimen Petaling Jaya Utara ), Elizabeth Wong (PKR, DUN Bukit Lanjan ) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, DUN Seri Setia).

Aktivis masyarakat
Charles Santiago (DAP, isu penswastaan air), Edward Lee (DAP, masyarakat setempat), Elizabeth Wong dan R Sivarasa (PKR, hak asasi manusia).

Tamparan Hebat

Kekalahan komponen BN mengakibat beberapa kekosongan di dalam pelbagai kementerian, dan memaksa satu penyusunan kabinet dilakukan..

Menteri

S Samy Vellu (Menteri Kerja Raya)
Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan)
Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar)

Timbalan Menteri

Chia Kwang Chye (Kementerian Penerangan)
G Palanivel (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Tan Chai Ho (Kementerian Dalam Negeri)
V Veerasingam (Kementerian Perdagangan dan Hal Ehawal Pengguna)
S Sothinathan (Kementerian Sumber Asli dan Persekitaran)
Donald Lim (Kementerian Pelancongan)
Fu Ah Kiow (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri)
M Kayveas (Jabatan Perdana Menteri)

Setiausaha Parlimen

Chew Mei Fun (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
P Komala Devi (Kementerian Pelajaran)
Lee Kah Choon (Kementerian Kesihatan)
Ng Lip Yong (Kementerian Industri Tanaman dan Komiditi)
S Vigneswaran (Kementerian Belia dan Sukan)
Rahman Ibrahim (Kementerian Dalam Negeri)
Dr Mohd Ruddin Ab Ghani (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar) - tidak dicalonkan
Yew Teong Look (Kementerian Wilayah Persekutuan)
Seluruh pasukan dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kalah di dalam pilihanraya. .

Kesemua pemimpin tertinggi MIC kalah - Presiden, Timbalan Presiden, dua Naib-Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda.


Pemangku Presiden
Gerakan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon kecundang, Beliau tewas kepada bekas pensyarah, Dr P. Ramasamy daripada DAP.

Daripada 12 kerusi Parlimen, Gerakan hanya menang kerusi Gerik dan Simpang Renggam, selain memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis (Johor), Bukit Batu (Johor) dan Derga (Kedah).

Parti itu bertanding di 31 kerusi DUN dan tumpas kesemua kerusi di Pulau Pinang, tempat ia bertapak.


Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI