DAPATKAN LAGU TERBARU MP3 Click Here!
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

DOA UNTUK GAZA

Ya allah!! sebagaimana Engkau Pernah Menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kapada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat islam di Gaza, hancurkanlah rejim Zionis.. Amin!!
bacalah surah al Fil:


Saturday, April 19, 2008

Isu ketuanan Melayu: Umno bagaikan anjing tersepit

Umno menimbulkan isu ketuanan Melayu hanya selepas parti itu tidak relevan apabila ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lepas.

AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyifatkan, usaha membantu Umno untuk memperbetulkan kesilapan parti itu dalam soal ketuanan Melayu bagaikan 'melepaskan anjing tersepit'.

Katanya, beliau menyokong penuh penegasan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa semalam, bahawa PAS tidak mahu terperangkap dalam isu tersebut, yang disifatkan sebagai membuang masa.

Husam juga dilaporkan sebagai berkata, PAS tidak akan terperangkap dengan gimik politik yang dimainkan Umno, yang dibuat semata-mata untuk menyembunyikan kelemahan dan masalah dalaman yang sedang mereka dihadapi.

Syed Azman yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS berkata, pihaknya mempertikaikan keikhlasan Umno yang hanya dua bulan lalu, pemimpinnya begitu bongkak, tetapi kini baru mengenal erti keikhlasan memperjuangkan nasib bangsa.

Katanya, 'track record' Umno dari segi ketuanan Melayu begitu buruk apabila banyak melakukan kesilapan yang merugikan bangsanya sendiri.

Menurut beliau, orang Melayu termasuk golongan cendikiawan, amat terkilan apabila Umno/BN melaksanakan dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

"Dasar ini amat menyusahkan, hasilnya kualiti akademik anak-anak Melayu yang menjunam begitu teruk.

"Jangan cakap soal ketuanan Melayu, dasar ini harus diubah segera kerana ia hanya memusnahkan masa depan bangsa," kata beliau yang memegang ijazah doktor falsafah dalam bidang pendidikan.

Syed Azman turut mendesak kerajaaan pimpinan Umno, kembali memartabatkan tulisan jawi sebagai elemen utama dalam pendidikan kepada bangsa Melayu kerana itulah antara asas ketuanan yang sebenarnya.

Katanya, sejarah membuktikan catatan Perlembagaan dahulu, termasuk surat-surat perjanjian antara Raja-Raja Melayu dengan British, semuanya dibuat dalam tulisan jawi.

Selain itu tegasnya, selama 50 tahun Umno/BN berkuasa, Umno menjalankan dasar kronisme yang begitu dahsyat dengan mengetepikan penganugerahan projek atau tender kepada orang Melayu, semata-mata kerana perbezaan fahaman politik.

Beliau turut mengingatkan Kerajaan Pusat supaya tidak lagi mendiskriminasi kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat jika mereka ikhlas untuk menyatu padukan bangsa.

"Apapun pengalaman perit PAS di Kelantan dan semasa PAS menguasai Terengganu, negeri yang diterajui orang Melayu, mengalami diskriminasi dan dikenakan tekanan teruk oleh pemimpin Umno yang menguasai Kerajaan Pusat," ujarnya.

Katanya, bukti-bukti Umno tidak ikhlas memartabatkan ketuanan Melayu sebelum ini cukup banyak dan beliau tidak nampak bagaimana rakyat boleh mempercayai pemimpin parti itu lagi.

Monday, April 14, 2008

BABI, KARIM MANSOR, KHIR TOYO

KUALA LUMPUR, 14 April (Harakah) - Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata seorang pemimpin MCA.

Menurut laporan Malaysikini, syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Dato' Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.

Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Menteri Besar Selangor waktu itu Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek tersebut, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang.

Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.

Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik.

Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut.

Sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu, risalah-risalah penerangan tentang isu tersebut - termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini - akan diedarkan kepada penduduk Selangor.

PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas - yang membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat - di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas.

Sunday, April 13, 2008

Perpaduan Melayu tidak lagi bergantung kepada Umno - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) - Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu membuktikan bahawa Umno sudah tidak layak lagi menerajui bangsa dan umat Melayu setelah parti itu menghakis dan memupuskan keperibadian dan identiti Melayu selama memegang tunggak kuasa.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang berkata perpaduan dan survival Melayu sebenar akan dapat dipupuk bukannya melalui perubahan di dalam Umno sebaliknya melalui perubahan drastik terhadap sikap dan pendirian kerajaan Persekutuan yang masih di dalam tangan parti berkenaan.

"Umno ditolak dalam pilihan raya lalu kerana umat Melayu mahukan perubahan dan pembaharuan," katanya dalam satu kenyataan media yang dibuat dari Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu pagi tadi.

Kata Ustaz Hadi segala bentuk penjajahan minda orang Melayu yang dibelenggu oleh kehadiran peraturan dan perundangan yang dicipta oleh Umno perlulah segera dihapuskan bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan.

Antaranya peraturan yang perlu dihapuskan ialah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menyekat kemajuan dan kebebasan berfikir mahasiswa dan pensyarah serta ahli akademik Melayu selama ini, katanya.

"Begitu juga media arus perdana, perlu dibebaskan agar orang Melayu dapat berfikir dengan lebih matang dan kritikal.

"Kerajaan perlu membenarkan wujudnya lebih banyak media yang bersifat ilmiah dan bukannya menjurus kepada hiburan yang menghayalkan semata-mata, yang banyak mencorakkan budaya dan pemikiran bangsa Melayu kini," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan di bidang ekonomi, orang-orang Melayu jauh tercicir dan sering terpinggir apabila amalan-amalan ekonomi digunakan sebagai umpan dan rasuah untuk memperolehi sokongan dan kuasa.

"Pemberian subsidi dan bantuan kerajaan seolah menjadi hak dan percaturan Umno sehingga orang Melayu akhirnya tidak maju sebaliknya lesu dan tertipu," katanya.

Ustaz Hadi menjelaskan bahawa perpaduan dan kekuatan Melayu akan terbina jika orang-orang Melayu sentiasa disuntik dengan kesedaran beragama malah penyebaran dan dakwah serta kesedaran Islam perlulah dipulihkan segera.

"Selama ini jabatan-jabatan dan institusi agama diperkudakan oleh Umno untuk kepentingan dan kelangsungan politik mereka.

"Orang-orang Melayu yang tidak menerima kefahaman Islam sebenar akhirnya tidak menguntungkan bangsanya malah menjadi liabiliti kepada ummah," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang.

apakah pandangan anda? beri komen anda

Friday, April 11, 2008

ISU BABI DI SELANGOR DAN PENJELASAN

Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu.

Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Datuk Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008.

Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.

Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.

Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming. Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa. Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar ‘one stop’ yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor.

Thursday, April 10, 2008

SUMPAH SANG KELEMBAI

Sesuatu yang tidak mengejutkan para pemirsa,yang pastinya plot cerita ini hampir tamat dipenghujung jalan buat penulis yang sangat kritis dan tajam penanya ketika ia melangkah di alam bloggers. Namun, pena yang tajam dan bisa itu sudahpun menikam Sang Rajawali yang hampir-hampir terkapar olehnya.

Dimana logikanya apabila tembakkan pena "Sang Kelembai" mengena sasaran.Tetapi di akhir episod cerita Sang Kelembai memalukan Sang Rajawali dengan sesudi mencium tangan untuk tanda "damai".
Di mana logikanya yang dikatakan prinsip dalam perjuanganmu. Memang sesuatu yang baik apabila kita ikhlas dan menghulurkan kemaafan itu. Itu yang dinamakan Insan Kamil kerana Allah juga suka kepada orang yang saling bermaaf-maafan.

Tetapi cukupkah kemaafan itu diberikan kepada Sang Rajawali saja?Bagaimana mereka yang tertipu oleh "Wayang Kulitmu"? Lakonan pena mu yang akhirnya ternyata untuk perjuangan peribadi saja.Wahai Sang Kelembai dituntut kamu memohon kemaafan juga kepada para pencinta bloggers dan pembaca budiman yang mana selama ini kamu bermain wayang-wayangan. Kemukakan surat memohon kemaafan sebelum blogmu dilesukan kelak.

Tidak dipersoalkan walaupun kamu sudah menerima "lambai-lambaian" itu,kerana sememangnya kamu berasal disitu.Lebih-lebih lagi namamu Sang Kelembai".Padanlah.

Peringatan kepada para pembaca bloggers,jangan mudah terpedaya dengan mereka yang penulisnya berasal dari orang-orang politik pinggiran dan miskin etika keilmuan bila baru mau belajar menulis.

Bilaku baca kisah "tragedi tenggelamnya kapal Titanic"mu itu.Rupa-rupanya kisah itu menunjukkan Sang Kelembai adalah "hero" cerita di dalamnya dan akhirnya menjadi malaikat penyelamat bagi tragedi yang amat dahsyat itu.

Ku doakan semoga kapal Titanic itu dapat berlabuh damai di pantai dan ramailah yang menyambut ketibaanya baik yang pincang kakinya teringsut-ingsut. Yang buta teraba-raba, kanak-kanak, orang-orang tua, yang dara, teruna, termasuk segala binatang di hutan belantara berlari sekuat-kuat hati untuk melihat Sang Kelembai sebagai Pelakon yang paling handal.Tiba.Sekian.

sumber:
www.tranungkite.net
oleh : kudeed

Monday, April 7, 2008

PARTI KOMUNIS MALAYSIA

United Malay National Organization (UMNO) @ Parti Komunis Malaysia selama ini bertegas mengatakan bahawa mereka mengamalkan demokrasi dalam organisasi mereka. Malah mereka beriya-iya memastikan dalam semua penerbitan buku, makalah, majalah, akhbar dan sebagainya supaya menunjukkan bahawa mereka mengamalkan demokrasi.

Namun apa yang disebalik semua gambaran demokrasi ini adalah bayangan (hantu) yang sebenarnya bertapak dalam diri mereka iaitu mereka tidak langsung mengamalkan budaya demokrasi dalam organisasi mereka. Malah bila ada dikalangan mereka yang mengutarakan keperluan melaksanakan satu hak yang termaktub dalam perlembagaan mereka, pimpinan atasan akan menyekat dengan pelbagai dalih.

Kita boleh dengar pimpinan utama UMNO @ Parti Komunis Malaysia yang akan mengatakan bahawa semua bahagian UMNO @ Parti Komunis Malaysia bersetuju bahawa sistem quota dalam menentukan pencalonan dikekalkan. Namun kenapa semua ini kita dengar dari pimpinan atasan yang sepatutnya dicabar. Bukankah wajar kita mendengar sendiri dari semua bahagian dan akar umbi UMNO @ Parti Komunis Malaysia.

Inilah contoh yang ditonjolkan dalam UMNO @ Parti Komunis Malaysia yang sekaligus menafikan hak ahli untuk memberikan pandangan mereka. Ini kerana sekonyong-konyong pimpinan atasan UMNO bercakap bagi pihak semua bahagian (walaupun hampir 70% bahagian tidak bersetuju dengan cakap-cakap pimpinan atasan UMNO).

UMNO kini sebenarnya seperti Parti Komunis Malaysia. Dalam Parti Komunis, biasanya calon pimpinan atasan tidak boleh ditandingi. Malah pelbagai alasan dan taktik digunakan untuk memastikan bahawa pimpinan atasan tidak tergugat.

UMNO sebenarnya telah kalah pada Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) namun bertegas bahawa mereka masih relevan dengan kehendak orang Melayu dan rakyat Malaysia. Apa yang pasti UMNO kini sedang dilanda pelbagai masalah kepimpinan namun ramai pimpinan peringkat menengah dan ahli bawahan tidak berani meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap pimpinan atasan.

Malah mereka (ahli UMNO) telah dijangkiti oleh satu penyakit yang begitu serius (penyakit kecut @ bacul) sehingga tidak berani menyanggah keputusan pimpinan atasan biarpun betapa bodong atau bangangnya keputusan pimpinan atasan UMNO tersebut. Mereka seperti menjadi “zombi” yang hanya menurut kata dan tidak berani bersuara mengkritik idea dan cadangan pimpinan atasan.

Inilah bahana sindrom yang diterapkan oleh UMNO (Parti Komunis Malaysia) sehinggakan setiap kata-kata pimpinan atasan diangguk tanda bersetuju tanpa dapat berfikir dengan sendirinya. Jika ini berterusan maka kita akan dapat lihat tololnya mereka (Ahli UMNO) yang tidak mahu memberikan pandangan kritis pada keputusan pimpinan atasan.

Nasihat saya kepada semua ahli UMNO @ Parti Komunis Malaysia, silalah berubah dan jangan jadi “zombi”. Cukuplah pimpinan atasan dalam UMNO @ Parti Komunis Malaysia sahaja yang bodoh dan bangang, janganlah pula anda terikut sama. Pimpinan atasan yang sebegini telah tidak relevan dalam arus pemodenan politik Malaysia malah boleh diklasifikasikan sebagai “obsolete”

oleh: ketuaperusuh.wordpress.com
Malaysia Web Hosting
Google
 

SEKADAR RENUNGAN

"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 9)
Get paid on 100% of your website traffic, no clicks necessary! How is this possible?Klik sini
Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.
Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!! PERTIKAIAN TENTANG RIBA OLEH ULAMAK DUNIA, SILA KLIK SINI