Sunday, June 29, 2008
JIKA ANWAR TERBUNUH WUJUD RUSUHAN DAN MAGERAN
"JIKA ADA APA-APA BERLAKU KEPADA DSAI, JANGAN BUAT RUSUHAN. INI PERANCANGAN MUSUH UNTUK NAK BUAT MAGERAN, GANTUNG PARLIMEN DAN KERAJAAN NEGERI. BERTENANG DAN SEBARKAN."
Kita boleh abaikan jika kita mahu dan tak perlu bincang apa-apa lagi. Tapi kalau benar-benar terjadi, apakah perancangan kita?
Pengirim sms itu mungkin SB, orang-orang awam yang suka menyakat atau boleh jadi sesiapa sahaja yang mahu 'test market'. Mereka cuma mahu melihat sejauh mana sms mereka itu membawa kesan kepada masyarakat.
Pengirim sms yang terawal itu pun tiada hak untuk 'memaksa' pembaca sms untuk mengikuti 'arahan'nya - bertenang dan jangan menimbulkan rusuhan dan rakyat biarkan saja Mageran (tentunya Najib yang mengetuai Mageran) memainkan peranan nanti.
Pedulikan soal sanad, siapa 'rawi' (periwayat) sms itu. Perhatikan kepada 'matan' (isi), isi kandungan maklumat yang mungkin sedang menerjah ke dalam ruang telefon bimbit anda saat ini. Jadi, apa pandangan anda?
Dalam kesempatan ini, izinkan saya memberi pandangan yang mungkin anda tidak sukai. Tapi, kita berbincanglah sementara ruang masih ada. Ia ada kaitan dengan sepotong hadis yang menyebutkan:- (lebih kurang ...)
"Jika ada dua kelompok pimpinan yang bertelagah, maka bunuhlah salah seorang daripadanya."
Saya bukan ahli hadis. Jadi, siapa yang lebih arif dengan maksud sebenar harap dapat betulkan segera. Tetapi, apa yang lebih penting ialah tafsiran ke atas hadis tersebut. Bunuh pemimpin ini mungkin membunuh sehingga berdarah dengan menembak, memanah, meracun dan lain-lain.
Atau, mungkin boleh ditafsir sebagai 'membunuh' reputasi, menurunkan kekuasaan pimpinan yang berkuasa atau lain-lain lagi.
Dalam konteks 'perang' antara Pak Lah, Najib, Muhyiddin, Anwar dan lain-lain pimpinan untuk merebut kekuasaan ini, kita lihat sudah lebih seorang yang berperang untuk mendapatkan kedudukan dan kekuasaan itu.
Mari kita namakan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sebagai pihak yang akan menggunakan kekerasan untuk menumpahkan darah rakyat. Semua ini ada asasnya. Abdullah pegang PDRM (polis). Najib kawal ATM (tentera).
Berdasar 'track' rekod sejarah, jiwa berontak Tun Razak yang menyusun rusuhan ke atas Tunku Abdul Rahman mengalir dalam jiwa Najib. Mari kita andaikan Najib akan mencetuskan rusuhan ini. Mustahil Abdullah cetuskan rusuhan. Abdullah lemah. Mustahil orang yang kerap tidur akan merusuh.
Lagi pun, Abdullah tidak perlu cetuskan rusuhan kerana dia sudah menjadi Perdana Menteri. Hanya orang yang ingin menjadi PM dan bakal PM akan mencetuskan rusuhan. Jadi kenapa Najib ingin membuat rusuhan kalaulah benar beliau ingin mewujudkan Mageran?
Pertama, Najib mungkin tidak percaya peralihan kuasa itu akan berlaku. Najib sendiri lebih tahu bahawa Pak Lah penipu besar. Bukan sekali dua Pak Lah menipu. Hakikat Abdullah menipu rakyat ini semua orang tahu.
Kita tentu ingat tentang tarikh pembubaran Parlimen. Jadi tak sukar untuk membuktikan bahawa Abdullah sememangnya seorang penipu.
Jika Najib tidak dapat menjadi PM melalui peralihan kuasa, memang inilah satu-satunya cara mudah untuk menjadi PM. Najib tidak dapat menjadi PM melalui Perhimpunan Agung Umno kerana Abdullah sudah berikrar akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno.
Dalam negara ini, Presiden Umno adalah Perdana Menteri Malaysia. Belum lagi dipecahkan kepercayaan ini sejak dulu. Untuk menukar kepercayaan ini amatlah sukar.
Sukar dipercayai bahawa Presiden PKR adalah PM, Presiden PAS adalah PM dan sebagainya. Kalangan cerdik pandai sendiri menyatakan, kalau Anwar mahu jadi PM, maka tiada jalan lain lagi, iaitu beliau mesti masuk Umno.
Maka, usaha menolak tanggapan umum ini adalah suatu jihad akbar serta memerlukan manusia yang tegar istiqamah dengan perjuangan dan bukan pula seorang 'opportunist' seperti bekas TPM yang dipecat daripada Umno sebelum ini.
Kalau Najib berdegil merebut jawatan Presiden Umno, dan kalau dia kalah, hal itu membawa petaka kepadanya. Najib akan tersingkir terus. Segala rahsianya yang tenggelam bagai kapal selam bersama Altantuya sebelum ini akan ditimbulkan oleh Abdullah.
Dengan menggunakan kuasanya sebagai PM, Pak Lah mungkin mengorek sedalam-dalamnya kisah Najib seperti mana dibongkar skandal rasuah Yong (SAPP) dalam media sebelum ini ketika Yong berura-ura merancang membuat usul undi tak percaya kepadanya. Dalam hal membunuh musuh politiknya, Pak Lah tak lemah. Beliau cuma lemah mentadbir negara saja.
Apakah perancangan kita jika berlaku rusuhan?
Kesimpulannya, jika benar-benar berlaku rusuhan, maka Najib mungkinlah dalang kepada semua itu. 80% atau 90% daripada keyakinan saya telah menyatakan sedemikian. Tapi, apakah perancangan kita?
Pertama, rakyat mestilah 'membunuh' Najib sebagai orang yang mencetus rusuhan ini. Jika benar ada rancangan membunuh Anwar, maka Najib yang mungkin disyaki. Altantuya boleh dihilangkan, dibunuh dengan C4.
Apakah mustahil Najib yang bersifat hati kering itu tidak akan membuat onar lagi? Sedangkan, C4 itu adalah peralatan ketenteraan.
Hal ini selaras dengan maksud hadis, 'kalau ada dua pimpinan bertelagah maka hendaklah dibunuh salah seorang daripadanya."
Seruan hadis ini tertimpa ke atas rakyat setelah para pemimpin sudah pun korup dan tak boleh dipercayai lagi kejujuran mereka. Pemimpin yang tak jujur telah membunuh institusi kehakiman, memperalatkan polis, tentera, media dan segala-galanya ini sudah tidak boleh diharapkan lagi.
Jadi, memang tepatlah apabila hadis ini menyebutkan bahawa, ada ruang untuk 'membunuh' salah seorang pemimpin yang sedang bertelagah itu. Dan, rakyat yang bijaksana tentu akan 'membunuh' pemimpin yang paling teruk itu. Saya cadang nama Najib. Tak tahulah kalau ada cadangan untuk 'membunuh' Pak Lah atau Mahathir? Tak apa. Kita bincang saja dulu.
Memang Najib layak 'dibunuh' dan ada asas yang amat kuat untuk beliau dihukum 'bunuh' oleh rakyat jika terjadi rusuhan yang dicetuskan Najib itu. Ini kerana, Altantuya terbunuh, ada saham Najib. Perlu ada hukum Qisas. Bunuh mestilah dibalas bunuh.
Kedua, jika terjadi rusuhan, maka rakyat hendaklah bersatu dengan kuasa istana. Jadikan istana (Raja-Raja Melayu) adalah saingan kepada Mageran tajaan Najib. Maka, Najib adalah penderhaka kepada istana.
Ketiga, lindungi 'kuasa keempat' (fourth estate) iaitu media seperti TV3, RTM, Utusan, NST agar mereka dapat melaporkan hal-ehwal rusuhan itu dengan seadil-adilnya. Jangan biarkan editor terganggu dengan panggilan telefon pihak-pihak Umno, pemegang saham syarikat media tersebut.
Baiklah, rancangan Shanghai Knights pun sudah tamat. Ini semua terbatal jika rusuhan anjuran Najib itu tidak menjadi. Tetapi, kalau benar-benar hal itu bakal terjadi, maka harapnya kita semua serius membincangkan pelan perubahan untuk mencorakkan wajah Malaysia pada masa akan datang.
Wassalam ...
Dipetik dari DetikDaily.net
Konspirasi politik cuba jatuhkan imej Anwar � Nik Aziz
�Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni,� katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini.
Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.
Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998.
Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat.
Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.
Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, di negara ini tuduhan liwat terhadap seseorang bagi menjatuhkan karier politiknya seperti menjadi amalan biasa.
�Di Malaysia sudah jadi begitu suka tuduh menuduh. Berapa kali telah dibuat tuduhan begitu.
�Liwat ini bukan orang buat di atas jalan raya, perbuatan itu dilakukan secara sulit sekiranya benar ia berlaku. Mengapa pula senang-senang hendak tuduh orang lain.
�Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh,� ujar beliau.
Menurutnya juga dalam Islam ada lima perkara yang mesti dikenakan hudud iaitu murtad kerana ia terlibat dengan akidah, dan mencuri membabitkan harta benda orang lain.
Manakala tuduhan zina boleh menjatuhkan maruah seseorang.
Beliau berkata, tuduhan zina mesti ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan.
Menurutnya hakim sudah melepaskan Anwar terhadap tuduhan liwat sebelum ini dan sekarang tuduhan serupa pula cuba diulangi.
�Tuduhan zina ini berkehendak kepada saksi, tidak boleh tidak,� katanya. Beliau juga mengakui tuduhan yang dibuat itu secara tidak langsung boleh menjejaskan imej pembangkang.
�Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej negara, apa sebab hendak buat tuduh menuduh begini,� katanya.
Beliau berkata begitu juga dengan tuduhan rasuah terhadap seseorang mesti ada bukti yang jelas dan tidak boleh dibuat sesuka hati.
DESAS DESUS ANWAR JADI PM
Saya tiada kepentingan dalam mana-mana parti. Jadi, saya menulis mewakili orang muda yang tidak tahu apa-apa dan cuma bertanya dan memungut jawapan orang-ramai lalu merumuskan tafsiran peribadi sama ada mereka sudi mendengar atau tidak.
Jadi, ketika menulis mengenai politik Malaysia ini, segala yang baik tentu datang daripada Allah. Yang buruk itu datang daripada Abdullah, Najib Altantuya, Mahathir, dan lain-lain khasnya Khairy Jamaluddin.
Begini...sejak mendengar khutbah Anwar pada 14 April lalu di Kelab Sultan Sulaiman, saya ragu-ragu benarkah ada lompatan parti dan kejutan yang popular disebutkan orang itu?
"Beri tempoh tiga bulan saja lagi," demikian laung Anwar. Saya mencongak di dalam diam. Agak-agaknya bulan Julai kot? Atau, bulan Ogos perubahan itu akan berlaku. Apa-apa pun, saya beriman kepada Tuhan, bukan insan.
Kata-kata manusia jangan dipegang sepenuhnya. Tup, tup! SAPP nak buat usul undi tidak percaya kepada Abdullah Ahmad Badawi. Saya sudah mahu percaya. Tapi, apabila mendengar berita usul itu tak 'menjadi', maka saya pulang ke jalan yang diluruskan Tuhan - percayakan Tuhan, bukan insan.
Sejak mula saya yakin bahawa menukar kerajaan boleh dilakukan secara pilihan raya. Tapi, apabila pilihan raya itu mula korap (corrupt), bernanah ditumbuhi kurap, maka demonstrasi dan rusuhan itulah jalannya!
Tapi, saya masih bersabar dengan Anwar memandangkan ucapan beliau di Kelab Sultan Sulaiman itu berhampiran dengan Sekolah Pemikiran Kg Baru yang jarak langkahnya cuma 386 langkah saja.
Apabila minyak naik harga mendadak dua kali ganda, sehari dua selepas itu saya mengirim surat terbuka kepada Anwar dalam ruangan ini (tapi, surat itu terbengkalai dan tergendala) agar melancarkan revolusi dan bukan lagi evolusi. Mujur ada orang menyabarkan saya. Jangan bimbang, saya memang makan nasihat selain daripada makan nasi setiap hari.
Saya bimbang dan risau rakyat akhirnya akan berputus asa dengan Anwar nanti jika dia bertangguh-tangguh. Akhirnya, dia tak boleh jadi PM. Rakyat akan terus terbeban dengan kenaikan harga minyak dan barang-barang.
Anwar berdasarkan rekodnya, dia mampu (dengan izin Allah) membuat revolusi. Jika revolusi itu berdarah, semua orang sedar bahawa ini semua polis punya kerja. Tiada rakyat Malaysia yang dibenarkan memiliki senjata melainkan warga korporat yang memohon lesen senjata untuk menjaga keselamatan harta mereka. Tapi, warga korporat bukan kaki demonstrasi.
Isu kenaikan harga minyak menyebabkan rakyat mudah naik minyak. Tapi, rakyat tiada pemimpin jalanan. Itu saja. Kata orang-orang lama, 13 Mei tidak akan berlaku tanpa Dato' Harun. Orang Melayu mesti ada pemimpin. Abdullah bukan pemimpin. Dia cuma Perdana Menteri.
Sejak 51 tahun kita merdeka, negara kita cuma telah melahirkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, VVIP dan istana-istana telah mencetak bintang-bintang sebagai pengiktirafan jasa seseorang hinggakan bintang-bintang di langit telah mula berkurangan satu persatu.
Itu belum masuk Bintang Kecil, bintang Akademi Fantasia, Bintang RTM dan sebagainya lagi. Jadi, apakah yang ditunggu-tunggu oleh Anwar lagi? Saya dan penulis jalanan sudah jenuh mengkritik Abdullah dan Najib.
Dan, pada kami, mengkritik Abdullah, Najib dan Khairy, Rashid SPR adalah rutin amal ibadat kami selain mengerjakan haji, umrah, tawaf mengelilingi kaabah, puasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan bersedekah.
SAPP bukan pejuang
Sejak awal, saya was-was apabila SAPP dan manusia-manusia politik dapat membuat aktiviti lompat parti atas nama kononnya mahu membuat islah dan perubahan. Di mana SAPP saat Anwar sedang melaungkan Reformasi sejak awal 1998 dahulu? Saya tak tahu. Tapi, rasanya tak ada kot?
Sekali lagi, saya mengaku tidak tahu tentang hal politik kepartian, kerana saya bukan orang parti dan tidak banyak tahu mengenai motif perjuangan SAPP di Malaya. Adakah SAPP telah berjuang menegakkan kemerdekaan Malaya Merdeka? Adakah mereka ada rekod sejak dulu? Saya tidak tahu.
Yang ada, adalah orang-orang jalanan yang atas pagar, tidak berparti dan saya sendiri yang ketika itu asyik menulis di universiti. Mahu pergi Kuala Lumpur untuk menyertai perarakan, tak mampu. Student lah katakan.
Anwar kena kenal, mana satu pejuang dan mana satu kumpulan yang tak boleh diajak berjuang. Sebagai mantan Presiden Abim dan Presiden PKPIM tidak sukar untuk Anwar memahami apa yang ingin saya cakapkan ini.
Anwar tentu pernah membaca kisah Talut dan Salahuddin al-Ayyubi. Tahu atau tidak apakah kaedah Talut dan Salahuddin sebelum membawa askar mereka berjuang di medan perang?
Talut dan Salahuddin menguji kesabaran askarnya terlebih dahulu untuk memilih siapakah dalam kalangan mereka yang benar-benar berkualiti untuk menerajui perubahan.
Diriwayatkan dalam al-Qur'an bagaimana Talut sedang melalui sebatang sungai dan beliau meminta askarnya cuma meminum air dalam telapak tangan saja dan jangan ada yang menyimpan di dalam bekas minuman.
Mereka yang ingkar kepada arahan Talut, akhirnya tidak dibawa ke medan juang. Hasilnya, mereka pulang dengan membawa kemenangan. Seorang anak muda, Daud namanya telah berhasil melontarkan batu kepada Jalut dan rebahlah musuh mereka buat selamanya.
Talut dibantu pemuda bernama Daud. Anwar kena mengambil iktibar ini. Di dalam reformasi, anak muda itulah yang banyak membantu beliau dan bukannya kaum-kaum kapitalis seperti SAPP.
Tak apalah. Anwar boleh mencuba dan percubaan itu bukan satu masalah dan salah pula. Mencuba adalah sebahagian dan serpihan ijtihad. Kalaulah betul dapat dua pahala. Kalau salah, dapat satu pahala dan diampun dosa akibat kesilapan berijtihad itu. Anwar masuk Umno pun hasil ijtihad juga.
Harapan kita. Jangan ijtihad kali kedua ini seperti pisang berbuah dua kali dan kita pula sentiasa menyebut dalam usrah, ucapan dasar muktamar Abim dahulu, 'innahum fityatun amanu birabbihim wa zidnaahum huda'.
"Mereka adalah pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka," demikian nas di dalam al-Kahfi itu.
Permuda-pemuda jalanan itulah sebenarnya peneraju perubahan. Reform yang dilaungkan Anwar kemudiannya diubah sedikit oleh Dr Siddiq Fadhil sebagai 'Reformasi Islah'. Itu pun sebab Anwar menyebut sebuah nas lagi.
'Sesungguhnya aku melakukan islah (perubahan) sedaya upaya aku," nas ini tak silap ada dalam surah Hud. Dr Siddiq sengaja menyusun istilah itu supaya ada kelainan dengan Reformation di Eropah selepas Renaissance.
Reformasi Islah tentulah dibawa semangatnya dengan agama dan agama itu adalah Islam. Ini kerana, penyebutnya beragama Islam dan rata-rata yang bangkit itu adalah majoriti Melayu. Melayu di Malaysia, menurut kitab Perlembagaan Persekutuan pula ialah berugama Islam, adatnya Melayu.
Itu kisah Talut yang memilih askar berkualiti sebelum diajak ke medan juang. Salahuddin al-Ayyubi pun begitu juga. Pada waktu malam, beliau akan berjalan melihat khemah manakah yang terang-benderang. Padanya orang yang menunaikan solat malam itu yang paling kuat untuk dibawa ke medan juang keesokan harinya.
Soalan saya kepada Anwar, adakah beliau benar-benar memilih, melihat -betul siapa orangnya yang boleh disandar sebagai teman seperjuangan? Ahli-ahli politik SAPP, Nalla Karuppan?
Saya menulis begini bukan kerana tidak sukakan beliau. Saya tidak mahu Anwar tergelincir seperti Abdullah, Najib dan Khairy. Pilih betul-betul siapa yang mahu diajak bersama dalam perjuangan ini. Lihat contoh Talut serta Salahuddin al-Ayyubi. Itulah pesanan ikhlas daripada saya.
Tiada niat lain, selain Reformasi Islah!
dipetik dari: DETIKDAILY
Friday, June 20, 2008
Berbohong jadi amalan pemimpin negara
Rasulullah ditanya para sahabat dalam suatu majlis: "Wahai Rasulullah, adakah orang mukmin itu bersifat penakut?" Jawab Baginda : "Ada." Sahabat bertanya lagi: "Adakah orang mukmin itu bersifat kedekut?" Baginda menjawab: "Ada." Sahabat bertanya lagi: "Adakah orang mukmin itu bersifat pembohong?" Rasulullah menjawab: "Tidak!"
Sedutan hadis di atas memberi gambaran bahawa kebarangkalian ada di antara orang-orang mukmin yang bersifat penakut dan kedekut. Namun Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa seseorang mukmin tidak sama sekali akan bersikap pembohong.
Akhir-akhir ini rakyat Malaysia telah 'dianugerahkan' dengan siri-siri pembohongan pemimpin utama negara.
Sebelum PRU12, Perdana Menteri ditanya para wartawan adakah esok akan berlaku pembubaran Parlimen? Maka dijawab oleh PM tidak sama sekali. Keesokannya Parlimen dibubarkan!
Timbalan Perdana Menteri semasa kempen PRU12 mengatakan bahawa kerajaan sama sekali tidak akan menaikkan harga petrol dan diesel walaupun kenaikan itu berlaku di seluruh dunia dalam masa terdekat. Akhirnya kita saksikan hari ini rakyat dihadiahkan dengan kenaikan menggila daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter petrol dan daripada RM1.58 kepada RM2.58 seliter diesel.
Beberapa hari sebelum kenaikan bahan bakar ini, Dato Shahrir Samad selaku Menteri Hal Ehwal Pengguna menyatakan kenaikan petrol dan diesel dijangka berlaku pada bulan Ogos ini. Dua hari selepas kenyataan dibuat, petrol dan diesel telah dinaikkan tanpa diberi peluang untuk rakyat membuat persediaan.
Tiga situasi di atas membuktikan ciri-ciri munafik pemimpin utama negara. Mereka seolah-olah melakukan sesuatu yang di luar kesedaran. Keputusan-keputusan yang dibuat boleh diibaratkan sebagai 'mengigau' kerana jelas tidak konsisten dengan sensitiviti rakyat bawahan.
Seumpama kita menyaksikan larangan penjualan bahan bakar kepada kenderaan asing. Selang beberapa hari larangan itu ditarik balik. Sungguh cepat dan sungguh tidak konsisten sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat dibuat seolah-olah mereka sedang menguruskan sebuah keluarga di rumahWednesday, June 18, 2008
Harga minyak dan kerajaan tahi minyak
Kenaikan harga bahan api secara mendadak yang diumumkan kerajaan minggu lepas bukan sekadar menggemparkan rakyat, tetapi menimbul persoalan apakah wajar kenaikan ini berlaku. Semua rakyat tahu tentang kenaikan harga minyak dunia yang sudah melebihi USD130 setong. Tetapi rakyat bertanya bukankah Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport minyak yang telah mengaut untung besar kesan kenaikan ini. Sebelum ini pun Menteri Kewangan II pernah menyebutkan tentang rahmat kenaikan harga minyak yang boleh menambahkan pendapatan negara berkali-kali ganda.
Yang anehnya, para menteri dan media massa lebih betah memperkatakan kesan-kesan kenaikan subsidi kepada pembangunan negara ekoran kenaikan harga minyak. Menteri Pengajian Tinggi misalnya menggambarkan kepada rakyat bahawa RM800 juta terpaksa dikurangkan daripada peruntukan untuk kementerian tersebut kerana membiayai subsidi.
Benar atau tidak itu soal kedua. Apa yang penting rakyat harus diberitahu bahawa negara kita mendapat keuntungan berganda daripada kenaikan harga minyak ini. Adakah wajar kita menggambarkan kenaikan ini sebagai satu musibah semata-mata kerana terpaksa menaikkan harga minyak, sedangkan ia patut dilihat sebagai rahmat kerana kita pengeksport minyak yang layak menjual dengan harga lebih murah kesan keuntungan berganda ini.
Apabila kerajaan mendakwa penstrukturan semula harga minyak tidak memberikan keuntungan kepada kerajaan, ia adalah satu pembohongan pada siang hari. Rakyat ditipu hidup-hidup. Kerajaan telah mengaut untung yang besar sebagai pengeksport kerana kenaikan harga ini, sedangkan perbelanjaan telah susut dengan pengurangan subsidi besar-besaran.
Sudah tentu berlaku lebihan pendapatan kerana minyak yang dikeluarkan oleh Malaysia ialah 600,000 tong sehari, manakala penggunaan hanya sekitar 400,000 tong sahaja. Di sini pun sudah ada keuntungan atau lebihan yang dicatat, belum mengambil kira pengurangan subsidi dan perbezaan harga import eksport ekoran perbezaan kualiti minyak.
Rakyat harus memahami bahawa minyak yang digunakan di dalam negara adalah minyak yang diimpot dari luar negara yang berkualiti rendah dan harganya lebih murah iaitu USD135 setong berbanding dengan harga minyak yang dikeluarkan oleh negara kita iaitu USD145 setong.
Hakikat ini diakui sendiri Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zetti Akhtar Aziz yang memberitahu bahawa pendapatan negara akan meningkat antara RM100 juta hingga RM200 juta setahun hasil kenaikan harga minyak sebanyak USD1. Ia turut diakui oleh Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohd Yaakub. Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak perlu bimbang kerana ekonomi negara akan semakin kukuh dan kenaikan ini menjadi rahmat kepada negara kita.
Jika kita mengandaikan negara memperolehi tambahan pendapatan RM200 juta di atas kenaikan USD1, maka kenaikan USD60 semenjak kenaikan terakhir harga minyak pada 2006, bermakna kita mendapat tambahan pendapatan sebanyak RM12 bilion. Sedangkan apa yang berlaku dalam pengstrukturan semula subsidi harga minyak baru-baru ini, kerajaan mendakwa berjaya menjimatkan hampir RM14 bilion. Ini bermakna kerajaan mempunyai lebihan pendapatan sebanyak RM26 bilion.
Kita tidak boleh menerima alasan bahawa dengan mengurangkan subsidi ini kita telah menjimatkan sekitar RM14 bilion, sedangkan penjimatan sebanyak RM4.5 bilion sebelum ini langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat. Tidak ada peningkatan dalam perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi yang ada adalah peningkatan kos pengangkutan. Maka, penjimatan kali akan diagihkan kepada sektor mana pula? Apakah benar-benar berbaloi untuk rakyat menambahkan perbelanjaan sehingga 40 peratus untuk petrol sahaja, sedangkan kualiti perkhidmatan tidak bertambah.
Kerajaan sebenarnya harus keluar daripada kejumudan pentadbiran mereka bagi mencari satu pendekatan yang boleh menambahkan pendapatan negara, jika itu menjadi alasan untuk menghapuskan subsidi. Lihatlah apa yang dibuat oleh Iran dan Venezuela yang mengalih transaksi minyak mereka dari USD kepada Euro. Negara dijangka dapat menambah sehingga 15 peratus pendapatan jika transaksi ini dibuat menggunakan Euro kerana mata wang Eropah ini lebih kukuh.
Satu lagi pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan adalah dengan mengenakan cukai durian runtuh ke atas syarikat-syarikat berkaitan cari gali petroleum, khususnya syarikat asing. Pendapatan mereka telah meningkat ekoran kenaikan harga minyak, tetapi rakyat sebagai �tuan punya� minyak semakin menderita. Syarikat asing seperti Shell, Exxon, Ludin, Total dan lain-lain termasuk Petronas patut dikenakan cukai durian runtuh ini apabila harga minyak melepasi satu tahap harga tertentu.
Sama ada harga siling ini ditetapkan mengikut nilai setong atau nilai keluaran, yang penting keuntungan tanpa jangkaan mereka akibat kenaikan harga minyak ini dicukaikan seperti mana cukai durian runtuh dikenakan ke atas minyak sawit dan IPT.
Malaysia sudah mengamalkan dasar percukaian ini ke atas minyak sawit dan ITP, maka mengapa ia tidak boleh dilaksanakan ke atas minyak sebagai timbal balik untuk membiayai kos subsidi. Keuntungan ini jika tidak dicukai akan memberikan manfaat yang besar kepada syarikat asing, sedangkan rakyat sendiri menderita.
Adakah kerajaan tidak tergamak untuk mengenakan cukai tambahan ini kerana adanya Amerika Syarikat dan Zionis di belakang syarikat-syarikat tersebut. Jika kita mengandaikan cukai ini dikenakan sebanyak 10 peratus, bermakna negara akan mendapat sebanyak USD7.8 bilion berdasar keluaran minyak 600,000 tong sehari pada harga USD13 setong.
Dengan pendapatan sebanyak itu, kerajaan tidak lagi perlu bimbang untuk membiayai subsidi dan pembangunan negara sekali gus. Bahkan, kerajaan boleh menstrukturkan semula pembelanjaan negara dengan mengurangkan defisit.
Rakyat telah mendengar empat langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk mengurangkan beban kenaikan harga minyak ini. Antaranya adalah penjimatan perbelanjaan sektor awam dengan mengurangkan pembaziran yang hanya bernilai RM 2 bilion sahaja termasuklah mengurangkan elaun keraian Perdana Menteri dan anggota kabinet.
Kita berasa pelik apabila langkah penjimatan dibuat selepas harga minyak dinaikkan. Mengapa penjimatan atau menghapuskan pembaziran ini tidak dibuat lebih awal dan segala kebocoran dalam perbelanjaan kerajaan boleh disalurkan untuk mensubsidi rakyat dan harga minyak tidak perlu dinaikkan. RM2 bilion penjimatan selepas pengumuman kenaikan harga minyak termasuk pemotongan 10% elaun Perdana Menteri dan kabinet sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan kepada meringankan beban rakyat.
PM dan anggota kabinet hanya kekurangan 10% daripada pendapatan mereka tetapi rakyat terbeban dengan lebih 40% kesan kenaikan harga minyak. Sedangkan perjalanan harian PM dan anggota kabinet ditanggung sepenuhnya oleh wang rakyat. Dan RM2 bilion penjimatan yang diumumkan jika dibahagikan dengan 27 juta rakyat Malaysia, rakyat hanya akan memperolehi RM74 setahun atau 20 sen sehari sedangkan pemimpin negara masih boleh bercuti keluar negara walaupun hanya dihadkan di negara-negara Asia sahaja.
Kerajaan juga sewajarnya menghapuskan projek-projek membazir dan menghapuskan tender runding reka dan bina kerana ia melibatkan kos yang besar iaitu hampir sekali ganda daripada kos tender terbuka.
Banyak lagi projek-projek membazir dijalankan oleh kerajaan seperti menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Belia Asia (CYC) yang menelan kos hingga RM17 juta, tetapi diakui oleh Menteri Belia dan Sukan serta Presiden FAM sebagai tidak bermanfaat untuk Negara dan pembangunan bola sepak. Begitu juga projek seperti Taman Tamadun Islam di Terengganu yang menelan hampir RM1 bilion.
Petronas sendiri membazirkan wangnya dengan banyak untuk orkestra di KLCC, termasuk membelanja sehingga RM3.5 juta sebulan untuk membayar gaji 105 orang pemuzik orkestra yang majoritinya rakyat asing. Maka, bagaimana Petronas boleh bersungut tentang peningkatan kos pengurusannya mencecah 200 peratus, sedangkan pembaziran begitu banyak berlaku.
Kesan kenaikan harga minyak ini memberikan dampak yang besar kepada kuasa beli rakyat. Jika kita mengandaikan setiap rakyat menggunakan 2000 liter petrol setahun dengan pandapatan perkapita sebanyak RM46,080, bermakna rakyat Malaysia yang mengeksport minyak telah menggunakan sejumlah 11.72 peratus pendapatannya hanya untuk membeli petrol sahaja.
Berbanding Singapura yang mengimport minyak, berasaskan perkapita setinggi RM156,480, mereka hanya menggunakan 6.65 peratus pendapatan untuk membeli petrol yang berharga RM5 seliter. Di negara pengeluar minyak yang lain seperti Venezuela, rakyat hanya memperuntukan 0.78 peratus daripada pendapatan perkapita untuk membeli petrol.
Adakah kerajaan berfikir bahawa dengan duit rebet sebanyak RM625 setahun itu rakyat telah terbela? Bukankah ianya hanya bernilai tidak sampai RM1.70 sehari. RM1.70 itu tidak bermakna bagi pengguna motosikal apatah lagi pengguna kereta yang telah kehilangan kuasa beli berkali ganda, tidak termasuk kos kenaikan barangan dan perkhidmatan lain.
Apapun beban yang rakyat tanggung, sepatutnya seluruh rakyat patut berterima kasih kepada sesiapa yang baru menyertai atau menyokong Umno/BN kerana sokongan mereka ini telah menyumbang kepada keyakinan Umno/BN untuk menaikkan harga minyakSource: Mahfuz Omar, Harakahdaily.net
Wednesday, June 11, 2008
FAKTA MINYAK NAIK, BETUL ATAU SALAH??
Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-
Negara Harga minyak seliter (dalam RM)
Malaysia RM2.70
Iran RM0.34
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81
Brunei RM 1.10 (S0.50)
Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.10 seliter.Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari.Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja.Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi malaysia pada 2.70 sen?Bukan kah jauh bezanya?Bagaimana pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja?Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.
Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen seliter.Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di iraq?Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan.Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa?Rakyat atau kroni?Berepa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini?
Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun.Barisan Nasional bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.
Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana harga minyak dunia telah naik.Ada yang mengatakan ia masalah global.So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan petronas jadi berlipat ganda.So apa masalahnya?Walaupun malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.
Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??
Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-
Allocation untuk mega projek:-
Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion
Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak.Jadi,jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu?Mana yang lebih penting?Mana yang perlu di utamakan?Kebajikan rakyat atau projek mega?
Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak.So kalau Dato najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup,bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrup kah negara dengan projek ratusan billion tersebut?Perlu di ingat bahawa di samping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain lain.Pendapatan tahunan negara kalau di ambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun.Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?
Kepada pengundi pengundi semua tepuk dada tanya selera.
|
WHAT IS NEVER MENTIONED IN Mainstream Media like NST/TheStar/Utusan/BH are these facts....
VS
Singaporean PerCapita Income USD 25000
Further The Star made a comparison of prices in Thailand , Singapore and Indonesia ..
For Thailand it is quoted at RM3.90/liter, however are they aware that in Thailand new cars are cheaper than Malaysia by RM10,000? They pay only one life time for their driving license? No renewal fee after that? Also that goes for road tax as well? And do TheStar also aware that you can drive all the way from Hadtyai to Bangkok on a six lane highway without paying any Tolls ??!!
Whereas here in Malaysia you have to pay yearly renewal for road tax , driving license and TOLLS, TOLLS, TOLLS!!!
For Singapore how can you quote RM 5.20 ? Please quote in Singapore Dollars because they are earning in Sing Dollars. You might as well say Europeans are paying RM10/liter. RM5.20/liter = Sing $ 2.20/liter, still cheaper than Malaysia in view of fact that Singapore is not a crude oil exporter. Are you saying that you fill up petrol in Singapore by paying Ringgit?
In economy, dollar to dollar must be compared as apple to apple. Not comparing like durian in M'sia is much cheaper than durian in Japan!! Of course-lah, Japan is not durian producer!!! Comparing Malaysian durian with Thailand durian make more sense!!
For Indonesia we might say is cheaper there at RM2.07/liter but compare that to their level of income!
Now, let us compare the price with OIL PRODUCING countries:
UAE - RM1.19/litre
Eygpt - RM1.03/litre
Bahrain - RM0.87/litre
Qatar - RM0.68/litre
Kuwait - RM0.67/litre
Saudi Arabia - RM0.38/litre
Iran - RM0.35/litre
Nigeria - RM0.32/litre
Turkmenistan - RM0.25/litre
Venezuela - RM0.16/litre
MALAYSIA - RM2.70/litre
RM 2.70!!! Individual perspective:
As of last month a Toyota Vios would 'cause a damage' of about RM 89,000.
In the international market, a Toyota Vios is about USD 19,000
USD 19,000 = RM 62,700 (using the indicative rates of USD 1 = RM 3.30)
That makes Malaysian Vios owners pay an extra RM 26,300.
This RM 26,300 should be cost of operations, profit and tax because the transportation costs have been factored in to the USD 19,000.
RM 26,300/ RM625 petrol rebate per year translates to a Vios being used for 42.08 years.
I do understand that the RM 625 is a rebate given by the government, but it also means that one has to use the Vios for 42.08 years just to make back the amount paid in taxes for the usage of a foreign car. Would anyone use any kind of car for that long?
Now with these numbers in front of us, does the subsidy sound like a subsidy or does it sound like a penalty? This just seems to be a heavy increment in our daily cost of living as we are not only charged with high car taxes but also with a drastic increase in fuel price.
With all the numbers listed out, I urge all Malaysians to join me in analyzing the situation further.
Car taxation is government profit, fuel sales is Petronas' (GLC) profit which also translates into government profit. The government may ridicule us Malaysians by saying look at the world market and fuel price world wide. Please, we are Malaysians, we fought of the British, had a international port in the early centuries (Malacca), home to a racially mixed nation and WE ARE NOT STUPID!!!
We know the international rates are above the USD 130/barrel. We understand the fact that the fuel prices are increasing worldwide and we also know that major scientist are still contradicting on why this phenomenon is happening. Some blame Bush and his plunders around the world and some blame climate change and there are others which say petroleum 'wells' are getting scarce.
Again we go back to numbers to be more straight fwd
1 barrel = 159 liters x RM2.70/liter = RM 429 or USD 134
On 1 hand, we are paying the full cost of 1 barrel of crude oil with RM2.70 per liter but on the other hand the crude oil only produces 46% of fuel.
Msia sells crude oil per barrel at USD130 buys back Fuel per barrel at USD134. And not forgetting, every barrel of fuel is produced with 2 barrels of crude oil.
1 barrel crude oil = produce 46% fuel (or half of crude oil), therefore
2 barrel crude oil = approximately 1 barrel fuel
In other words, each time we sell 2 barrels of crude oil, equivalently we will buy back 1 barrel of fuel.
Financially,
Malaysia sell 2 barrel crude oil @ USD 130/barrel = USD 260 = RM 858
then, Malaysia will buy back fuel @ USD 134/barrel = RM 442/barrel
Thus, Malaysia earn net extra USD 126 = RM 416 for each 2 barrel of crude sold/exported vs imported 1 barrel of fuel !!!
(USD 260-134 = USD 126 = RM416)
So where this extra USD 126/barrel income is channeled to by Malaysian Govt?????????
Another analysis:
1 barrel crude oil = 159 liters.
46-47% of a barrel of crude oil = fuel that we use in our vehicles.
46% of 159 = 73.14 liters.
@ RM 2.70/liter x 73.14 liter = RM197.48 of fuel per barrel of crude oil. This is only 46% of the barrel, mind you. Using RM 3.30 = USD 1, we get that a barrel of crude oil produces USD 59.84 worth of petrol fuel (46% of 1barrel).
USD 59.84 of USD 130/barrel turns out to be 46% of a barrel as well.
Another 54% = bitumen, kerosene, and natural gases and so many more.
And this makes a balance of USD 70.16 that has not been accounted for.
So this is where I got curious. Where is the subsidy if we are paying 46% of the price of a barrel of crude oil when the production of petrol/barrel of crude oil is still only 46%?
In actual fact, we still pay for this as they are charged in the forms of fuel surcharge by airlines and road taxes for the building of road (because they use the tar/bitumen) and many more excuse charging us but let us just leave all that out of our calculations.
As far as I know, only the politicians who live in Putrajaya and come for their Parliament meetings in Kuala Lumpur (approximately 60+ km) are the ones to gain as they claim their fuel and toll charges from the money of the RAKYAT's TAX.
It is so disappointing to see this happen time and time again to the Malaysian public, where they are deceived by the propaganda held by the politicians and the controls they have over the press.
Which stupid idiot economist equates rebates for rich or poor with the cc of the vehicles? An average office clerk may own a second hand 1300cc proton Iswara costing $7,000 (rebate = $625) while the Datuk's children can own a fleet of 10 new cars of BMW, Audi and Volvo all less than 2000cc costing $2 millions and get a total rebate of $625 x 10 = $6,250! Wow what kind of economists we are keeping in Malaysia...wonder which phD certificate that they bought from...
Misleading concept of Subsidy:
The word "subsidy" has been brandished by the BN government as if it has so generously helped the rakyat and in doing so incurred losses. This simple example will help to explain the fallacy:
Example:
Ahmad is a fisherman. He sells a fish to you at $10 which is below the market value of $15. Let's assume that he caught the fish from the abundance of the sea at little or no cost. Ahmad claims that since the market value of the fish is $15 and he sold you the fish for $10, he had subsidised you $5 and therefore made a loss of $5.
Question : Did Ahmad actually make a profit of $10 or loss of $5 which he claimed is the subsidy?
Answer:
Ahmad makes a profit of $10 which is the difference of the selling price ($10) minus the cost price ($0 since the fish was caught from the abundance of the sea). There is no subsidy as claimed by Ahmad.
The BN government claims that it is a subsidy because the oil is kept and treated as somebody else's property (you know who). By right, the oil belongs to all citizens of the country and the government is a trustee for the citizens. So as in the above simple example, the BN government cannot claim that it has subsidised the citizen!
Monday, June 9, 2008
“Harga Minyak Malaysia Kini Antara Yang Termahal”
Kata Abdullah Ahmad Badawi beliau berharap rakyat jelata memperoleh maklumat yang betul agar dapat memahami apa yang sedang dihadapi negara.
Setiap orang daripada kita, kata Perdana Menteri, mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam keadaan yang mencabar ini.
“Dengan itu, marilah kita menghadapi bersama cabaran ini dengan daya tahan demi kebaikan negara dan generasi akan datang.”
Tetapi rata-rata, reaksi rakyat jelata boleh disimpulkan begini -- peranan kerajaan menarik balik subsidi minyak dan menaikkan harga minyak. Tanggungjawab kami adalah menganggung bebannya.
Mengambil ilham daripada seruan Perdana Menteri itu, saya melayari Internet untuk “mendapatkan gambaran sebenar” mengenai kenaikan 41 peratus harga minyak itu.
Sekarang fahamlah saya bahawa akibat kenaikan harga sebanyak 78 sen seliter pada tengah malam Rabu lalu itu, harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter).
(Saya terpaksa mengubah kepada gelen dan Dolar Amerika kerana perangkaan global menggunakan ukuran gelen dan Dolar Amerika. Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika.)
Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen.
Tetapi kita kena ingat Amerika jauh lebih kaya daripada kita. Mengikut Buku Fakta (Fact Book) Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika, pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu.
Dalam bahasa yang mudah, jika pendapatan dibahagikan sama rata, setiap orang penduduk Amerika mempunyai kuasa membeli bernilai AS$46,000 berbanding kita sebanyak AS$14,400.
Itu pun bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli sebanyak AS$14,400. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kuasa membeli sebesar itu.
Majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka inilah yang paling teruk menderita akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akan dicetuskan oleh kenaikan harga minyak.
Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah “murah” kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah “mahal” kerana pendapatan kita rendah.
Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport.
Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.
Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita. Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .
Selain itu mereka ada “pilihan”. Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)
Tetapi akibat dasar “flip-flop” kerajaan kita – sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh -- penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.
Rakyat rasa tertipu dan keliru. Pada 3 Jun Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad berkata harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos.
Susah kita hendak faham. Berita ini tersebar satu dunia. Jadi Shahrir cakap karut atau memang harga akan naik hanya pada bulan Ogos tapi entah macam mana bos dia naikkan harga lebih awal.
Jadi saya nak tanyalah sikit. Shahrir tidak hadir mesyuarat Kabinet kah? Tidak masuk akal kalau Kabinet tidak dibawa berunding mengenai keputusan menarik balik subsidi dan menaikkan harga minyak yang sangat berat kesannya kepada rakyat jelata.
Atau (atau) Shahrir cuba memberi amaran bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak sekali lagi Ogos ini?
Satu lagi tabiat buruk sesetengah pembesar kita adalah kecenderungan mereka membandingkan Malaysia dengan negara-nagara yang lebih miskin dan lebih mundur.
Kalau kita hendak banding negara kita dengan negara-negara miskin, tidak perlulah kita bersusah payah hendak menjadi negara maju. Kita jadi sajalah macam negara-negara miskin yang kucar-kacir dan rakyat jelatanya menderita.
Perdana Menteri bercakap mengenai kebajikan generasi akan datang. Apakah prospek mereka jikalau hari ini pun mereka tidak cukup makan, tidak cukup pakai dan tidak cukup persekolahan kerana kos sara hidup dan inflasi yang tidak terkawal?
Jadi itulah lebih kurang kefahaman saya setelah membuat sedikit kajian seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika berucap sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Sabtu lalu.
Kesimpulannya, harga minyak petrol (dan juga diesel) di negara kita kini adalah antara yang termahal di dunia berasaskan pariti kuasa membeli (purchasing power parity).
Ia semestinyalah akan memberi kesan yang luas terhadap kuasa membeli dan inflasi serta prestasi ekonomi keseluruhannya.
Friday, June 6, 2008
PETRONAS: KENYATAAN TUN MAHATHIR DAN HASAN MARICAN BERCANGGAH
Tun Mahathir berkata sejak tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong dan hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100 Beliau turut menegaskan hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih. Dengan itu kerajaan dilimpahi dengan duit RM 70 bilion!
Manakala Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata sejak tiga tahun lalu, kos Petronas meningkat lebih 200 peratus! Kedua-dua tokoh penting ini berkatakan sesuatu yang sudah berlalu tiga tahun lalu tetapi memberikan fakta nombor yang seakan-akan berlawanan! Menarik bukan jika memikirkan fakta-fakta tersebut adalah melibatkan wang berbilion ringgit milik khazanah Malaysia!Di mana reaksi pemimpin UMNO yang relevan? Hanya Mukhriz yang berani mengatakan tindakan Pak Lah tersebut adalah tidak bijak. Demikianlah yang berlaku apabila BN hanya seolah-olah diperintah oleh seorang yang berkuasa penuh. Manakan tidak, jika Datuk Shahrir Samad mengatakan harga petrol mungkin akan dinaikkan pada Ogos, tetapi tidak semena-mena Pak Lah esoknya mengumumkan kenaikkan serta-merta dengan menyatakan kabinet bersetuju. Memang benar tindakan kerajaan ada hikmahnya, tetapi bagaimana dengan tuntutan rakyat dan pemimpin besar seperti Tun Dr Mahathir yang mengatakan kerajaan mampu memberi subsidi lagi?Bagaimana rakyat yang serba kekurangan mengenai aktiviti dan akaun semasa Petronas dapat memastikan kejujuran seseorang yang penting dalam Petronas? Petronas sangat sensitif sehingga tidak mahu diletakkan di bawah Parlimen, padahal rakyat berhak tahu mengenai Petronas dan bukan beberapa individu yang mempunyai kepentingan dalam Petronas!
dipetik dari: Tranumgkite
Thursday, June 5, 2008
HADIAH BUAT RAKYAT MALAYSIA DARI KERAJAAN ZALIM
I do have some suggestions. If the BN government wants to put the fuel price at the market price , then they must do the following first or simultaneously.
1. Make Petronas accounts for the past 30 years (audited) public so that the rakyat knows where the monies have gone. Be accountable.
2. Take over all the tolled highways and scrap all toll booths. Make the highway concession agreement public. Punish the ministers and officials involved in signing these lopsided agreements. Ask the toll operators to pay compensation to the rakyat.
3. All BN cabinet members, CMs, MBs, excos, senators, government top brass including those at GLCS must use small cc vehicles and sell off those posh and big cc cars.
4. Erase corruption. Compel all BN office-bearers and government top brass and their families to declare their assets and make it public.
5. Fix the public transport system. Najib said this would be done when he increased the petrol price but it has never materialised.
6. All lopsided agreements with independent power producers must be reviewed.
7. Those private companies (and GLCs) which have been given a monopoly must contribute 40-60% of their revenue to a special fund to finance research on alternative fuel sources.
If the BN government can’t do all of the above, all MPs must support Pakatan Rakyat and let Anwar Ibrahim be the new PM. He will have new ways to handle this problem.
we should pay real price for cars too
Wednesday, June 4, 2008
MINYAK- HADIAH BUAT RAKYAT MALAYSIA
Hari ini BN membalas budi baik itu dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus. Kerajaan telah menunaikan janjinya dan terimalah pengundi BN dengan dada terbuka.
Pengerusi Perhubungan KeADIlan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan BN benar-benar sudah membalas budi rakyat Malaysia dengan kenaikan bebanan hidup yang semakin mendesak sekarang.
"Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Kerajaan membalas pengorbanan rakyat dengan menghumbankan mereka ke kancah kehidupan yang lebih teruk.
"Tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun Malaysia begitu teruk pengurusan negara di bawah Perdana Menteri yang hanya diselamatkan oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum lalu," katanya di sini.
Petang tadi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ini bermakna kenaikan sebanyak 41 peratus.
Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58, naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter. Kenaikan harga bahan api itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Sejak awal 2004, Abdullah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini.
Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.
Abdul Aziz yang juga anggota Parlimen Ketereh berkata, kerajaan BN cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.
"Kerajaan sebenarnya cuba memperbodohkan rakyat dengan statistik seperti itu, sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak seperti Malaysia.
"Lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini," ujarnya.
Oleh itu beliau percaya masa untuk kejatuhan Perdana Menteri yang begitu lemah sudah tiba dan rakyat perlu bergerak seiring dengan Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula negara ke landasan yang betul.
Sementara itu, orang ramai mulai berpusu-pusu ke stesen-stesen minyak di sekitar bandar ini sebelum kenaikan 78 sen berkuatkuasa tengah malam ini.SEKADAR RENUNGAN
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)